SST - 64

Romance Completed 72944

"Saya nak kawin." Beritahu Zafran tanpa dipinta.

"Seriouslah? Dengan siapa?" Tanya Najemie teruja. Cepat dia mengalih pandang ke lelaki disisinya.

"Awak mesti terkejut bila saya bagitahu siapa dia."

"Mesti bertuah wanita yang dah cuit hati awak tu" Kata Najemie. "Dah lah hati awak tu keras macam batu." Sempat dia mengutuk Zafran.

"Eh sedap hati je cakap saya macam tu. Mana ada keras, cuma tak beberapa nak berkenan dengan orang je"

"Select sangat! Memanglah susah perempuan nak lekat."

"Saya memilih untuk diri saya jugak." Ujar Zafran.

"Hm itu saya sokong. Cepat! Bagitahu siapa dia?"

"Awina" Kata Zafran dengan wajah berseri seri. Teringat dia waktu pertama kali melihat gadis itu bersama keluarganya di pekan bulan lepas. Sungguh dia jatuh hati dengan gadis berpurdah itu.

Jelas terpancar riak terkejut Najemie. "Dia dah balik dari mesir ke? Bila dia balik? Saya tak tahu pon"

"Dah sebulan."

"Untungnya Sa'diyah Awina dapat lelaki sebaik awak. Dan bertuah juga awak, kerana dapat perempuan sebaik Awina." Ujar Najemie ikhlas.

"Awak doakan saya semoga bahagia, ya. Semoga kita kecapi kebahagiaan kita mengikut haluan cerita kita."

"In Shaa Allah. Semoga dipermudahkan."

Tepat ketika itu, seseorang menyapa mereka, lebih tepat menyapa Najemie.
"Najmi."

Dia berpaling. Mata menangkap pandangan lelaki itu silih berganti memandang dirinya dan Zafran. "Kenapa? Nak tuduh Naj berduaan dengan Zafran lagi?"

Hariz tersenyum nipis. "Tak, Najmi. Abang tahu ada budak budak tu ada dengan Najmi" Hariz memuncungkan bibir kearah beberapa orang budak berusia lingkungan 12 tahun sedang bermandi manda di air terjun itu dihadapan mereka itu.

Najemie lega.

Zafran berdiri. Salam dihulur. "Zafran" Dia memperkenalkan dirinya terlebih dahulu.

Hariz menyambut huluran itu denagn berlapang dada. "Hariz.. Suam.."

"Suami Najmi kan." Potong Zafran. Hariz membalas dengan senyuman. ".. Aku dah lama teringin nak bersua muka dengan kau. Nak tengok bagus mana lelaki yang dah menambat hati seorang Najemie. Tak sangka. Bukan setakat bagus, malah cemerlang kerana berjaya buat dia pulang ketempat asalnya." Gurau Zafran. "Kalau tak, mana nak ingat kampung sendiri" Dia mengerling Najemie yang duduk membisu memandang air yang mengalir dihadapan.

"Mana ada" Sangkal Najemie.

"Nak tunggu ada masalah baru nak balik kan.." Sindir Zafran.

Bibir dicemik. Pandangan garangnya dihadiahkan pada Zafran. Zafran sudah tidak tertahan gelaknya. "Okeyylah bro.. aku gerak dulu. Ada kerja sikit" Pinta Zafran.

"Okeyy hati hati" Pesan Hariz.

Setelah menghantar kepulangan Zafran, Hariz mendekati isterinya.

"Isteri abang sihat?" Duduknya diambil disamping Najemie.

Tiada ura ura untuk dia menjawab soalan itu.

"Abang tak tahu pon kampung Najemie kat tanah Kedah ni?"

Tiada suara.

"Oh abang ingat. Najmi ada bagitahu abang. Tapi waktu tu abang ada tetamu kan.."

Hariz mengerling ke sisi. "Cantik sungai ni. Favourite place Najmi kan? Dari kecik?"

Hanya bunyi sungai mengalir yang kedengaran.

"Along pon macam Najmi. Suka air sungai. Suka bunyi air yang mengalir." Cerita Hariz.

"Tak nak tahu pon." Balas Najemie datar.

"Abang nak cakap jugak."

"Tak nak dengar " Balas Najemie.

"Tetap nak cakap jugak."

"Tak payah, dah tawar hati nak dengar cerita, abang."

"Najmi tahu cara nak berhentikan air terjun?" Soal Hariz pantas.

"Ambik gambar!" Cepat Najemie menjawab.

Hariz ketawa lepas. "Sayang tahu?"

Najemie terdiam.

"Mana sayang tahu?"

Diam lagi.

Hariz melepaskan nafasnya perlahan. "Najmi memang taknak cakap dengan abang eh? Memang dah tak sudi nak cakap dengan abang?"

"Maksu bagitahu Naj ada kat sini?" Tanya Najemie.

Hariz mengangguk mengiyakan.

"Kalau maksu tak bagitahu, abang tak tahu Naj kat mana kan?"

"Abang tahu silap abang sebab tak tahu banyak pasal sayang. Boleh tak bagi abang peluang untuk kita mula dari awal?"

"Dah banyak Naj bagi peluang, abang. Tapi nampaknya, kita memang dari awal tak sehaluan." Kata Najemie.

"Ss.. Sayang. Please. Jangan cakap macam tu. Ab.. abang tak sanggup. Abang taknak dengar Najmi cakap macam tu lagi."

"Abang pernah fikir tak, apa yang kita buat, mesti ada yang datang kacau kita. Itu maknanya apa, abang?"

"Najmi.. Itu ujian kan. Mungkin Allah uji kita sebab dia tahu kita boleh hadap."

"Jadi abang harapkan apa dalam rumah tangga yang hampir roboh ni? Nak paksa untuk nampak bahagia ke abang?"

"Sayang.. Kita baiki."

Najemie memandang sekeliking sebelum bangun dengan bersusah payahnya. "Suka hati abanglah."

"Najmi nak kemana lagi? Nak lari lagi?"

"Kalau itu yang terbaik." Balas Najemie.

"Lari dari masalah bukan benda yang baik, Najmi." Kata Hariz mengikuti langkah Najemie.

"Nak balik rumahlah. Lari bendanya? Dah nak maghrib kan.."

"Abang ikut.."

.

"Hello.." Terdengar tangisan Khalida dihujung talian.

"Cik Ida? Cik Ida kenapa?" Tanya Najemie.

"Boleh Najmi datang ke rumah? Cik Ida perlukan Najmi." Pinta Khalida.

"Okeyy.. Okeyy.. Naj ke sana sekarang.." Terus bergegas Najemie keluar dari bilik.

Melihat Najemie yang sedang tergesa gesa, Hariz bertanya. "Najmi nak pergi mana malam malam ni?"

"Cik Ida mintak Naj ke rumah.."

"Sini abang teman.."

Najemie mengangguk sahaja.

Sampai dirumah Khalida, melangkah sahaja dia ke dalam rumah, Khalida memeluk Najemie dengan tangisan. "Cik Man, Najmi.. Cik Man dah takde.."

Tepat ketika itu, longlai terus badan Khalida jatuh kedalam pelukan Najemie. "Cik Ida!!" Akibat tidak stabil, hampir sahaja Najemie ikut terjatuh. Mujur Hariz menangkap tubuh itu dari jatuh kelantai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience