Bab 5

Horror & Thriller Series 22232

BAB 5

"Mirza.. apa sebenarnya yang jadi dekat Qara tadi? Aku tak fahamlah korang berdua ni. Korang macam dah kenal lama..ada apa-apa ke yang korang sembunyikan dekat aku ni?" Tanya Zasya kepada Mirza sementara menunggu Qara keluar dari tandas.

"Aku penjaga dia... yang pasal Qara tu aku tak boleh cakap." Terang Mirza dengan muka serious.

"Penjaga? Maksud ka-" belum sempat Zasya menghabiskan soalannya Qara sudah tercegat di belakang Mirza dengan muka pucat.

"Aku nak balik..." ujar aku lemah.

"Jomlah balik...kau gi teman Qara . Aku nak pergi bayar makan ni.." arah mirza . Zasya hanya mengangguk.

"Jom Qara.." zasya memapah aku berjalan untuk naik ke bilik kami yang berada di tingkat 3. Aku menurut.

Kami menaiki tangga yang gelap kerana lampu yang rosak itu. Zasya yang terasa lain macam terus mengeratkan lagi pelukannya ditangan aku.

"Kau dah kenapa pengang tangan aku kuat-kuat macam ni?" Tanya aku kepada zasya. Matanya dah melilau memerhati keadaan sekeliling di tangga. Entah kenapa aku terasa lambat untuk sampai ke tingkat 3.

"Kau tak rasa lain macam ke? Buku roma aku ni dah terpacak dah." Jawabnya sambil menyelak lengan bajunya menunjukkan kepada aku.

"Man--"

"Hehehehehe" belum sempat aku menjawab kedengaran suara ketawa yang menakutkan. Bulu roma spontan menegak.

"Qaraaa! Apa benda tu? Eehh apasal dari tadi tak sampai bilik ni? Tingkat 3 je kot." Suara Zasya kedengaran seperti mahu menangis.

"Tak ada apalah Zasya.. jom je jalan." Qara terus menarik tangan Zasya untuk melajukan langkah mereka.

"Qara! Hidung aku berdarah!" Jerit Zasya sambil menyapu hidungnya yang berdarah.

"Hidung kau berdarah?!" Aku mula risau. Takkanlah!

" masa aku tak sedar tadi kau ada dengar tak apa yang aku cakap tadi?" Tanya aku merenungnya tajam menanti jawapan.

"Dengarlah! Apasal doh?" Tanya zasya lagi.

"Mirza tak suruh kau lari or tutup telinga ke?"

"Tak pun .. kau dah kenapa pulak ni?"

Shit! Mirza tak tahu pasal tu... hanya dia sorang je yang boleh dengar bukan orang lain.walaupun seruan tu bukan dituju kepada orang sekeliling tapi mereka akan jadi mangsa juga kalau mereka terdengar!

"Jangan ganggu dia!! Dia tak bersalah!" Jerit aku.
Terkejut beruk Zasya yang mendengar.

"Heheheheheh!" Terdengar bunyi ketawa yang menakutkan itu lagi
"Apahal kau terjerit-jerit pulak ni Qara!" Jerkah Zasya.

Aku terus menarik tangannya melajukan langkah menaiki tangga. Akhirnya selepas beberapa minit mereka sampai di depan rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience