BAB 20

Romance Completed 6006

Kini..sudah lebih sebulan Qayyum dan Wardina bertunang.

Qayyum makin lama makin sayang si Wardina ni.
Wardina ni pulak..dah tunjuk belang daa.Gedik dia tu..macam (seorang
gadis yang dah besar tapi nampak habuk pun takut) gedik en. ????

Panggilan antara mereka juga sudah bertukar.Qayyum memanggil Wardina
"sayang" dan Wardina memanggil Qayyum "baby". (Memang menggelikan
but..redho jela yerr)

Irdina dan Qhaira pulansudah masuk ke asrama dan menjalankan rutin
seperti hari biasa persekolahan.Irdina tahun ni nampaknya gigih
berusaha..yela...nak dapat straight A+ bukan senang.

Qhaira pula biasa je kot.Nothing special.

*****

Bip bip bip.

Aleeya Irdina
/Online/

assalamualaikum ??

?? wslm

Apa khabar orang jauh ??
Makin lupa kawan nampak ??

?? haha.mnedala.ak busy nak siapkan hw ,fikir pasal sekolah,masa depan
,latihan.
?? miss you.??

Hahaha.untongla dak dak pndai.dak dak pandai mmg rjin..lain la cm ak. ??
Miss you too babe ??

?? bila nak jumpa?

Tunggu kau hbis sch la..kau asrama dowh.Memang tak la aku nak panjat
pagar skola kau utk tgk kau kan. ??

?? bluerrkkk.tak suruh pun.Pandai sgt apsl.

Ak sedar la ak x spndai kau.Ak sedar ak bodo ??

?? Bengongla.Kalau dpt masuk MCKK tu mknenye pndai latu.

MCKK dengan sch kau beza dowh.Kau lagi tggi. ??

?? OLEH ITU..angkatlah darjat sekolah anda.yee Encik Meor Arfan.

Chiachiachia..memang tak la kalau aku sorg je. ??
Dee... ??

?? Ap?

Mai num awek sorang. ??

?? nope.

Pliss la Dee.ak kesunyian la..pliss babe.help me?? ??

?? Fine.
??

Woi!! Tu terlebih num ??

?? haha kay kay.jap.kali ni serius.
?? -Aina Syafiqa.Panggil Syaf je.

Gamba xda ka? ??

?? Sat nnnti aq kasi.
?? Kay la..ak chau lu.pape roger.
?? Assalamualaikum dear.sleep well.

Bye.Wassalam syg ??

Arfan segera menutup aplikasi Whatsapp itu.

"Ahhh...rindunya aku dekat Aleeya.Aleeya, kenapa kau tak paham perasaan
aku??"tanya Arfan sendiri.

"Aku harap..bila aku luahkan...kau tak menolak.."Arfan mengharap.

*&*&*&*&*&*&*

*Fast forward...beberapa bulan kemudian...*

"Dee...Dee buat betul betul..banggakan papa dan mama...Dee kejar cita
cita Dee sebaik mungkin! Ini adalah peluang Dee dalam medan pertarungan
di dewan peperiksaan...Gluck sayang"nasihat yang diberi kepada Irdina
buat kali terakhir terngiang -ngiang di telinga Irdina.

'Mama papa...Dee akan buktikan yang terbaik!Just wait and see.'

DI medan peperangan dalam segi peperiksaan itu sunyi sepi bak pohon yang
berduri.Irdina dengan tenang meneliti setiap soalan..memikirkan kehendak
soalan...melaksanakan strategi..melancarkan peperangan..

Dan..

Alhamdulillah...

Irdina dapat 11A+....

Irdina dapat.sambung belajar kat UK dalam bidang perakaunan..Yaa..itulah
cita citanya.Menjadi seorang akauntan..

Abang sulung sudah menjadi Doktor.Kakak kesayangan sudah menjadi
arkitek.Abang yang kedua sudah menjadi Jurutera.

Dan Irdina..

Mengejar cita cita yang hampir di garisan penamat dengan melanjutkan
pelajaran sebagai seorang mahasiswi dalam jurusan perakaunan.

Sekali lagi..Alhamdulillah..

Tempoh pembelajaran bagi Irdina adalah selama 4 tahun..

Ohh.lupa..Irdina di tahun ketiga dan dia berumur 20 tahun.

Dannn....Irdina akan bertunang....

Terkejut tak!!? Cam tak je??????

*Flashback* *yang* *paling* *panjang*...

Sebenarnya..selepas Irdina mendapat keputusan SPMnya yang cemerlang
itu...sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara..Irdina mendapat
tawaran di Matrikulasi..

Apabila selesai sahaja pengajiannya di situ...Irdina ke luar negara
untuk menempuhi segala cabaran untuk menjadi seorang akauntan.

Apabila di tahun kedua...Irdina dipaksa bertunang dengan jejaka idaman
yang tidak dikenalinya itu..

Yang paling mengejutkan...

Tunangnya itu adalah Qayyum..

Tapi,, Qayyum dah bertunang..macam mana boleh bertunang dua pulak kan??

Sewaktu mengikat tali pertunangan yang hampir memasuki jangka umur 3 tahun..

Wardina mendesak Qayyum.Kahwin! Kahwin! Kahwin! Perkataan tu sering
didengarinya..Bagi Qayyum..usia semuda dia (23 tahun) tidak layak untuk
berkahwin..bukan apa..dia masih belum puas enjoy hidup dia dan dia tak
bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.Walaupun pada
waktu itu..cinta Qayyum pada Wardina begitu mendalam.

Namun..apabila perintah dikeluarkan..Qayyum terpaksa menurut.Encik
Hazmin tidak mahu pertunangan yang lama.Baik dihalalkan saja pasangan itu.

Seminggu sebelum hari perkahwinan...

Qayyum menerima sepucuk surat.Apabila Qayyum membuka surat itu..terjelas
beberapa keping gambar seorang wanita bersama seorang lelaki bercumbuan
di atas katil.Dan..tidak disangka sangka...Wanita itu adalah
Wardina..wanita yang sungguh dicintainya..saat melihat gambar-gambar
itu..Qayyum seakan tidak percaya..lalu...Qayyum menyiasat hal itu tanpa
pengetahuan kedua-dua buah keluarga.

Bagi Qayyum...gadis seperti Wardina tidak mungkin berbuat
sedemikian.Wanita itu bertudung litup dan sentiasa menjaga batasnya.

Sehari sebelum perkahwinan..

Qayyum membatalkan segalanya.Semestinya Encik Hazmin
menyinga..tetapi...saat Qayyum menjelaskan perkara itu dengan bukti yang
telah dijumpai..Encik Hazmin terpempan.Bukti yang menunjukkan Wardina
pernah bercumbu dengan lebih dari 5 lelaki di hadapan matanya.Seakan
terasa seperti ingin pitam sahaja.

Lalu..majlis itu dibatalkan.Dan..seperti yang dijangka..Keluarga Puan
Sarah mengaum sekuat-kuatnya.Apabila ditunjukkan bukti..mereka
seolah-olah tidak percaya akan kewujudan bukti tersebut.Lalu..penjelasan
dari Wardina diminta.

Wardina mengaku dan mintak maaf...

Dann...

Cerita ni..untuk watak antagonis macam Wardina ni..habis takat sini
je..so lepas ni takdela sakit hati dengan si Wardina ni.

*End of flash back yang begitu panjang tetapi diringkaskan.*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience