BAB 4

Fantasy Completed 207

Miharz , Morina dan Darwin sudah sampai di sebuah gua. Mereka bertiga kehairanan kerana melihat gua itu sebuah kristal yang cantik dan berkilau tidak seperti gua yang terdapat di tempat asal mereka. Miharz , Morina dan Darwin sudah siap berlengkapkan pakaian seperti hendak berperang. Askar-askar dari negara Tujuh Pelangi hanya menghantar mereka setakat di pintu gua sahaja dan menunggu sehingga mereka keluar daripada gua tersebut. Miharz hanya mengangkat tangan kepada Morina dan Darwin menandakan mereka telah bersedia memasuki gua tersebut. Berbekalkan semangat dan keberanian Miharz , Morina dan Darwin telah masuk ke dalam gua kristal itu.

Tindakan Miharz , Morina dan Darwin memasuki ke dalam gua kristal tersebut menyebabkan ahli sihir jahat yang bernama Zaigon telah merasai kehadiran tetamu yang tidak diundang untuk menguasai kuasa yang berada di dalam gua kristal tersebut yang dapat menandingi kuasanya. Zaigon begitu marah apabila mendapati yang memasuki di dalam gua tersebut adalah tiga pemuda yang mengikut ramalan dapat membunuhnya. Zaigon menjadi tidak tentu arah dan mundar-mandir di istananya. Zaigon tanpa berbincang dengan sesiapa, dia membuat keputusan untuk pergi keseorangan di gua kristal itu tanpa bantuan askar-askarnya kerana dia telah kesuntukan masa apabila Miharz , Morina dan Darwin semakin hampir dengan kuasa yang berada di dalam gua kristal itu yang dapat membunuhnya. Zaigon telah menyihirkan badannya supaya bersayap dan terbang ke arah gua kristal tersebut dengan keadaan pantas.

Miharz , Morina dan Darwin telah melepasi teka teki dan halangan yang berada di dalam gua kristal itu. Mereka akhirnya sampai berdekatan sebuah kotak. Di dalam kotak tersebut terdapat kuasa yang mereka cari untuk membunuh ahli sihir jahat bernama Zaigon dan untuk mencari batu ajaib untuk pulang ke dunia asal mereka. Miharz , Morina dan Darwin bersama-sama membuka kotak tersebut dan satu cahaya keluar begitu terang daripada kotak tersebut. Miharz , Morina dan Darwin apabila melihat kotak itu kosong. Miharz dan Morina begitu marah dengan Darwin kerana telah menipu mereka bahawa terdapat kuasa ajaib yang dapat membantu mereka keluar daripada dunia ini. Tiba-tiba Darwin menunjukkan sesuatu yang berada di belakang Miharz dan Morina.

Miharz , Morina dan Darwin bagaikan tidak percaya terdapat seekor kucing berwarna merah, seekor arnab berwarna hijau dan seekor tupai berwarna putih. Apa yang pelik binatang tersebut mempunyai sayap dan boleh terbang. Kucing memilih Miharz sebagai tuannya manakala arnab memilih Morina dan tupai memilih Darwin.

“Aku mempunyai kuasa api dan gagah” kucing itu berkata sambil menunjuk-nunjukkan kuasa api yang dimilikinya.

“Aku pula boleh berlari pantas dan mempunyai kuasa ais” arnab mempamerkan kehebatannya kepada Morina.

“Aku juga punyai kuasa, tetapi kuasa aku hanya mengetahui masa silam dan masa depan sahaja” kata tupai itu kepada Darwin.

Miharz , Morina dan Darwin begitu teruja apabila kuasa yang ada di dalam gua kristal adalah dimiliki oleh binatang yang luar biasa dan mempunyai kuasa serta boleh berkata-kata seperti manusia. Miharz , Morina dan Darwin masing-masing memegang binatang sambil berbual-bual untuk keluar daripada gua tersebut. Setelah sampai di pintu masuk gua tersebut askar-askar yang sedia menunggu di luar telah bersorak dengan kuat menandakan Miharz , Morina dan Darwin keluar dengan selamat. Miharz , Morina dan Darwin pulang bersama-sama askar ke negara Tujuh Pelangi untuk pulang membawa berita gembira kepada Raja Dika.

Sebelum sempat sampai ke negara Tujuh Pelangi. Terdapat kuasa yang begitu kuat yang datang ke arah Miharz , Morina dan Darwin. Objek kuasa yang penuh kejahatan itu adalah kedatangan tetamu yang tidak diundang iaitu ahli sihir Zaigon.

“Hahahahaha! Sungguh hebat pemuda-pemuda ini dapat memiliki binatang-binatang yang dapat membunuh aku tapi sayang kuasa itu tidak dapat kau gunakan kerana binatang-binatang itu perlu bersedia dengan tuannya. Tetapi kamu semua baru sahaja memiliki binatang-binatang tersebut sudah pasti tidak pandai menggunakan kuasa yang ada pada binatang tersebut. Hahahahahahaha!” kata Zaigon kepada Miharz , Morina dan Darwin sambil ketawa dengan penuh keyakinan.

“Buat apa kau datang ke mari, Zaigon ahli sihir yang jahat” kata salah seorang ketua askar yang berada bersama Miharz , Morina, Darwin dan askar-askar yang lain. Kata-kata tersebut menyebabkan Zaigon marah dan menyihir askar-askar tersebut menjadi batu. Miharz , Morina dan Darwin begitu ketakutan sambil memegang binatang-binatang yang ajaib itu.

“Kamu semua perlu bersatu bersama kami jika kamu mahukan kuasa kami untuk berlawan tetapi ingat hati kamu mesti bersih dan berniat baik baru dapat bersatu dengan kami semua” kata kucing kepada Miharz , Morina dan Darwin sambil terbang bersama arnab dan tupai. Miharz , Morina dan Darwin tanpa bercakap banyak terus menstabilkan diri untuk bersatu dengan binatang-binatang yang mereka miliki untuk berlawan dengan ahli sihir Zaigon yang jahat itu.

“Tidak mungkin! Tidak!. Bagaimana kamu semua dapat bersatu dengan binatang itu” Zaigon tidak percaya Miharz , Morina dan Darwin dapat bersatu dengan binatang-binatang tersebut sedangkan mereka baru sahaja mendapatkan binatang tersebut daripada gua kristal. Zaigon terus mengeluarkan kuasanya dari tangan untuk membunuh Miharz , Morina dan Darwin yang sudah memiliki kuasa binatang-binatang tersebut. Miharz , Morina dan Darwin berbalas-balas serangan dengan menggunakan kebolehan sihir masing-masing untuk mengalahkan Zaigon. Sudah kehabisan di tanah untuk bertarung mereka semua berterbangan di udara untuk membalas serangan. Miharz , Morina dan Darwin tidak dapat bertahan lagi. Zaigon terlalu kuat untuk ditandingi oleh mereka semua. Tiba-tiba satu serangan penamat daripada Zaigon telah terkena Morina dan Darwin kecuali Miharz . Morina dan Darwin jatuh dan mengalami kecederaan akibat terkena jurusan sihir Zaigon.

“Hahahahahaha! Kamu semua tidak dapat menandingi aku. Aku Zaigon. Aku yang kuat dan berkuasa di dunia ini. Hahahahahaha!” Zaigon terus ketawa kerana kuasa yang dimiliki oleh Miharz , Morina dan Darwin daripada binatang-binatang ajaib itu tidak dapat menandingi kuasanya. Miharz pergi mendapatkan Morina dan Darwin yang terbaring kesakitan akibat terkena jurusan sihir Zaigon. Miharz dalam kesedihan di samping Morina dan Darwin manakala Zaigon terus ketawa kerana ramalan yang selama ini dikatakan adalah salah.

“Kau mesti bayar apa kau dah buat. Zaiiigonnnnn! Argghhhhh!” tiba-tiba kuasa yang begitu besar keluar daripada Miharz dan badannya telah dikelilingi kuasa api yang tidak dapat ditandingi oleh kuasa Zaigon. Zaigon begitu panik dan takut kerana kuasanya tidak memberi kesan kepada Miharz yang begitu marah membolehkan Miharz mengeluarkan kuasa yang begitu menakjubkan. Zaigon bertubi-tubi menyerang Miharz tetapi langsung tidak memberi kesan kepada Miharz malahan jurusan sihir Zaigon dapat dielak oleh Miharz begitu mudah. Zaigon yang sudah tidak tahu membuat apa-apa dan kuasa sihirnya semakin lemah kerana telah banyak kuasa sihirnya yang telah digunakan untuk berlawan dengan Miharz , Morina dan Darwin. Zaigon mengambil keputusan untuk melarikan diri tetapi dikejar oleh Miharz . Miharz dengan menggunakan semua kuasa dikumpulkan seperti bola api yang sangat besar dan dilemparkan kepada Zaigon. Zaigon yang semakin lemah tidak terdaya untuk melarikan diri menyebabkan Zaigon terkena kuasa bola api yang besar menyebabkan Zaigon mati dan lenyap di dalam kuasa bola api tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience