Bab 1

Horror & Thriller Series 22232

?BAB 1

Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. Terhasil kerana kuat tengok movie horror Indonesia. ?3?

"Hai! Nama saya zisya binti zakri. 18. Asal kedah. Ambik course Business."
Aku memandang gadis yang tersenyum ayu dan bertudung labuh tersebut.Aku Membalas senyumannya seketika...

"Aku qara natalia ,panggil qara je..18,kl. Ni kau nak katil atas atau bawah?" Tanya aku kepada zisya.

"Umm.. ikut awak lah.. awak yang sampai dulu.. awak pilihla."

"Kalau macam tu aku pilih yang bawah. Kau okay kan?" Tanya aku sambil merenung tajam kewajahnya. Dari segi riak wajahnya menampakkan dia kurang senang dengan pilihanku. Tapi dia yang suruh aku pilih.. so aku pilihla bawah..

"Ouh... okay,takpe. Saya tak kisah dekat rumah dulu pun saya kena tidur atas sebab kena mengalah dengan kakak. Jadi saya dah biasa.. " terangnya dengan muka yang dihiasi dengan fake smile.

"Okay then.. sekarang takde apa-apa problem dah kan?" Takut nanti ada apa yang tak puas hati pulak....

"No, semua okay je.."

"Kau takyah nak berawak saya dengan aku... aku tak biasa. Kau aku sudah...okay?" Aku memang tidak biasa dengan panggilan awak saya yang digunakannya.. macam geli je.. haha.

"Okay-okay.. awa--kau datang sorang je ke tadi masa pendaftaran? Aku tengok kau sorang-sorang je.." tanya Zisya tiba-tiba..

"Hmm.aku datang sorang je." Jawabku kembali. Dingin.

"Ouh... mana mama papa kau? Diorang tak datang sekali? Umm sorry banyak tanya.. aku memang macamni. Hehhe."
Aku hanya tersenyum lemah.

"Mereka dah tiada."jawab aku pendek.

"Innalillah...sorry qara... aku tak tahu pulak yang..."

"Its okay. Aku tak kisah. Dah biasa." Potong aku laju.

Aku mengemas semua pakaianku untuk diletakkan di dalam almari yang tersedia di dalam bilik kecik ini yang hanya boleh dimuatkan 2 orang.

Lagi 2 orang penghuni rumah ini masih tidak munculkan diri..mungkin besok...tunggu jelah.. sekarang pun dah pukul 7 aku mandi dululah...

Aku lihat zisya sibuk dengan smartphonenya. Chat dengan pakwe lah tu...

Aku membawa pekakas mandi yang aku bawa dari rumah ke bilik air..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience