"Dee..mama nak jumpa"panggil Azreef.
Selepas majlis pengebumian papanya selesai..Irdina muram..muram sangat.
"Hmm" jawab Irdina.
****
"Mama tahu kita semua sedih dengn kehilangan papa.tapi kita semua kene
kuat ..tabah.." ujar Puan Aisyah.
Setelah lama berdiam diri..
Akhirnya wanita itu bersuara...
"Mama..esok Dee nak sampaikan amanat papa..tolong panggil Qayyum
sekali.okla Dee penat nak tido."ujar Irdina lalu berlalu pergi.
Keesokannya..
"Hmm.Dee nak cakap apa?"tanya Ameera.
"Papa ada cakap kat Dee..suruh kita sekeluarga hidup bahagia..hubungan
tak terputus...abang abang pulak kene sentiasa bertanggungjawab dalam
hal ehwal keluarga..dan papa suruh kita doakan dia.."lantas air mata
ahli keluarga itu mengalir...rindu...
"Habistu..kenapa Qayyum kene ade sekali..?"tanya Azreef.
Irdina mengeluh..
"Memang..awal sangat..Dee pun tak nak..tak nak apa yang papa
amanatkan..tapi..Dee terpaksa..sebb itu amanat papa yang
terakhir..."Qayyum dari tadi hanya merenung Irdina yang tiada lagi
senyumannya di situ.
"Papa...papa..papa suruh Dee kahwin."ujar Irdina.
"What?! Dengan sapa??"tanya Puan Aisyah terkejut.
"Qayyum.tak perlu bertunang..papa suruh Qayyum kahwin dengan Dee."ujar
Irdina lalu melepaskan keluhan.Berat untuknya mengumumkan amanat arwah
papanya itu...
Qayyum terpempan.'aku?! Kahwin dengan Irdina?!'
"Ermm..Irdina..kalau amanat uncle tu susah Irdina nak buat.. apa kata
Irdina tak payah buat.Mana tahu..mungkin Irdina sebenarnya lebih baik
bersama dengan orang lain."ujar Qayyum.walaupun hati sebenarnya agak
setuju..tapi..melihat Irdina seperti terpaksa membuatkan dia tak mahu
wanita itu di sakiti.
"Kalau boleh memang aku tak nak.Aku bangkang sekeras
kerasnya..tapi...sebab arwah papa..aku akan buat.No objection! "Tegas
Irdina.
"Assalamualaikum" ucap seorang lelaki yang berpakaian kemas.berkot lagi.
"Waalaikumsalam.masuklah"balas Irdina.
"Maa...abang abang..akak..Qayyum..ni peguam papa.haritu dia call Dee nak
sampaikan wasiat papa.Saiful..duduklah"pelawa irdina.
"Terima Kasih cik..baiklah..saya akan terus straight to the point.Arwah
Encik Ismail menyerahkan rumah ini kepada Puan Aisyah dan ini sekeping
surat yang dicoret oleh beliau.Bagi anak yang sulung pula..arwah
mewasiatkan 1/4 daripada harta beliau kepada awak.manakala anak kedua
dan seterusnya juga mendapat 1/4 harta beliau.4 buah rumah diwasiatkan
kepada setiap seorang anak arwah.Isteri arwah pula menerima harta dari
luar negara.Untuk Irdina...ni ada juga nukilan dari arwah.Itu sahaja
sayang pulang dulu."ujar Saiful sebelum bergegas keluar.
Mereka semua tersenyum hambar.
Bagi mereka...memiliki seorang ayah lebih baik daripadaa memiliki harta
peninggalannya.
Irdina yang tidak tahan terus meloloskan diri ke dalam bilik..bergegas
melegakan perasaannya... rindu pada arwah papa...
Share this novel