BAB 1

Fantasy Completed 207

Usai kelas tambahan malam tamat, Miharz , Morina dan Darwin pulang ke rumah bersama-sama dan mereka berkawan baik sejak kecil lagi kebetulan pula mereka bertiga tingkatan lima kelas yang sama. Pada malam itu, mereka melalui jalan taman dan tidak mengikut jalan biasa untuk pulang ke rumah kerana jalan yang biasa mereka lalui sedang dalam kerja-kerja pembaikan jalan raya.

Miharz , Morina dan Darwin semasa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka sempat bernyanyi, mengusik sesama sendiri dan tiba-tiba mereka berhenti apabila terpegun melihat cahaya yang datang dari hutan. Mereka bertiga terus pergi tempat cahaya tersebut dan melihat cahaya itu datang daripada sebatang pokok yang besar dan tinggi, mengalahkan pokok-pokok yang berada di situ. Apabila mereka mendekati pokok tersebut, mereka seakan terpesona dengan cahaya yang dikeluarkan oleh pokok itu.

“Betulkah apa yang aku lihat ini! Morina? Darwin?” Miharz bertanya kepada Morina dan Darwin sehingga terkaku apabila melihat pokok yang bercahaya itu.

“Wah! Tinggi betul. Pertama kali aku melihat pokok bercahaya macam ni.” Kata Morina kepada Miharz dan Darwin.

“Besar betul pokok ini. Pokok apakah ini, Miharz ?” Darwin yang masih berada di atas basikalnya.

“Aku pun tidak tahu tapi pokok ini bercahaya seperti bintang di langit pada waktu malam. Sungguh bertuah dalam hidup aku dapat melihat pokok yang bercahaya ini. Aku rasa seperti sedang bermimpi, Morina.”

“ Miharz ! Darwin! Cuba tengok dekat batang pokok cahaya yang besar itu. Ada lubang. Lubang itu bercahayalah. Mungkin ada harta karun dalam lubang tersebut. Jom kita masuk.” Morina yang menunjukkan tangannya ke arah pokok cahaya itu.

“Jom kita masuk. Mana tahu ada harta karun dalam lubang sana. Kaya dan terkenal kita nanti.” Miharz yang beria-ria melihat pokok cahaya tersebut.

“Aku tak mahu masuklah. Aku takut jadi apa-apa nanti. Jom la kita balik. Tak perlu la kita masuk dalam lubang pokok cahaya sana”. Darwin yang agak ketakutan dengan keputusan Miharz dengan Morina yang hendak masuk ke dalam lubang pokok cahaya itu.

“Kau ni Darwin penakut mengalahkan perempuan. Kau tengok aku walaupun perempuan tetapi berani. Jadi la lelaki sikit Darwin, jangan jadi penakut sangat. Kau tak nak masuk biar aku dengan Miharz sahaja yang masuk dalam lubang pokok itu. Kau tunggu dekat luar.”

“Tapi...” Darwin ingin membantah dengan keputusan Miharz dan Morina yang hendak masuk ke dalam lubang pokok cahaya itu. Tanpa Darwin habis berkata-kata Miharz menyampuk.

“Tapi apa lagi? Tak nak masuk duduk dekat sini tunggu sampai kita orang keluar. Jom Morina kita pergi.”

“Tunggu tau, Darwin. Jom Miharz .” Morina dan Miharz pergi ke arah lubang pokok cahaya itu. Darwin hanya mengangguk beberapa kali dan mengikut sahaja kata-kata Miharz dan Morina. Miharz dan Morina sudah masuk ke dalam lubang pokok bercahaya itu. Darwin rasa takut dan tidak selesa dengan keadaan di sekeliling pada waktu malam itu.

“Tunggu aku. Miharz ! Morina!” Darwin berlari ke arah pokok bercahaya itu untuk mendapatkan Miharz dan Morina. Sampai berdekatan pokok cahaya tersebut Darwin terus masuk ke dalam lubang pokok cahaya itu. Miharz , Morina dan Darwin terus hilang dalam lubang pokok cahaya tersebut. Beberapa minit pokok bercahaya itu terus beransur lenyap setelah mereka bertiga masuk di dalam lubang tersebut. Kemudian pokok cahaya yang besar dan tinggi itu hilang daripada pandangan hutan tersebut. Hanya basikal-basikal Miharz , Morina dan Darwin sahaja yang terdapat di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience