Bab 9

Horror & Thriller Series 22232

 BAB 9

Kami berhenti di perhentian sungai perak selepas beberapa jam mirza drive dari KL pada pukul 8.30pm tadi. Zasya yang duduk di tempat duduk belakang masih lena dibuai mimpi. Maklumlah sudah pukul 12malam.

"Zasya.. bangun! Kau nak gi tandas tak?" Aku mengejutkan Zasya. Zasya bangun dengan muka mamai.

"Umm. Kita kat mana ni?" Tanya dia sambil mengosok mata.

"Dekat perhentian sungai perak. Jomlah.." jawab aku.

"Qara... aku nak pergi beli makanan kejap. Korang pergi toilet dulu." Ujar mirza terus keluar dari kereta. Kami berdua turut sama keluar dari kereta dan pergi ke toilet.

Kami memasuki toilet yang di disediakan. Kosong,sunyi. Sekarang bukan musim cuti sekolah sebab itu agak sunyi. Kalau tak ,penuh orang.

Zasya pov.

Selesai membuang air kecil aku keluar menuju ke singki.
Bunyi air di dalam tandas menandakan yang Qara masih ada di dalam.

Aku menunggu Qara keluar dari tandas hampir 5minit.

"Qara.... kau dah siap ke belum? Lama bebenor . Berak ke?" Tanya aku sambil mengetuk pintunya.

"Hehehehehe." Terdengar Qara gelak dari dalam.awat Lain macam pulak Qara ni gelak.

Aku masih tunggu didepan pintu tandasnya sambil bermain dengan phone aku.

"Weh Zasya kau buat apa tercongok depan tu?" Tanya Mirza yang baru masuk ke dalam tandas.

"Laa .buat apa lagu tunggu anak hang tak siap lagi ni. Cirit birit kot." Jawab aku selamba.

"Kau tunggu Qara ke?" Tanay mirza lagi.

"Yelah.. nak tunggu sapa lagi. Aku pi tandas dengan dia tadi kau sendiri yang nampak kan." Jawab aku pelik.

Aku tengok muka Mirza ni berubah. Dia terus tarik tangan aku keluar dari tandas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience