BAB 2

Fantasy Completed 207

Di sesuatu tempat tanah yang lapang terdapat semak dan pokok-pokok yang berada disitu. Dunia ini tidak seperti bumi malahan sungguh berbeza. Rumput-rumput berwarna ungu. Pokok yang berbatang hijau dan daun berwarna kuning dan langit tidak kebiruan seperti biasa. Keadaan dunia ini berwarna-warni warnanya. Di dalam semak-samun yang berwarna kuning, terdapat dua objek seperti manusia yang jarak terpisah jauh di antara mereka.

“Tempat apakah ini? Di mana aku berada? Di mana Miharz dan Darwin?” Morina dalam keadaan ketakutan. “Darwin! Miharz ! Di mana kamu semua? Miharz ! Darwin!.” Morina terus menjerit nama Miharz dan Darwin sambil berjalan mencari mereka berdua. Dalam kesayuan angin bertiup, Morina terdengar suara seperti sedang menyahut jeritannya dan terdengar seseorang memanggil namanya. Morina berlari ke arah suara yang sedang memanggilnya itu.

“ Morina! Aku di sini. Morina! Aku di sini. Morina! Morina!.” Miharz menjerit seperti dalam kesakitan.

“ Miharz ! Kau rupanya. Syukur kau selamat. Aku ingat aku sahaja yang berada di tempat ini” sambil berkata-kata kepada Miharz dalam keadaan menangis.

“Kita berada di mana Morina sekarang?”.

“Aku tidak tahu Miharz , malahan tempat ini berbeza dengan dunia kita, aku takut Miharz ”.

“Tangan aku, Morina!”.

“Kenapa dengan tangan kau, Miharz ”.

“Tangan aku terseliuh dan luka, Morina”.

“Ahh! Apa? Biar aku balut luka kau dengan sampul tangan aku ni”.

“Sakitlah. Balut la perlahan-lahan”.

“Cuba la kau diam sikit. Aku nak balut dengan betul pun tak boleh. Mengalahkan perempuan sakitnya”. Mereka bertentang mata dengan keadaan memikirkan sesuatu yang rasa tidak lengkap di antara mereka berdua.

“Darwin mana, Morina?”.

“Aku tidak tahu di mana dia berada lagipun aku tidak tahu tempat yang kita berada sekarang ni, Miharz ”.

“Aduh! Sakitnya tangan aku”. Miharz berusaha untuk bangun dan Morina menolong Miharz untuk berdiri.

“Kita mesti cari Darwin, Morina”

“Dekat mana kita nak cari Darwin. Sedangkan kita sendiri tidak tahu di mana kita berada sekarang tambahan pula dunia ini berbeza daripada dunia kita. Ke arah mana…” Tanpa mempedulikan kata-kata Morina, Miharz menuju ke arah jalan seperti tanah. Raihan hanya mengikut sahaja Miharz dan Morina memegang tangan Miharz kerana dia takut akan keseorangan, sedangkan Darwin hilang entah di mana. Miharz dan Morina sudah jauh berjalan sambil menjerit dan memanggil nama Darwin tetapi usaha mereka sia-sia sahaja, malahan Darwin seperti tiada dalam dunia itu. Mereka berasa penat dan berehat di bawah pokok yang berdekatan. Miharz dan Morina sudah buntu untuk mencari Darwin yang tidak tahu di mana dan dunia ini seolah-olah dunia fantasi dan dunia ini seperti tidak berpenghuni manusia dan tidak mempunyai haiwan hanya tumbuh-tumbuhan yang pelik dari segi bentuk dan warnanya. Miharz dan Morina duduk bersandar di bawah pokok kedua-dua mereka mendiamkan diri tidak berani bertegur siapa. Morina yang memandang ke arah Miharz yang agak kepenatan dan sesekali menahan sakitnya. Miharz sudah tertidur dan Morina mula rasa mengantuk. Morina tertidur di atas bahu Miharz kerana Morina takut Miharz akan meninggalkannya dalam saat begini.

Miharz dan Morina sudah terlalu lama tertidur di bawah pokok. Mereka sama-sama berpandangan dan masing-masing tersenyum malu. Apabila mereka melihat di hadapan, mereka terkejut dengan kehadiran seekor makhluk yang berdiri rapat dengan mereka. Miharz dan Morina tergamam melihat makhluk tersebut adalah seorang lelaki dewasa yang berumur lebih kurang dalam 40an dan berpakaian tidak seperti manusia yang mereka kenal. Lelaki dewasa tersebut menghidu bau-bau Miharz dan Morina sehingga mereka tidak dapat bergerak kerana lelaki dewasa tersebut terlalu rapat dengan mereka. Morina yang memegang erat tangan Miharz kerana terlalu takut dengan perbuatan lelaki dewasa itu. Miharz mula mempertahankan Morina dan lelaki dewasa itu menjauhkan diri sedikit daripada mereka seolah-olah memahami isi hati Miharz yang hendak mempertahankan Morina.

Morina yang tidak dapat menahan ketakutan membuatkan badannya menggigil dan tangisannya semakin kuat kedengaran. Miharz yang masih berdepan dengan lelaki dewasa hanya bertentang mata malahan lelaki dewasa itu tidak bertindak untuk mencederakan mereka. Morina yang masih lagi dalam keadaan yang sama dan semakin rapat berada di belakang Miharz . Walaupun Miharz baru sahaja berumur 17 tahun dan hanya bertubuh kecil berbanding lelaki dewasa itu, namun Miharz tetap berani untuk mempertahankan diri sendiri dan Morina daripada dicederakan oleh lelaki dewasa tersebut.

“Siapa kau dan kenapa kau hendak mencederakan kami” suara Miharz yang memberanikan diri untuk bertanya kepada lelaki dewasa itu.

Lelaki dewasa itu hanya tersenyum membuatkan Miharz dan Morina mencurigai lelaki dewasa tersebut dan berniat untuk mencederakan mereka. Lelaki dewasa itu mula berundur dua langkah dan mengangkat tangan. Miharz dan Morina dalam keadaan ketakutan. Miharz dan Morina merasakan bahawa lelaki dewasa itu mula hendak bertindak dan mencederakan mereka. Lelaki dewasa itu mula menggerakkan tangannya seperti menjampi sesuatu di hadapan Miharz dan Morina. Miharz dan Morina terkejut dengan secara tiba-tiba ada dua ketulan awan yang melayang-melayang di depan mereka. Miharz dan Morina lebih terperanjat lagi, lelaki dewasa itu menaiki di atas salah satu awan yang melayang-layang berdekatan mereka tadi. Miharz dan Morina mula tidak tentu arah apabila memikirkan dunia yang mereka berada sekarang lebih-lebih lagi dengan lelaki dewasa aneh yang mampu membuat awan dan boleh dinaiki seperti kenderaan. Lelaki dewasa itu tersenyum dan mengangkat tangannya seperti untuk menjemput Miharz dan Morina menaiki awan tadi.

“Jangan naik awan itu, kita tidak boleh percayakan lelaki dewasa itu” kata Morina kepada Miharz yang mahu menaiki awan tersebut.

“Kita tidak ada sesiapa lagi, Morina. Kita tidak ada pilihan lain selain mengikut lelaki dewasa itu. Tambahan pula, kita tidak tahu tempat kita berada sekarang malahan dunia ini berlainan daripada dunia kita. Aku yakin Morina. Lelaki dewasa itu mahu menolong kita. Lelaki dewasa itu adalah kunci segala-galanya untuk menjawab persoalan tentang dunia ini dan untuk mencari Darwin, Morina”.

“Tapi…”

“Percayalah pada aku, Morina. Aku mahu mencari Darwin. Lepas kita jumpa Darwin, kita sama-sama mencari jalan untuk keluar daripada dunia ini”. Miharz tanpa bercakap banyak, Miharz naik ke atas awan serta diikut oleh Morina walaupun Morina tidak mahu menaiki awan itu. Morina tidak percaya kepada lelaki tersebut tetapi dengan keyakinan Miharz , Morina telah memberanikan diri dan Morina juga ingin mencari Darwin.

“Betul cakap Miharz . Lelaki dewasa itu adalah kunci segala-galanya seperti lelaki dewasa itu sudah lama tinggal di tempat ini dan mungkin lelaki dewasa itu tahu di mana harus mencari Darwin” Morina yang bercakap di dalam hatinya sambil memandang Miharz . Pertama kali Morina melihat Miharz begitu serius dan matang apabila membuat keputusan. “Aku harus percaya dan yakin kepada Miharz . Dia sahabat aku daripada kecil lagi” bisik Morina di dalam hatinya lagi. Morina yang tidak lepaskan tangannya daripada Miharz , Miharz adalah pelindung baginya sekarang selain daripada ibu bapanya sendiri yang entah berada di mana sekarang.

Dalam perjalanan di atas awan itu, Miharz dan Morina tidak leka untuk memandang di sekeliling untuk melihat keadaan atau tempat mereka yang berada sekarang. Apa yang dapat dilihat dengan keadaan dunia ini tidak seperti bumi malahan manusia sahaja yang sama dan benda-benda lain semuanya adalah berbeza. “Tempat apakah ini? dunia ini seperti alam fantasi. Sama dengan cerita-cerita tentang alam fantasi yang ada dibaca di dalam buku dan di kaca televisyen. Adakah lubang pokok cahaya itu menghubungkan dunia fantasi dengan tempat aku. Apakah tempat ini sebenarnya” kata Miharz di dalam hatinya sesekali memandang Morina yang dalam keadaan sedang memikirkan sesuatu. Lelaki dewasa itu berpaling ke arah Miharz dan Morina sambil mengangkat tangannya untuk menunjukkan sesuatu di hadapan mereka. Miharz dan Morina cuba untuk melihat apa yang ditunjukkan oleh lelaki dewasa itu tetapi keadaan tempat yang ditunjukkan oleh lelaki dewasa itu masih kabur daripada pandangan mereka. Tapi apa jelas kelihatan seperti ada benda yang berterbangan di sekitar kawasan yang ditunjukkan oleh lelaki dewasa itu seperti burung berterbangan di langit secara berkumpulan.

Apabila semakin dekat tempat yang ditunjukkan oleh lelaki dewasa itu, Morina dan Miharz bagaikan tidak percaya bahawa tempat yang ditunjukkan oleh lelaki itu seperti istana dan di luar pula terdapat rumah-rumah seperti bandar dan lindungi tembok atau pagar yang besar serta kehidupan mereka semua seperti manusia yang normal. Tetapi apa yang pelik bagi Morina dan Miharz sekumpulan burung tadi adalah manusia yang berterbangan ada yang menaiki awan, bersayap dan ada juga terbang seperti Superman. Rumah-rumah yang berwarna-warni, ada pasar, ada bangunan yang tinggi tetapi yang paling tinggi tempatnya ialah seperti istana tadi. Miharz dan Morina makin leka dengan pandangan dari langit kerana teruja melihat tujuh penjuru aliran air terjun yang keluar dari istana dan mengalir ke bawah. Air terjun itu warnanya seperti pelangi tidak seperti air terjun di bumi.

“Tempat apakah ini Miharz ? Aku teruja melihat tempat ini sungguh indah dan ajaib keadaan dunia sebenarnya”.

“Aku tidak tahu, Morina. Aku pun sama dengan perasaan kau, Morina. Teruja melihat tempat ini, begitu cantik dan tidak pernah lagi aku melihat di tempat kita yang secantik ini, Morina”. Miharz dan Morina leka dengan berborak tentang kecantikan tempat yang dibawa oleh lelaki dewasa itu sehingga Miharz dan Morina tidak menghiraukan ketakutan dan lelaki dewasa itu. Lelaki dewasa itu memberhentikan awannya dan awan Miharz dengan Morina di tempat pintu masuk seperti keadaan istana. Lelaki dewasa itu, Miharz dan Morina turun dari awan tersebut dan lelaki dewasa itu menjemput masuk ke dalam seperti istana itu. Apa yang menghairankan Miharz dan Morina, lelaki dewasa itu tidak bercakap hanya tersenyum dan mengayakan badannya sahaja untuk membuat sesuatu perkara. Miharz dan Morina mengikut lelaki dewasa itu ke dalam seperti keadaan istana.

Setelah sampai dituju, lelaki dewasa itu mempersilakan ke arah seperti tempat mengadap raja dan lelaki dewasa itu hanya berhenti di situ. Miharz dan Morina hanya mengikut sahaja arahan lelaki dewasa itu. Miharz dan Morina dikelilingi seperti pembesar-besar di tempat itu dan ada satu ruang khas dua tempat duduk seperti tempat duduk raja. Pembesar di situ seperti pahlawan yang gagah dan ruang khas seperti tempat duduk raja terdapat lelaki dan perempuan yang berada di atas tempat duduk itu. Miharz dan Morina masih lagi melihat keadaan di sekeliling tanpa menghiraukan orang-orang yang berada di situ kerana mereka terpesona kecantikan kilauan emas dan warna putih seperti kristal yang berada di dalam istana tersebut. Miharz dan Morina melihat di tengah ruangan di situ terdapat seseorang seperti sebaya mereka seperti dalam keadaan mengadap raja tetapi badan dan tinggi seperti dikenali oleh Miharz dan Morina.

Miharz dan Morina dipersilakan untuk duduk di sebelah tempat lelaki yang berdiri di tengah-tengah istana itu. Miharz dan Morina semakin dekat dengan lelaki itu tetapi lelaki yang berada di tengah tersebut tidak berpaling ke arah Miharz dan Morina. Miharz dan Morina sudah berhenti di tengah-tengah dan duduk di sebelah lelaki yang berada di tengah istana itu. Miharz dan Morina mula menjadi kebingungan apabila semakin ramai orang yang berada di sekeliling mereka seperti hendak menyambut kedatangan Miharz dan Morina.

“Aku takut, Miharz ”.

“Tenang Morina. Aku berharap tidak ada berlaku apa-apa ke atas kita”. Sebaik sahaja Miharz menghabiskan kata-katanya kepada Morina, lelaki yang berada di tengah-tengah istana itu berpaling ke arah Miharz dan Morina.

“ Miharz ! Morina!. Ke mana kamu semua pergi meninggalkan aku keseorangan”.

Miharz dan Morina terkejut melihat lelaki yang berada di tengah-tengah istana itu adalah Darwin yang selama ini yang mereka cari. Darwin tanpa berkata-kata terus memeluk Miharz dan Morina seolah-olah Darwin sudah lama tidak menemui mereka. “Sudah lama aku mencari kamu Miharz ! Morina!”.

“Apa maksud kau, Darwin. Sudah lama mencari kami?”. Tanya Miharz kepada Darwin yang sedikit kehairanan.

“Apa kau tidak tahu, sudah lama aku mencari kamu. Sudah empat bulan kita tidak berjumpa”.

“Empat bulan!” Miharz dan Morina tersentak apabila mendengar kata-kata Darwin. “Darwin! Betulkah cakap kau itu” tanya Miharz kepada Darwin untuk mendapat jawapan yang lebih kukuh lagi.

“Ya Miharz , tidak mungkin aku mahu menipu kamu. Akhirnya aku bertemu juga dengan kamu Miharz , Morina”. Miharz dan Morina hanya terdiam. Miharz dan Morina sama-sama memikirkan keadaan mereka yang selama ini mereka sudah tertidur selama empat bulan. “Apakah yang terjadi kepada aku dan Morina selama empat bulan aku tertidur” bisik Miharz di dalam hatinya.

“Jangan kamu semua khuatir!” tiba-tiba suara kedengaran dari atas tempat duduk seperti raja. “ Miharz . Rahaina. Itu adalah raja di tempat ini. Dia seorang yang baik dan menjaga aku selama empat bulan aku di sini sebelum aku jumpa dengan kamu semua”.

“Selamat datang, ke negara Tujuh Pelangi” kata raja tersebut. “Aku bernama Raja Mika dan permaisuriku bernama Permaisuri Anis, adalah raja dan permaisuri kepada negara Tujuh Pelangi ini”.

''Ahh! negara Tujuh Pelangi'' Miharz dan Morina sama-sama terkejut mendengar nama negara ini.

Setelah Raja Mika memperkenalkan negaranya, Raja Mika tersebut tunduk dan diikut oleh pembesar dan semua orang yang ada dalam istana kepada Miharz , Morina dan Darwin. Miharz dan Morina mula rasa tidak selesa dengan tindakan Raja Mika dan orang yang berada dalam istana yang tunduk kepada mereka kecuali dengan Darwin hanya tersenyum kepada Miharz dan Morina. “Kenapa kau senyum, Darwin?” Miharz dan Morina sama-sama menanyakan soalan yang sama kepada Darwin. “Nanti aku cerita dekat kamu Miharz , Morina”. Darwin memberi jawapan itu sahaja kepada Miharz dan Morina.

Raja Dika dan Permaisuri Anis bangun. Raja Dika menyuruh seorang pembesar pergi ke arah Miharz , Morina dan Darwin. Miharz dan Morina mula rasa takut setelah pembesar itu sangat gagah dan perkasa yang semakin mendekati mereka kecuali Darwin seperti sudah biasa berada di tempat ini. Pembesar itu tadi hanya ingin menunjukkan di mana bilik Miharz dan Morina. Miharz dan Morina tidak yakin dengan perbuatan baik orang di negara Tajuh Pelangi ini. Tetapi Darwin tetap menyuruh Miharz dan Morina pergi mengikut pembesar itu tadi. Miharz dan Morina hanya mengikuti pembesar itu setelah Darwin memberi arahan ke arah Miharz dan Morina yang Darwin yakin dengan orang-orang negara Tujuh Pelangi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience