BAB 8

Romance Completed 37028

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Dian disebelah Zahra cepat-cepat bangun dan berlalu ke kantin seorang diri. Zahra mengeluh. Dia berjalan berseorangan ke kantin.

“Dian, boleh aku duduk sini?” tanya Zahra. Dian hanya diam. Matanya memandang ke arah lain. Zahra menarik kerusi dan duduk dihadapan Dian. Baru sahaja dia ingin membuka mulut untuk meminta maaf, Dian bangun dan berlalu pergi.

“Dian Adlina binti Dazrin! Aku minta maaf!” jerit Zahra kuat. Dian berhenti. Semua mata dikantin memandang mereka berdua. Suasana yang tadi hingar-bingar, kini bertukar sepi.

“Aku dah maafkan kau,” ringkas sahaja jawapan Dian sebelum dia berlalu pergi. Zahra mengeluh. Ibu, Dian pun dah jauhkan diri dari Zahra. Kenapa Zahra perlu lalui hidup macam ni ibu? Zahra tak kuat!

*************************

“Nik Zaris Aszraff bin Tan Sri Nik Hafsham, aku nikahkan dikau dengan Nurul Zahra Aisha binti Zaman dengan mas kahwinnya seutas gelang tangan,”

“Aku terima nikahnya Nurul Zahra Aisha binti Zaman dengan mas kahwinnya seutas gelang tangan,”

“Sah?”

“Sah.”

“Sah!”

“Alhamdulillah.”

Tetamu menadah tangan doa yang dibacakan oleh tok kadi. Selesai mengaminkan doa, Tan Sri Hafsham mencuit Aszraff.

“Raff, pergi pakaikan gelang kat tangan Zahra,” bisik Tan Sri Hafsham. Aszraff mengeleng. Tan Sri menjegilkan matanya. Akhirnya Aszraff akur.

Dia bangun dan berjalan ke ruang tengah rumahnya yang menempatkan Zahra dan saudara maranya. Gelang berlian dari Habib Jewels yang dibeli oleh Tan Sri Hafsham diambil. Zahra menghulurkan tangannya. Sejuk tangannya apabila tersentuh dengan tangan Aszraff.

“Zahra, cium tangan suami,” arah Mak Su Maria. Ibu saudara Aszraff.

“Kena salam jugak ke Mak Su?” Mak Su Maria tergelak sambil mengangguk. Tangan Aszraff ditarik dan dicium laju.

“Eh, pengantin. Cium sekali lagi. Tak sempat nak capture la,” kata jurugambar. Zahra merugut dalam hati. Lembab!

Tangan Aszraff sekali lagi ditarik. Kali ini sedikit kuat. Tanda protes. Dicium tangan putih itu lama.

“Done! Okay, sekarang, pengantin lelaki cium dahi pengantin perempuan,” arah jurugambar itu lagi.

“Abang, kalau tak buat aci tak?” bantah Aszraff.

“No, no. Tan Sri dah bayar abang. Abang kena buat kerja abang.”

Mulut Aszraff terkumat-kumit membebel tindakan papanya yang mengupah jurugambar untuk bergambar dengan anak orang gaji ini. Membazir aje! Kalau upah photographer untuk aku bergambar dengan artis tak apalah jugak! Tak nak tak, Aszraff menurut juga permintaan jurugambar tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience