BAB 3

Family Completed 806

Aku muncungkan bibir dan daddy tersenyum cuma. Biasalah, daddy kalau aku buat muka manja macam tu dia cuma akan tersenyum sahaja.

Aku membantu mummy dan Endah mengemaskan dapur. Seronok betul. Sambil-sambil itu, mummy sibuk bertanya samada aku dah ada teman lelaki atau tak.

Aku memang dah agak mummy mesti nak tahu hal-hal ini. Aku ni mana ada masa nak bercinta, sibuk study. Tak ada lain aktiviti lain selain study. Mummy aku tak percaya, memang susah kalau terang pada mummy aku ni.

Kenalah aku terang satu-satu dengan mummy. Masih tak percaya juga. Sabar ajalah. Aku bab bercinta atau kahwin ni aku serah pada mummy dan daddy aku.

Selain itu aku serahkan pada takdir, persoalan jodoh ini susah nak ditentukan. Iyalah, contohnya kita jatuh cinta dengan seseorang tetapi dia tak ditakdirkan menjadi pasangan hidup kita begitu juga sebaliknya.

Paling penting bagi aku, aku tak mahu hati aku kecewa sebab aku tahu aku bukan seorang yang tabah.

Hari ini aku mengambil keputusan untuk keluar berjalan-jalan. Maklumlah, dah dua tahun aku tinggalkan Kuala Lumpur.

Nak juga tengok apa perubahan yang dah dibuat di kota Metropolitan ini. Mulanya aku nak memandu sahaja, tapi tak trilllah kalau drive so aku naik teksi.

Memang dah banyak berubah, baru dua tahun aku tak ada di sini. Kalau lebih dari itu, entah macamana agaknya. Seluruh Kuala Lumpur aku berjalan, sampai naik lenguh kaki ini.

Petaling Street masih macam dulu, tambahan sebelah petang macam-macam manusia yang aku jumpa. Kenderaan pun aku lihat makin bertambah, harapnya pencemaran pun takkan bertambah.

Bosan sungguh berjalan seorang diri. Tambahan aku ni masih single, nak tunggu Sarah nampaknya aku kena memerap di rumah selama lima hari.

Hari ini pun aku keluar sebab rasa otak ni kosong. Aku singgah di Pasar Budaya kebetulan ada persembahan seni di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience