"Segarnya..."kata Qayyum selepas selesai membersihkan diri.
'Nak tengok TV lah'katanya dalam hati.
Lalu dia turun.Tapi yang peliknya..riuh pulak dekat ruang tamu..sape datang?
-----
"Itu la Lisah.. aku pun pikir macam tu jugak.yelah..zaman muda muda kita
dulu..susah..bukan macam orang sekarang..."kata Puan Sarah.
"Haah..tula dia..Saidatul..iingat.. kemudahan yang kita ada tak
semestinya memberi kebaikan.. keburukannya juga ade tau!"kata Puan
Qhalisah kepada Saidatul,anak kepada Puan Sarah.
"Ye..baiklah auntie..tapi jangan la panggi saya saidatul.panggil saya
Wardina.saya lagi selesa dengan nama tu."ujar Wardina.
"Haih..yela..Wardina.."kata Puan Qhalisah sebelum menghamburkan gelak
tawa nya.Suka dia melihat anak si Sarah ni.Baik je
budaknya..sopan..bertudung litup..
"Ni Wardina kerja kat mana?"tanya Puan Qhalisah.
"Alah..auntie saya driver je."kata Wardina.
"Driver??"tanya Puan Qhalisah tidak percaya.
"Haah..driver..bawak orang pergi destinasi yang dituju..tapi..saya ni
driver yang lain macam sikit.."ujar gadis itu.
"Lain macam macam mana tu.. sebab perempuan ke?"tanyanya lagi.Baru je
nak jodohkan dengan Qayyum.Hakikatnya memang la Wardina lagi tua
tapi..kalau dah jodoh tak kemana kan.
"Taklah.Different nye saya adelah..saya bawak kenderaan besar..ramai
penumpang..naik laangit..heheheh"kata Wardina.
"Lah..anak kau pilot ke Sarah..wah untungnya kau..bukan senang nak jadi
pilot sekarang ni..lagi lagi perempuan..tahniahla ye Wardina.."kata Puan
Qhalisah.
Tiba tiba derapan kaki seorang muncul di tangga rumah besar itu.Lelaki
yang hanya berpakaian biasa tetapi kehenseman tetap kekal.Seluar trek
panjang dan tshirt merah Levis dipadankan dengan kulit putih kemeriahan
lelaki itu.
Tergugat iman Saidatul Wardina!!.
"Qayyum...apasal turun ni? Lapar ke?"tanya Puan Qhalisah kepada anaknya itu.
"Taklah ibu.Qayyum nak tengok TV.Malas pulak nak tgk kat atas tu saja
saja turun bawah tu."balas Qayyum.
"Oohh.ehh.ni ibu kenalkan. Kawan sekolah ibu, auntie Sarah.yang manis ni
pulak Wardina.Saidatul Wardina.Anak Auntie Sarah."ujar Puan
Qhalisah.menarik minat anaknya terhadap Wardina.
Tersipu-sipu malu Wardina apabila diperkenalkan sebegitu.
"Assalamualaikum auntie Sarah.Wardina."sapa Qayyum lalu diberikan
senyuman kepada mereka berdua.
"Waalaikumsalam"jawab mereka serentak.
Nampaknya..bukan sahaja Wardina yang tergugat iman tapi..puan Sarah pun
boleh tahan jugak..senyum macam kerang busuk aje gayanya.
Yang si Wardina ni pulak rasa terpikat dek sapaan pertama mereka.Dahla
bagi salam dulu..selalunya orang senyum je.Ni bagi salam pulak
tu..uihhh..bakal menantu mama ni..
Qayyum menuju ke ruang rehat di bawah.Agak jauh dari pandangan ruang
tamu yang dikhaskan untuk tetamu.Apabila memandang Wardina..wanita itu
cantik tapi tak secomel Irdina.'ehh apasal aku pikir pasal dia pulak
ni??'ujarnya dalam hati.
"Aku rasa aku kene rapat dengan Wardina untuk lupakan Irdina
lah..Mungkin boleh.Lagipun aku ikhlas nk kawan dengan wanita secantik
tu."bebel nya sendiri.
Selepas 55 minit....
"Lisah.. aku balik dulu tau.Nanti cik abang marah la pulak..nanti nak
beli barang rumah lagi ni..nak masak.."kata Puan Sarah.
"Kau masak ke Sarah..Aku ni tolong pembantu aku je.."ujar Puan Qhalisah.
"Taklah..bukan aku yang masak..ni haa. Wardina yang masak.Kalau
cuti..memang dia la yang masak."kata Puan Sarah.
"Haih..untungnya kau.Aku ni..dua dua anak lelaki..nak sangat anak
perempuan..takde pun"ujar Puan Qhalisah.Bukan takde..ade..tapi..kemana
menghilang???
"Okla.aku balik dulu ye.Assalamualaikum "kata Puan Sarah lalu melagakan
kedua dua pipinya kepada pipi Puan Qhalisah.
Setelah menutup pintu...
"Ibu.."
"Hmm"
"Ade number Wardina tak?"
Puan Qhalisah tersenyum.
"Kenapa?"
"Saja.nak cari kawan baru."
"Nak cari kawan ke nak cari menantu ibu?"teka Puan Qhalisah.
"Ha ha ha. Ibu merepek ape...Along. belaja pun belom habis lagi..ibu ibu.."
Hahahahahaaaa -gelak mereka berdua..sakan.
--------
"Assalamualaikum. "Kata Farez.
"Waalaikumsalam "jawab Qayyum.
"Hmm Qayyum.nah"kata Farez sambil menghulurkan satu kotak yang Agak lunyai.
"Apa ni?"kalau tengok macam pernah tengok je kotak ni..hmm.eh eh..bukan
ke..kotak ni..kotak yang Irdina kasi dulu? Yelah..betullah.
"Mana kau dapat?"tanya Qayyum.
"Dekat bangsal motosikal.Waktu tu aku kutip lepas Irdina menangis."kata
Farez.
"Kau.."
"Ye.aku nampak semuanya.kau tau tak.kau tak patut buat macam tu.memangla
dia tu kecik lagi.mentah lagi dari kita.tapi.dia pun ade perasaan jugak
dan aku yakin..perasaan tu adalah perasaan yang akan kekal tahan.Kau tau
tak..dia menangis dekat 15 minit??"ujar Farez.
"Tak.dahla aku tak nak cakap pasal dia."balas Qayyum menandakan dia
sengaja mengelak dari soalan yang berkaitan dengan Irdina.
Farez hanya mampu diam.
Share this novel