BAB 4

Family Completed 806

Seronok juga, kalau di London, Hyde Park selalu menjadi tumpuan seniman jalanan buat show sendiri.

Aku perhati jam di tangan, baru pukul dua. Serasa aku, dah lama aku berjalan, tapi nampaknya masa masih lagi panjang. Takkan dah nak balik, tak puas pun berjalan. Tapi nak kemana lagi?

Hmm…Mid Valley pun dah siap sepenuhnya. Aku pun ambil keputusan untuk ke sana. Megamall, kompleks membeli belah yang dikatakan terbesar di Asia. Aku pusing satu kompleks.

Banyak juga barangan yang ada di sini, mungkin sama besar Harrod’s di Kota London. Aku tak pasti nak beli apa di sini, biarlah cuma mencuci mata sahaja. Lagipun apa yang nak aku beli di sini?

Hm…GSC, ada cerita best ke? Lagipun dah lama aku tak menonton wayang, masa di London aku hanya menonton TV atau DVD sahaja. Buat apa buang duit menonton wayang.

Aku lihat kesemua poster yang ada dari filem Melayu, Inggeris sehingga filem terbitan negara-negara lain. Aku berhenti di satu poster. Hmm…The Core, macam best saja bunyi tajuk.

Aku tengok lagi poster filem itu, mesti banyak special effect nih! Aku renung tempat beli tiket, aduhai ramainya orang. Maklumlah hari ini hari minggu, memang patut pun ramai orang ditambah lagi kalau cuti.

Nampaknya, terpaksa aku tangguh dulu nak tengok wayang ni. Banyak lagi masa aku di sini, nanti aku datang menonton dengan Sarah. Aku mula melangkah pergi.

“Cik..?”

Segera aku menoleh, seorang lelaki mendekatiku. Hati aku bertanya, kenapa pula lelaki itu tiba-tiba menegur aku. Dia kenal aku ke? Kami berpandangan. Aku harap dia berniat baik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience