BAB 1

Romance Completed 763

Angin Selat Melaka bertiup sepoi-sepoi bahasa. Qaalesh duduk termenung menghadap selat terpanjang di dunia itu. Senja semakin berlabuh. Qaalesh melepaskan karbon dioksida dengan amat kuat. Seperti orang yang sedang mengeluh. Bahunya dicuit adik perempuan kembarnya, Qailila. Dia mengenggam tangan wanita muda itu.

“Sudahlah Abang Qhal , Ila tahu perasaan abang sangat kecewa. Esok Farnina akan berkahwin dengan Rahman ,” kata wanita yang bertudung labuh hijau pucuk pisang itu. Qaalesh diam membisu. Air matanya cuba mengalir, dia cepat-cepat menyeka.

“Ila tahu kan? Abang sangat cintai Farnina , bila abang mula kenal dia, terdetik di hati abang dia ialah jodoh abang, abang niat nak bimbing dia ke arah lebih baik,” kata Qaalesh . Qaalesh menanggalkan cermin matanya lalu meletakkan ke atas meja makan. Senja ini, adik beradik kembar itu makan bersama di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang.

“Sudahlah, jangan sedih lagi. Esok kita pergi ya majlisnya. Ila pandu kereta, Ila tau abang Qhal tak berani memandu dalam keadaan sedih dan kecewa,” getus Qailila . Qaalesh tersenyum lalu mengangguk.“

Memang betul, abang kau ini kalau memandu tak fokus, habislah...” terkekeh dia ketawa. Qailila senyum.

“Ila order apa untuk malam ini?” tanya Qaalesh .

“Macam kebiasaan abang suka, Ikan Pari Masak Stim,”

“Baguslah, tahu apa kegemaran abang. Ila, Maghrib dah nak masuk, abang solat dulu, pastu Ila pula ya?” kata Qaalesh . Qailila mengangguk. Qaalesh berlalu pergi menuju ke surau di restoran yang terkenal di Pelabuhan Klang itu.

Keesokan harinya, pasangan kembar itu menghadiri walimah Rahman dengan Farnina . Farnina sebenarnya rakan sekelas Qailila di UiTM Shah Alam. Qaalesh juga belajar di UiTM Shah Alam. Mereka satu batch Cuma suami Farnina, Rahman merupakan senior mereka. Jarak umur mereka tidaklah terlalu jauh. Rahman kini sudah bekerja di sebuah syarikat di Subang Jaya.

Rahman dan Farnina akan tinggal bersama di Seksyen 7, Shah Alam. Tidak jauh dari kediaman keluarga Qaalesh itu. Hubungan Qailila dan Farnina akrab walaupun pegangan agama Farnina agak longgar. Farnina yang kadangkala acuh tidak acuh dalam soal menutup aurat. Masa kelas, dia mengenakan tudung, sebaliknya pula di luar kampus habis segala tudung bawal adijuma, duckscarves miliknya terbang entah ke mana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience