"Ya Allah..papa!"kata Irdina dalam masa yang sama air matanya mencurah
curah membasahi pipi tembamnya itu.
"Mama. Macam mana boleh jadi macam ni?? Selama ni papa okay je!
Mama..papa takkan tinggalkan kita kan...mama!! Jawabla!! Abang Reef!!
Papa akan terus hidup kan? Kan?!!! Kan!!!!!"tanya Irdina.
"Kalau Dee nak tahu..tadi doktor kata kanser papa dah stage 3 ..nak
berubah ke stage empat..kalau papa tak dapat penderma hati..mungkin masa
yang papa tinggal ada dalam kurang daru setahun.."jelas Puan Aisyah.
"Sejak bila mama tahu papa ade kanser? Kenapa mama tak bagitahu
Dee??"tanya irdina memaksa.
"Dee..satu keluarga kita pun tak tahu Dee..abang dengan mama apatah
lagi! papa selama ni rahsiakan dari kita.."sampuk Azreef.
"Tapi kenapa abang?!?! Kenapa!?!? kita ni anak dia..kenapa dia rahsiakan
dari kita?? "soal Irdina.Air mata yang hangat di pipi itu dibiarkan sahaja.
"Dee nak jumpa papa!"tegas Irdina lalu berlalu ingin berjumpa dengan
papanya.
"Dee...tak boleh..papa tak boleh terima pelawat sekarang ni..kita biar
dia berehat."nasihat Azreef.
"Papa perlukan hati kan..Dee nak dermakan hati Dee."ujar Irdina.
Semua yang sejak tadi setia menjadi pendengar dan pemerhati termasuklah
Qayyum terkejut dengan pengakuan itu tadi.
"Dee..."Puan Aisyah belum sempat menghabiskan kata kata.
"no! No excuses! Dee anak papa...mungkin hati Dee match dengan papa.Dee
nak pergi jumpa doktor."tegas.Dee
Semua disitu terpempan.nak menghalang tidak mampu.lalu..mereka
melepaskan pemergian Dee yang ingin berjumpa dengan doktor itu.
*-*-*-*-*-
Setelah beberapa hari selepas ujian hati dibuat..Encik Ismail sudah
sedar tapi ada berita buruk.
"Boleh saya berjumpa dengan ahli keluarga encik Ismail?"tanya Doktor
lelaki itu.
Lalu mereka pun berjumpa dengan doktor itu.
"Selain daripada kanser hati...kami juga dapat mengesan bahawa encik
Ismail ada masalah jantung dan kemungkinan encik Ismail akan mendapat
serangan jantung." Jelas doktor itu.
"Ya Allah.."ucap Puan Aisyah lalu terduduk.
"Doktor..macam mana dengan hati saya? Boleh saya dermakan pada papa
saya?"tanya Irdina terdesak.
"Maaf cik.hati cik tak sepadan."ujar doktor itu.
Air mata Irdina keluar mencurah curah...sedih sangat..adakah dia akan
kehilangan papanya?? Persoalan yang hanya Allah sahaja yang Maha
Mengetahuinya..
"Tapi..cik sekeluarga dah boleh jumpa ayah cik dah sekarang nii."kata
Doktor itu.
Mereka pun bergegas masuk..
"Dee..bagi mama masuk dulu.."ujar Puan Aisyah..
Irdina.mengangguk.
Selepas 30 minit.. Puan Aisyah keluar..
"Dee..papa nak jumpa."kata Puan Aisyah.
Lalu Irdina masuk ke dalam bilik papanya.
"Papa...Dee minta maaf..minta maaf sesangat..hati Dee tak sesuai untuk
papa"ujar Dee mengalirkan air mata.
"Takpe sayang..takpe.."ujar encik Ismail dalam keadaan tercungap cungap.
"Dee.."panggil Encik Ismail.
"Ye papa."sahut Dee.
"Papa sayang Dee.papa nakkan yang terbaik untuk Dee.Dee anak kesayangan
papa.Deelah paling manja dengan papa..mungkin papa akan pergi dulu...."
"Papa..jangan la cakap macam tu!! "Irdina menghalang..
"Tak sayng....ajal maut,jodoh di tangan Tuhan...siapa kita untuk
tentukannya..Dee..sebelum papa pergi..papa nak Dee kahwin dengan
Qayyum..sepatutnya Dee bertunang. Tapi papa nak Dee kahwin dengan
dia.Papa yakin dia yang terbaik untuk Dee.Papa nak dia yang jaga
Dee.Papa tahu Dee terlalu muda untuk berkahwin tapi Dee..ini
permintaan papa untuk Dee...tolongla kabulkan permintaan papa ni
Dee..lagi..pesan dekat abang abang Dee..jaga family kita baik
baik..hubungan kita jangan sekali pun putus..papa harap Dee dan abang
kakak Dee bahagia...tolong doakan papa dekat sana.Jangan lupa amanat
papa Dee..Dee...papa sayang Dee.. "Deruan nafas EncikIsmail terhenti
menandakan dia dijemput Ilahi..
Irdina yang sedar papanya sudah menutup mata buat kali terakhir itu
sudah menangis kesedihan..
"Papa! Papa! Papa! Jangan tinggalkan Dee!! Papa!! Papa!!"jerit Dee
sekuat hatinya.
"Ya allah dee kenapa ni?? Jerit jerit?"tanya Azreef.
"Abang Reef..papa! papa dah takde!!"sayu suara itu menjawab.
"Innalillahwainnaillahirojiun..
Doktor..doktor..!"panggil Azreef.
Puan Aisyah yang turut mendengar perbualan mereka itu jatuh
terduduk..tak sangka sahabat,peneman kasih sudah tiada di sisi .peritnya
hanya Allah sahaja yang mengetahui.
Melihat Irdina keluar dari bilik Arwah papanya itu..membuatkan Qayyum
berasa sedih..terasa ingin dipeluknya wanita itu.Melihat air mata keluar
dari tubir mata wanita itu..membuatkan Qayyum ingin melindungi wanita itu..
Sebenarnya..Qayyum dah tahu yang dia akan bertunang dengan
Irdina..tapi..dia rasa takut..takut Irdina menolak..sudahla dia pernah
menyakiti hati wanita itu dahulu..
-
Irdina berjalan lemah longlai..kakinya terasa seperti tiada tulang.tiada
arah tuju.kemana dia pergi pun dia tak tahu.yang pasti di situ adalah
taman.terasa hiba di atas kehilangan seorang papa yang menjadi hero diri
saat dia susah..menyesal dia diatas semua keingkaran yang dilakukan
terhadap papanya..
Masih terngiang ngiang lagi kata kata terakhir arwah papanya itu..'papa
sayang Dee'..
Di taman itu..Irdina menangis sepuaspuasnya..
Lama la jugak..
Apabila terasa air mata sudah penat nak keluar..
Irdina mendongak...melihat awan yang cerah..
"kenapa dihari yang cerah dan ceria ini terselit seribu satu kedukaan si
hati??melihat pemergian ayahanda tercinta buat selama lamanya lebih
memeritkan daripada disakiti oleh orang lain.."
Dari jarak jauh..ada sepasanh mata memerhati Irdina..
Qayyum.
Dari tadi dia mengekori wanita itu..risau kalau apa apa berlaku pada
wanita itu..
Sungguh..hatinya sudah terjatuh cinta pada wanita yang pernah dia sakiti
itu..
Share this novel