BAB 5

Romance Completed 37028

“Uncle! Tolong Zahra, Uncle!” jerit Zahra dari bilik dapur. Wajahnya sudah lencun dengan air mata. Takut melihat ibunya yang sedang sesak nafas itu.

Tan Sri Hafsham yang berada diruang tamu itu bergegas ke dapur setelah mendengar jeritan Zahra. Terkejut dia melihat keadaan pembantu rumahnya, Umairah.

“Ibu sesak nafas, uncle. Tolong Zahra.” Makin kuat raungan Zahra.

“Tolong uncle angkat ibu kamu.”

Zahra membantu Tan Sri Hafsham memapah ibunya memasuki kereta.

“Zahra, tunggu kat rumah. Biar uncle yang bawa ibu kamu ke hospital,” arah Tan Sri Hafsham.

“Tapi…..”

“Sudah. Tak payah nak tapi-tapi. Bak sini IC ibu kamu.” Kata-kata Zahra dicantas oleh Tan Sri Hafsham. Cepat-cepat Zahra menghulurkan dokumen pengenalan ibunya. Beberapa saat kemudian, menderum kereta Mercedes Benz milik Tan Sri Hafsham meninggalkan Vila Firdaus.

*****************

Fikiran Zahra ketika itu berserabut sehinggakan rambutnya juga huru-hara. Wajahnya basah dengan air mata. Dia menapak masuk ke dalam rumah dengan hati yang bimbang. Pintu utama ditutup dan dikunci. Kelihatan Aszraff turun dari tingkat atas dengan hanya memakai singlet dan seluar pendek. Mukanya seperti baru bangun tidur. Dia berdiri dihujung tangga.

“Kenapa bising-bising ni? Yang kau menangis bagai ni kenapa?” soal Aszraff.

“Ibu aku sesak nafas. Uncle bawak pergi hospital.” Serak suara Zahra menjawab. Aszraff mencebik.

“Sesak nafas je pun. Tak mati lagi lah,”

Serentak dengan itu, Zahra memandang Aszraff tajam. Sakit hatinya mendengar setiap patah perkataan yeng terucap dibibir Aszraff. Dia beristighfar didalam hati. Zahra berlalu ke dapur. Bimbang jika perang akan meletus jika dia berdiri disitu.

“Eh perempuan. Kau nak pergi mana tu? Sini!” kuat suara Aszraff memanggil Zahra. Zahra buat pekak. Aszraff pula naik angin kerana panggilannya tidak dihiraukan.

“Nurul Zahra Aisha binti Zaman, anak orang gaji Vila Firdaus! Kau pekak ke?!” tengking Aszraff.

Zahra berpaling dengan wajah yang merah padam menahan marah. Aszraff senyum mengejek. Belum sempat Zahra membalas penghinaan Aszraff, pintu rumah diketuk kuat sehingga bergegar. Zahra memandang Aszraff dan Aszraff memandang Zahra. Aszraff berjalan menuju ke pintu dan kunci dibuka. Perlahan-lahan pintu terkuak. Kelihatan empat orang berpakaian jubah dan berserban bersama-sama dua orang anggota polis. Aszraff memandang Zahra yang sudah pucat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience