BAB 6

Romance Completed 37028

“NO papa! Raff tak nak kahwin dengan dia!” bentak Aszraff. Zahra membatu. Umairah mengurut dadanya. Tan Sri Hafsham mula memicit dahi. Kalaulah dia membawa Zahra bersama tadi, tak mungkin kejadian tangkap basah ni berlaku.

“Raff, tolong papa. Ni satu-satunya cara untuk menutup aib. Papa buntu. Papa dah tak tahu nak buat apa lagi,” perlahan Tan Sri Hafsham bersuara.

“Papa kan banyak duit. Papa sogok la semua orang dengan duit papa supaya cerita ni tak tersebar sekaligus tidak menjejaskan bisnes papa.” Begitu mudah Aszraff menutur kata-kata.

“Raff, hal ni bukan sahaja pasal duit. Hal ini juga melibatkan maruah. Mana papa nak letak muka bila semua orang tahu yang Aszraff kena tangkap basah?” Tan Sri Hafsham cuba berdiplomasi.

“Malu papa je papa fikirkan? Malu Raff? Ada papa kisah? Mana nak letak muka kalau satu sekolah tahu Raff dengan tangkap basah lepas tu kahwin dengan anak orang gaji macam Zahra ni?!” Lancang mulut Aszraff berkata-kata.

“Nik Zaris Aszraff! Jaga sikit mulut kamu tu. Walaupun dia orang gaji, dia tetap ada perasaan! Kamu fikir, kamu sorang je ada perasaan?! Papa tak kira. Apa jua keputusan kamu, papa tetap dengan keputusan papa. Minggu depan, kahwin!” tegas Tan Sri Hafsham. Aszraff terkedu. Zahra terkejut.

“Ibu!!!” jerit Zahra apabila Umairah tumbang disisinya.

************************

Tiga hari sudah pemergian Umairah. Zahra masih lagi bertemankan air mata. Ibu, kenapa ibu tinggalkan Zahra sorang-sorang? Ibukan dah janji dengan Zahra yang ibu takkan ikut ayah selagi ibu jumpa orang yang betul-betul boleh jaga Zahra. Ibu tipu Zahra!

“Rimas lah aku tengok kau menangis siang malam,” kata Aszraff yang entah bila muncul ditepi kolam renang itu.

“Kau tak faham apa yang aku lalui,” perlahan Zahra bersuara. Aszraff merengus.

“Aku pernah rasa kehilangan mama. Sama macam kau kehilangan ibu kau,” sinis Aszrafff bersuara.

“Sekurang-kurangnya kau ada uncle. Aku tak ada ayah. Aku dah tak ada siapa-siapa lagi dah,” sebak suara Zahra menuturkan kata-kata. Aszraff memandang Zahra melalui hujung mata. Tipu jika dia sedikit pun tiada rasa belas kasihan dihatinya namun dia cuba untuk membuang rasa itu.

“Alah, minggu depan kau kahwin dengan aku jugak. Nanti kau dapatlah papa baru,”

“Aszraff, aku tak nak gaduh-gaduh dengan kau tapi boleh tak kau jaga bahasa kau bila bercakap?” Tajam Zahra memandang Aszraff.

“Aku malas lah nak cakap dengan budak cengeng macam kau ni.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience