Wanita itu berlalu, aku toleh ke meja di kiri katil. Aku capai bingkai gambar yang ada disitu.
“Sarah !” ujarku dan capai cordless phone di sisi meja dan mendail nombor telefon rumah Sarah.
"Hello, Sarah ada?” Setelah menerima jawapan, aku matikan talian.
Apalah Sarah ni, kita balik dia out station pulak. Lima hari pulak tu, memang nak kena dia ni!
Aku capai bingkai tu balik, gambar aku dengan Sarah ketika camping trip di Bukit Keledang.
Masa tu aku dan dia masih di Tingkatan Enam. Hmmm…sebelum terlupa, nama aku Naerah Habib.
Aku baru sahaja balik bercuti dari Universiti di England.
Teman sekuliah mengajak Europe tour tapi bagi aku, baik aku luangkan masa dengan family di Malaysia. Pintu bilik di ketuk, Sarrah muncul. Dia turut rebah ke atas katil.
“Kakak tak bawa hadiah untuk adik ke?” tanyanya. Aku mencebik dan dia kelihatan merajuk. Kemudian aku ketawa nyaring.
“Adalah, nah! Merajuk, dah besar jangan nak merajuk. Buruk!!!”
Dia mencubit lengan aku dan mengambil patung SNOOPY dari tanganku. Mujur adik cuma seorang, kalau ramai entahlah bankrap agaknya.
Malam itu, daddy tanya apa plan aku masa cuti. Aku dah agak dia mesti nak aku berkerja. Susah aku nak beritahu apa sebenarnya yang aku nak buat.
“Alah! Daddy, Era balik nak rehat dari tension yang Era hadapi di sana. Kalau Era kerja lagilah Era tension.”
“Suka hati kau lah Era. Daddy ingat buat macam tu kau akan dapat pengalaman.”
Share this novel