Series
1970
Dia dihantar menemui lalaki itu ketika berumur 15 tahun. Dia dibelasah ketika menuduh seorang budak lelaki sekolah tinggu bersubahat dengan kecurian yang melibatkan akaun sekolah. Tak! Dia bukan menuduh, dia membongkarkan. Ya, itu yang lebih tepat. Bukankah selepas itu juga, polis menemui bukti sama yang mengatakan lelaki itu bersalah? Itupun dengan bantuannya. Ketika disoal dari mana dan mendapat tahu akab hal tersebut, dia membatu.
Ah, bykankah berulang-ulang kali sudah dia katakan yang dia nampak semuanya dalam mimpi? Dia tahu semuanya yang mereka tidak tahu.Dia nampak apa yang mereka tidak nampak. Dia maklum benar aka apa yang mereka sembunyikan. Segala-galanya. Ya, segalanya.
Bagaimana? Dia sendiri tidak tahu bagaimana dan mengapa. Ya, kenapa dia? Yang pasti, dia tahu. Apa yang mengecewakan, dia disalah anggap. Dia dikatakan mengalami masalah gangguan jiwa. Lantas, perempuan kaya yang memegang pangkat Datin bersama suaminya itu membawa berjumpa dengan lelaki di hadapannya kini. Dah bertahun-tahun.
Pendiam, penakut, tak pernah bercakap walaupun sepatah. Hanya memberi isyarat untuk menyatakan keinginan. Mendakwa mendengar bisikan-bisikan dan bermimpi yang pelik-pelik sehingga kadang-kadang menjerit bagaikan orang yang dirasuk; sempurna sekali cici-ciri yang digambarkan! Itu yang mereka katakan.
Share this novel