BAB 1

Family Completed 806

Nafas ku tarik sedalam-dalamnya, baru sahaja selesai melintasi petak imigresen.

Aku mengambil bagasi dan berlalu ke balai ketibaan. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kelihatan sesak dengan penumpang yang nak berlepas dan yang baru tiba.

Jam tangan menunjukkan jam sepuluh pagi, nampaknya penerbangan aku tadi tiba awal. Teksi segera aku tahan, tak sabar nak balik. Tak sabar nak jumpa mummy, daddy dan adik.

Akhirnya, aku tiba di hadapan rumah, tak ada yang berubah rasa rumah aku ini. Cuaca agak panas segera aku melangkah masuk ke dalam rumah, mummy agak terkejut dengan kepulanganku.

Wanita itu terus memeluk aku, begitu juga dengan adikku.

“Kenapa tak beritahu nak balik? Kenapa kurus sangat ni, Era ?” tanya mummy.

Aku dah agak, mummy mesti tanya soalan tu? Aku sekadar tersenyum sahaja. Macamana badan aku tak kurus, dah lama tak merasa gulai lemak ikan masin dan sambal sotong.

Aku dan mummy menuju ke bilikku. Masih kemas macam mula-mula aku tinggalkan. Aku rebahkan badan ke katil, mummy mengeluarkan pakaianku dari dalam beg.

“Biarlah mummy nanti, Era buat.”

Wanita itu mendekati. Aku segera memeluknya.

“Dah makan? Kalau belum, biar mak suruh Endah masak sesuatu?”

“Tak apalah mummy, kenyang lagi dengan makanan dalam flight. Tapi, esok Era nak sambal sotong."

“Hmm..mummy tahu.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience