Bab 8

Horror & Thriller Series 22232

BAB 8

"Perhatian kepada semua pelajar KKM. Tiga orang pelajar course mass communication iaitu Syabella binti datuk zainal , siti dalila binti husin dan nurhaiza binti ismail ditemui mati dalam bilik masing-masing oleh roomate mereka. Kes kematian tidak diketahui. Atas arahan pegawai atasan KKM terpaksa memberi cuti kepada anda semua atas sebab menjaga keselamatan selama seminggu. Anda boleh pulang ke rumah masing-masing hari ini. Sama-samalah kita mensedekah kan Al-fatihah untuk ketiga-tiga orang pelajar tersebut.

Suasana di dalam dewan kecoh dengan berita kematian minah gedik 3 orang tu. Aku jugak tidak sangka secepat itu mereka pergi.

Zasya hanya terlopong dari tadi. Manakala mirza hanya mendiamkan diri.

"Korang. .. adakah aku mangsa seterusnya?" Tanya Zasya dengan muka sayu. Matanya merah menahan tangis.

Aku memeluknya erat.

"Syuhh. Aku takkan biarkan kau kena nasib yang sama macam diorang. Don't worry." Pujuk aku.

"Aku takut..." jawabnya perlahan.

"Takyah takut. Kau kan ada tuhan kau yang menjaga." Balas Mirza.

"Korang jom ikut aku balik kampung . Aku nak jumpa ibu dan ayah aku. Lagipun kita cuti seminggu kan." Jawab Zasya.

"Okay je.. boleh." Jawab aku.
Mirza mengangguk.

Kami naik ke bilik bersama selepas sarapan di restaurant Mek klate.

Zasya masuk ke bilik. Katanya mahu mengemas pakaian.
Aku dan mirza duduk di ruang tamu.

"Kau tahu tak macam mana nak selamatkan Zasya? Aku taknak dia jadi mangsa seterusnya!"
Tanya aku kepada mirza.

Mirza hanya mendiamkan diri.
Berfikir mungkin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience