“Dah beres, aku pun dah balik KL. Era, aku dah minta cuti esok.”
“Okay, kita jumpa dekat tempat biasa. Banyak lagi yang aku nak cerita dengan kau nih!”
“Aku pun, Era …” ujar Sarah.
Macam selalu, Sarah datang lewat lagi. Dia ni memang tak pernah berubah, entah macamana agaknya dia pergi berkerja?
Dah suku air the limau aku minum habis. Aku nampak, Sarah berjalan laju menghampiri aku.
“Era, sorry. Jalan jem tadi.”
“Kau memang macam tu. Aku ingat dah dua tahun aku tak ada di sini kau berubah jadi seorang yang punctual. Tapi tak berubah juga?”
Sarah ketawa kecil. Aku merengus dan ketawa kecil.
“Seronok belajar di UK? Ada sesiapa interested di sana?” soal Sarah. Nak tergelak aku dengar soalan kawan aku ni.
“Tak ada siapa buat masa ni? Kalau kau tanya seronok di UK, bagi aku sama sahaja. KL atau UK tak ada bezanya. Dah rezeki aku di UK terima sahajalah.”
“Sarah ceritalah fasal boyfriend baru kau tu?”
Sarah tersenyum. Dia nihlah, orang suruh cerita senyum pula! Aku cubit lengan teman aku itu dan dia menepuk peha aku manja dan kami berdua ketawa riang.
Dia agak keberatan nak cerita dengan aku fasal teman lelaki barunya. Tapi dengan aku mana boleh dia sorok.
“Kau pulak macamana? Bukan main rancak kau semalam. Ada orang belanja tengok wayang lagi.” Ujar Sarah.
Share this novel