BAB 15

Romance Completed 37028

Zahra tekun mengadap laptop di dalam bilik dengan hanya memakai seluar pendek dan singlet hitam sahaja. Rambut panjangnya disanggul seperti orang dalam pantang. Tiba-tiba pintu bilik terkuak.

“Aaaaaaaa!!!” Bergema Vila Firdaus dengan jeritan Zahra. Pantas bantal yang dijadikan tempat bersandar diambil dan ditutup bahagian dada. Aszraff yang melihat melopong. Free show!

“Aszraff!” keras suara Zahra menyebut sebaris nama itu apabila tuan empunya nama masih lagi tidak melepaskan pandangan matanya dari terus melihat Zahra.

“Ya?” sahut Aszraff sambil buat muka tak faham.

“Jaga mata tu!”

“Ha?”

Zahra berdecit. Dia bangun dan berjalan ke arah pintu. Bantal masih lagi digenggam erat. Sehelai Tshirt berwarna kelabu dicapai dan disarung cepat-cepat ke tubuh. Mata Aszraff masih memandangnya.

“Apa pandang-pandang? Tikam mata dengan garfu karang!” marah Zahra. Dia berkira-kira hendak keluar dari bilik yang terasa menyesakkan dadanya itu namun pergelangan tangannya digapai. Dia terpana. Aszraff pegang tangan aku woi!

“Zahra, nak cakap sikit,”

“Nak cakap tu cakap jelah. Tak payah nak pegang-pegang,” Tangan ditarik kasar. Nanti mandi, tangan aku sarung pakai plastik!

“Kau suka aku kan?” Zahra terpinga. Mulut roti tempayan mana pecahkan rahsia aku ni? Takkan Dian kot.

“Farith bagitau aku. Dian cerita kat dia,” terang Aszraff apabila dia melihat muka blur isteri ekpressnya itu. Zahra menunduk.

“Awak abaikan apa yang Dian cerita. Tu cerita lama. Zaman sekolah. Cinta monyet. Saya sedar saya siapa. Anak orang gaji,” ketawa sinis terlepas dari bibir comel Zahra.

“Shoot! Pandai kau tafsir fikiran aku. So, lepas ni. Bawak-bawaklah sedar diri tu,” kata Aszraff sambil berlalu.

Sakit. Pedih. Perit. Semua rasa bersatu. Kau kejam, Aszraff! Aku manusia yang ada hati dan perasaan. Silap aku sebab jatuh cinta dengan suami yang tak pernah mencintai aku. Aku sedar siapa diri aku. Anak orang gaji mana layak berdampingan dengan anak Tan Sri macam kau. Zahra mengesat tubir matanya. Kepalanya diserang rasa sakit. Berdenyut kuat. Zahra berjalan ke arah katil sambil memejamkan matanya. Lenalah wahai mata. Mimpi yang indah-indah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience