BAB 1

Romance Completed 6016

Pakkk pakk pakkk
Kuat langkahan maut Aleeya melangkah ke pintu utama sekolah.Almaklumlah,dia ni kan baru form 1. Sekali pandang pemilik wajah nan ayu ini memang penuh kelembutan namun hatinya teguh, seteguh karang. Usai sahaja bersalaman dengan seorang guru yang diiringi dengan dua
pengawas lelaki yang berpakaian kemas, Aleeya terus sahaja melulu ke arah
tapak perhimpunan walaupun dia tak tahu kat mana la semua budak form 1
ni ade.
Tiba...tibaa..

"Aleeya!!",jerit Aqeela.Ya,Aqeela memang satu sekolah dengan dia dulu
tapi bukan satu kelas la..setahu dia..Aqeela ni dah pindah Melaka atas
urusan keluarga.Itupun dia tahu dari ex rakan sekelas dia,Meor.'Kurang
ajar punya Meor!! Berani kau tipu aku!! Siap kau balik nanti!',desis
hati Aleeya.

"Eh,Aqeela! Kau sekolah sini jugak ke?",tanya Aleeya walaupun sudah
terang lagi bersuluh yang Aqeela tu tengah pakai baju kurung sekolah dan
sedang menggalas beg.Apodah!

"Haah.Eh,aku ingatkan kau masuk asrama yela top student kan
dulu",seloroh Aqeela.

"Top student ape kebendenye!?! Kalau aku top student aku mestila masuk
asrama.Ni tak.Sekarang ni Aku ada depan mata kau dan realitinya adalah
aku akan sekolah kat sini sampaila form5.Paham!!",cerita
Aleeya.Yelah.betul juga ape yang dikatakannya itu.Memangla dulu dia
boleh dikatakan sebagai budak pandai juga tapi apabila result UPSR nye
tidak memuaskan iaitu 4A 1B,dia tekad untuk menjadi lebih optimis dan
menganggap bahawa ini perancangan Allah.Hanya Allah sahaja yang Maha
Mengetahui.
________________________________________________

"Diminta semua pelajar tingkatan satu! Sila bergerak ke kantin
sekarang.Ulang suara, diminta semua pelajar Tingkatan 1 sila ke kantin
sekarang."pengumuman yang dilakukan oleh seorang pengawas perempuan itu
menyedarkan Aleeya dan rakan-rakannya yang sedang rancak bersembang itu
untuk ke kantin secepat yang mungkin.

"Okay.Perhatian!! Sesiapa yang sudah mendaftar laporan diri pada hari
pendaftaran boleh ke tapak perhimpunan sekarang"kata Cikgu perempuan
yang bernama Faezah itu.

"Qeela,jom!"ajak Aleeya."Ok .Jom!",balas Aqeela menerima ajakan
Aleeya.Entah mengapa,secara tiba-tiba Aqeela memegang tangan Aleeya
seolah-olah sudah seperti kawan lama.Kawan lama yang sungguh mesra.Erat
pegangannya.'Eh eh.apasal dengan Aqeela ni.tetiba jer pegang tangan
aku.'soal Aleeya dalam hati.

Setelah tiba di tapak perhimpunan,Aleeya terus menanyakan soal kelasnya
kepada seorang pengawas.

"Akak pengawas.. kelas Kf dekat mana?" Tanya Aleeya.Apakan daya.Dari
rumah lagi dia risau tentang nama kelasnya.Nama kelas je pun.Tapi dia
asyik tertanya- tanya.Almaklumlah,waktu pendaftaran haritu,dia tak
ada.Hanya ayahnya sahaja yang tolong mendaftarkan laporan dirinya untuk
kemasukan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Damai Indah itu.Ini semua
disebabkan daging masak ros opahnya.ish ish ish.menyesal pulak dia makan
padahal dia la yang melantak sensorang kat dapur tu dan dengan yakinnya
dia merasakan bahawa dirinya akan sihat sepenuhnya pada hari pendaftaran
padahal sebenarnya cirit birit jugak la.Tapi apa apa pun daging masak
ros opah sedap bangatt!!

"Ohh,Kreatif.Haa meh sini akak tunjukkan"jawab pengawas itu sambil
menunjukkan tempat yang sepatutnya kepada Aqeela dan Aleeya."Thanks
kak.. Safeena"ucapnya selepas melihat nametag pengawas itu yang tertulis
namanya "Nur Safeena Wardyna".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience