BAB 5

Fantasy Completed 207

Setelah beberapa hari daripada peristiwa pertarungan Miharz , Morina dan Darwin dengan Zaigon. Morina dan Darwin telah sembuh seperti biasa yang diubatkan oleh pakar-pakar perubatan dari negara Tujuh Pelangi. Miharz gembira melihat Morina dan Darwin sudah pulih daripada kecederaan. Binatang-binatang ajaib itu hanya mengikut sahaja Miharz , Morina dan Darwin. Malahan binatang-binatang ajaib itu yang banyak menemani Miharz ketika Morina dan Darwin dirawat di tempat sakit. Tetapi Miharz , Morina dan Darwin tugas mereka belum selesai lagi. Walaupun berat hendak meninggalkan negara ini tetapi Miharz , Morina dan Darwin mempunyai ibu bapa dan keluarga. Mereka perlu pulang ke tempat asal mereka kembali.

“Kita perlu pulang. Kita mesti kena cari batu ajaib itu untuk pulang ke tempat asal kita, malahan Zaigon telah kita tewaskan mesti batu ajaib itu sudah boleh digunakan untuk membawa kita pulang ke tempat asal” Miharz yang memandang ke arah Morina dan Darwin.

“Aku boleh tolong untuk mencari batu ajaib itu. Kepakaran aku adalah mengetahui masa silam dan masa depan sudah pasti aku dapat meramalkan di mana batu ajaib itu berada” kata tupai kepada Miharz yang penuh keriangan. Miharz , Morina dan Darwin terus tersenyum dan gembira kerana mereka dapat pulang ke negara asal. Dengan kebolehan si tupai itu sudah pasti dapat mengetahui batu ajaib itu berada di mana.

“Batu yang kamu semua cari ada pada rantai Permaisuri Anis” kata tupai itu lagi kepada Miharz , Morina dan Darwin serta memberitahu batu ajaib itu berada. Setelah mendengar kata-kata si tupai itu. Miharz Morina dan Darwin tanpa membuang masa telah pergi mengadap Raja Dika dan Permaisuri Anis di ruangan tempat duduk raja di dalam istana. Permaisuri Anis begitu berat hati untuk memberikan rantainya yang mempunyai batu ajaib kepada Miharz Morina dan Darwin kerana dia terlalu sayang kepada rantai tersebut. Dengan pujukan Raja Dika untuk membalas jasa Miharz Morina dan Darwin yang telah membunuh Zaigon dan telah memberikan keamanan dan kedamaian di negara Tujuh Pelangi, Permaisuri Anis rela memberikan rantainya kepada Miharz Morina dan Darwin.

Setelah rantai itu telah dipegang oleh Miharz Morina dan Darwin. Batu ajaib itu mengeluarkan satu cahaya seperti cahaya daripada pokok cahaya yang mereka masuk dahulu. Sebelum Miharz Morina dan Darwin memasuki dalam cahaya tersebut mereka sempat memeluk binatang-binatang ajaib itu sehingga menangis. Binatang-binatang ajaib itu hanya tersenyum dan setelah Miharz Morina dan Darwin pergi mereka akan mencari tuan yang baru. Miharz Morina dan Darwin keberatan melepaskan binatang-binatang ajaib tersebut. Miharz Morina dan Darwin mengangkat tangan bahawa mereka bersedia masuk ke dalam cahaya tersebut. Raja Dika, Permaisuri Anis, pembesar-pembesar, askar-askar dan orang-orang di negara Tujuh Pelangi tunduk menunjukkan tanda hormat dan berterima kasih kepada Miharz Morina dan Darwin kerana telah menyelamatkan negara mereka daripada kuasa jahat. Miharz Morina dan Darwin sudah masuk ke dalam cahaya itu dan sedikit demi sedikit mereka hilang bersama-sama dengan cahaya daripada batu ajaib tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience