BAB 3

Fantasy Completed 207

“Apa kau cakap Darwin? Kita ini penyelamat negara mereka? Tidak masuk akal, Darwin. Mereka mempunyai pembesar yang gagah dan ramai mesti boleh melawan ahli sihir jahat itu” kata Miharz kepada Darwin.

“Betul cakap kau, Miharz . Kita tidak mampu melawan ahli sihir jahat itu. Sedangkan kita tidak mempunyai kuasa untuk berlawan” Morina memberi penegasan daripada kata-kata Miharz kepada Darwin.

“Tapi Miharz ! Morina!. Kita adalah penyelamat negara mereka daripada ahli sihir yang jahat itu dan ramalan orang negara Tujuh Pelangi adalah tepat terdapat tiga orang pemuda daripada satu cahaya pokok yang dapat menyelamatkan mereka semua daripada ahli sihir yang jahat itu. Orang-orang negara Tujuh Pelangi berkata kitalah orangnya” Darwin memberi penjelasan kepada Miharz dan Morina.

“Tidak masuk akal, Darwin. Ramalan mereka mungkin orang lain bukan kita” Miharz dalam keadaan memikirkan kata-kata Darwin.

“Tapi bagaimana pula dengan pokok cahaya itu, hanya kita sahaja yang datang daripada cahaya” Darwin yang tidak mahu mengalah. Miharz Morina dan Darwin diam seketika dengan perbincangan mereka.

“Menurut orang dekat negara Tujuh Pelangi terdapat suatu gua di kawasan ini dan kuasa di dalam gua itu sahaja yang dapat mengalahkan ahli sihir yang jahat itu. Ahli sihir yang jahat itu tidak dapat memasuki dalam gua tersebut kerana kuasa yang ada di dalam gua tersebut dapat menandingi kuasa ahli sihir yang jahat itu. Itu sahaja yang aku dapat maklumat daripada orang-orang di negara ini” Darwin memberi maklumat kepada Miharz dan Morina tentang perkara dia tahu di negara Tujuh Pelangi ini.

“Kenapa tidak orang di negara ini sahaja yang pergi ke gua itu untuk mengambil benda yang berada di dalam gua tersebut” Miharz bertanya kepada Darwin untuk mendapat jawapan yang boleh diterima akalnya.

“Mengikut maklumat yang aku dapat, terdapat satu batu ajaib yang dijaga di kawasan larangan dan batu ajaib itu aku tidak tahu di mana disimpan .Hanya orang yang dapat mengambil kuasa di dalam gua tersebut dapat mengambil batu ajaib itu. Batu ajaib itu dapat digunakan setelah ahli sihir jahat itu mati kerana batu ajaib itu telah disihir oleh ahli sihir jahat itu supaya dunia ini dapat dikuasainya. Dikatakan batu ajaib itu dapat menghubungkan dunia ini dengan dunia yang lain” Darwin memberi penerangan yang lebih jelas kepada Miharz dan Morina.

“Kita mesti dapat batu ajaib itu! Kita mesti pulang, Morina!, Darwin!. Sudah terlalu lama kita berada di negara ini” Miharz seperti bersemangat apabila mendapat tahu batu ajaib itu boleh berhubung dengan dunia ini dengan dunia lain.

“Tapi bagaimana kita hendak mendapatkan batu ajaib itu. Kita mesti mendapat benda yang berkuasa berada di dalam gua itu dan kita mesti bunuh ahli sihir jahat itu. Kita tidak mampu melawan” Morina yang sedikit tidak beryakinan dengan Miharz dan Darwin.

Miharz , Morina dan Darwin rancak berborak tentang hal kuasa yang berada di dalam gua dan kesanggupan untuk membunuh ahli sihir yang jahat itu serta batu ajaib yang dikatakan dapat menghubungkan dunia yang mereka berada sekarang dengan dunia yang lain. Miharz , Morina dan Darwin sudah buntu untuk mencari jalan pulang ke dunia yang asal selain mendapatkan batu ajaib itu untuk pulang ke dunia asal. Tetapi untuk mendapat batu ajaib itu tidak mudah kerana memerlukan kuasa yang berada di dalam gua dan perlu membunuh ahli sihir yang jahat itu malahan tempat simpanan batu ajaib itu tidak diketahui kerana telah disembunyikan oleh ahli sihir tersebut di dalam negara Tujuh Pelangi. Mereka terus membincangkan hal ini dan perlu membuat keputusan yang tepat. Apa rintangan sekali pun menghadapi mereka, mereka perlu tempuhi untuk pulang ke tempat asal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience