Bab 10

Horror & Thriller Series 22232

BAB 10

Aku hanya mengikut Mirza keluar dari tandas. Dan aku tergamam melihat Qara yang sudah berada di luar sedang membuka plastik roti coklatnya.

"Weh.. biar betul ni? Sapa kat dalam tadi? masa aku tanya dia kat dalam tu kau berak ke? Dia gelak je. Suara Qara kot.. sebab tu aku tunggu. Aku ingat dia tak keluar lagi." Tanya aku kabut.

"Berhati-hati." Jawab mirza sepatah.

-----

"Guys...dah siap ke belum? Dah pukul 12.30 ni.. mirza bak kunci aku drive." Tanya aku sambil meneguk air nescafe.

Mirza memberi kunci keretanya kepada aku dengan muka serious. Aku pandang muka zasya yang pucat. Mesti ada apa-apa yang berlaku ni.

"Asal korang muka macam kena sembelit?"

"Takda apalah.. mengantuk je" jawab zasya. Mirza hanya mengangguk.

"Dah jom kita bertolak sekarang." Ujar aku.

Didalam kereta semua senyap je.
Aku pun senyap jelah.

"Korang ni kenapa sebenarnya?" Akhirnya aku memecahkan kebisuan yang melanda.

"Takda apalah.. kau fokus jelah drive." Jawab mirza.
Aku merenung tajam Mirza.

Bukk!!

"Arghhh!! QARA PANDANG DEPAN!!!" Jerit Zasya kuat.

Aku terkejut lalu turut memandang depan. Mirza tergamam.

Seorang perempuan tua dengan rambut berwarna putih dan mata merah sedang sengih didepan cermin kereta dalam kedudukan mencangkung.

Kerana terlampau terkejut. Kereta yang Aku pandu terus hilang kawalan sehingga melangar pembahagian jalan dan mejunam ke cerun bukit.

Kereta terbelah dua selepas melanggar sebatang pokok dalam kelajuan yang sangat tinggi. Minyak yang bocor melimpah keluar sebelum

BOMM!!!!! Terbakar,meletup dimamah api yang semakin memarak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience