BAB 3

Romance Completed 37028

ZAHRA berhenti betul-betul dihadapan Aszraff. Ketinggiannya yang hanya didada Aszraff itu memaksanya untuk mendongak melihat raut wajah Aszraff.

“Kenapa kau baling aku dengan bola kertas bodoh kau ni?” tanya Zahra.

“Bila pulak aku baling benda tu kat kau?” Aszraff cuba bermain tarik tali dengan Zahra.

“Kau jangan buat-buat tak tahu lah Aszraff. Aku tahu ni kerja kau. Kenapa kau suka kacau aku hah?!” bentak Zahra lantang.

Serta-merta keadaan kelas bertukar sunyi sepi. Kini, 37 pasang mata memerhatikan dua jasad disudut kelas itu. Adakah perang dunia ketiga akan meletus?

“Yang kau bertepik macam orang meroyan ni kenapa?” soal Aszraff.

“Aku takkan meroyan kalau kau tak kacau aku. Kau faham tak? Apalah nasib aku jumpa dengan mamat poyo, sewel, bangang, bengong, hampeh macam kau ni?” Sinis suara Zahra.

Muka Aszraff mula memerah. Dia maju setapak mendekati Zahra. Zahra menelan air liur. Kini, Aszraff betul-betul berada dihadapannya. Dekat hingga terasa hangat nafas Aszraff menampar pipi putihnya.

“Boleh tak kau fikir dulu sebelum kau cakap? Kau sedar sikit diri kau tu siapa. Kau tu hanya anak orang gaji aku. Kau masuk sekolah ni pun sebab pertolongan papa aku. Aku tak faham kenapa papa aku sibuk sangat pasal kau. Apa istimewanya anak orang gaji? Kau tak payah nak berlagak bagus sangat,” bisik Aszraff keras. Zahra tersentak. Dia memandang Aszraff tajam.

“Siapa beri kau hak nak hina aku? Aku sedar status aku. Aku tahu aku ni siapa. Jangan disebabkan keluarga aku berhutang budi dengan keluarga kau, kau sesedap lutut kau je nak pijak-pijak maruah aku,” tegas Zahra. Aszraff tiba-tiba bertepuk tangan.

“Bagus kalau kau sedar diri aku siapa. Kau jangan nak bangga diri sangat. Orang miskin macam kau ni, layak duduk bawah tapak kaki aku je.” Sebaik sahaja Aszraff menghabiskan kata-katanya, sebiji penampar hinggap diwajah tampannya.

“Nik Zaris Aszraff, kau dengar sini baik-baik. Kau tahu tak yang kau tu tak ada apa-apa. Kau jangan nak berlagak kaya sangatlah sebab kemewahan yang kau ada selama ni pun bukan duit kau pun. Tu semua duit papa kau. So, tak payah nak show off sangat. Farith, aku harap kau tak jatuhkan maruah lelaki kau sebab berkawan dengan lelaki biadab macam ni,” kata Zahra. Farith terpinga-pinga apabila namanya disebut oleh Zahra.

“Kurang ajar!” Tangan Aszraff naik ke udara namun sempat dihalang oleh Farith sebelum hinggap diwajah putih gebu milik Zahra itu. Zahra sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut.

“Lelaki dayus je pukul perempuan!” jerit Zahra kuat.

“Kau berambus sekarang. Aku tak nak tengok muka kau!” jerkah Aszraff kuat. Tersentak semua yang berada didalam kelas itu.

“Aszraff! Zahra! Ikut saya ke bilik displin sekarang!” arah Cikgu Ziyad yang kebetulan lalu disitu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience