BAB 3

Romance Completed 763

“Assalamualaikum Qhal , malam ini kelas tajwid al-Quran di Masjid Negeri jam berapa ya?” Rahman menelefon pada suatu petang.

“Waalaikumsalam, Rahman, malam ini tiada kelas tajwid. Tetapi hujung minggu ada. Kenapa?”

“Aku dan Farnina nak sertai, boleh?”

“Eh tiada masalah, pergilah daftar di Masjid Negeri,” kata Qaalesh. Mereka berbual agak lama. Kini sudah dua bulan Rahman dan Farnina diikat dengan ikatan perkahwinan. Qailila masih rapat dengan Farnina. Cuma Qaalesh menjauhkan diri. Dia selalu menghadiri program agama di kampus atau di Masjid Negeri Shah Alam. Tidak jauh dari kediaman keluarga mereka.

“Abang Qhal, Ila kesian tengok Rahman, Farnina masih tidak bertudung walaupun keluar rumah,” Qailila mengadu. Abangnya senyum kelat.

“Ila, doakan sahaja Farnina mendapat hidayah. Insya-Allah akan terbuka hatinya. Oh ya, mereka nak sertai kelas tajwid di Masjid Negeri.”

“Alhamdulillah, baguslah kalau macam itu,” kata Qailila .

Hubungan Qaalesh dengan Rahman agak akrab walaupun mereka berbeza umur setelah panggilan telefon itu. Rahman agak kurang pengetahuan agamanya. Dia selalu merujuk Qaalesh mengenai permasalahan agama. Apabila Qaalesh tidak boleh menjawab, Abi selalu dijadikan rujukan. Qaalesh selalu menemani Rahman ke kelas agama jika mereka tidak sibuk.

Cuma satu peristiwa telah menyebabkan satu perubahan dalam hidup mereka. Pada suatu petang Qailila datang ke rumah pasangan suami isteri muda itu. Qailila memberi juadah cucur udang kepada Farnina.

“Abang Qhal suka cucur udang ini,” kata Qailila kepada Farnina. Mereka berbual mesra di dapur. Rahman baru sahaja pulang dari kerja. Agak kepenatan dan tertekan kerana kesesakan lalu lintas yang teruk di Lebuhraya Persekutuan.

“Farnina pun suka juga. Eh, Qhal tu masih simpan hati pada Farnina lagi?” soal Farnina tiba-tiba. Qailila agak terkejut dengan soalan itu. Mulanya dia sukar membuka mulut. Setelah Farnina memujuk barulah dia menceritakan halnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience