Bab 4: ¶°¶

Mystery Series 1970

"Jadi, doktor pun percaya yang saya pembunuh? Begitu? Doktor pun dah percaya yang saya gila?" Dia memandang meja. Pandangannya seolah olah sudah menembusi meja berkenaan.

Lelaki itu menghela nafas dalam dalam.
"Doktor....." Pandangannya beralih ke wajah lelaki itu kini. "Dia takkan lepaskan kita semua. Dia takkan benarkan identitinya terbongkar. Saya akan beritahu kebenaran dan kita semua pun akan mati di sini. Mereka akan bunuh doktor dan polis polis yang sedang memerhati di sebalik cermin tu dengan kejam. Saya tak nak itu berlaku. Eloklah doktor pulang sahaja. Dia....... Pembunuh tu....... Sedang memerhati." Dia menunding jari telunjuk ke arah cermin sisinya. Tak lama. Selepas itu segera dia bangun membelakangi lelaki berkenaan, memprotes tanda tidak setuju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience