“Ya Farnina , Qhal masih simpan perasaan kepada Farnina lagi,”
“Apa?!!! Abang kau tu masih suka isteri aku ni? Oh selama ini dia baik dengan aku itu sebab nak sapu Farnina daripada aku la ya? Tak guna punya lelaki!!!” sampuk Rahman tiba-tiba yang muncul. Terkejut dua sahabat itu.
“Rahman , Farnina boleh jelaskan. Ni salah faham sahaja,” kata Farnina dalam nada memujuk agar suaminya tidak marah. Rahman bentak lalu keluar ke rumah. Qailila risau jika diapa-apakan abang kembarnya itu. Rahman memang panas baran menurut Farnina . Qailila hanya mampu berdoa.
Ketika itu, Qaalesh baru sahaja usai solat Asar, jam menunjukkan jam 6 petang. Kelasnya habis lewat. Dia hendak berdoa. Tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar. Hairan, jarang sekali Rahman menelefon pada waktu begini. Biasanya Rahman akan menghantar mesej.
“Qhal , aku nak jumpa kau sekarang dekat Cempaka sekarang, kau ada di mana? Aku nak jumpa kau sekarang!” Rahman tiba tiba memarahi Qaalesh. Terkejut Qaalesh, sudahlah tidak memberi salam, dihamburkan marah kepadanya.
“Aku baru lepas solat, tak sempat doa lagi, kenapa tunggu sekejap, aku nak berdoa.
“Banyaklah alasan kau sekarang, cepat!” jawab Rahman. Qaalesh resah. Lalu dia menadah tangan untuk berdoa agar ujian ini dihadapi dengan tenang. Apakah yang sudah berlaku? Aku tidak tahu apa-apa langsung, bicara nuraninya.
Seperti dijanjikan, Rahman bertemu dengan Qaalesh di Cempaka. Tanpa banyak bicara satu tumbukan padu singgah di muka Qaalesh. Terkejut beberapa orang yang melihat kejadian itu. Beberapa orang siswa segera menenangkan keadaan. Ada yang memegang Rahman. “Kau semua jangan masuk campur urusan aku! Ini antara aku dengan dia!” tengking Rahman kepada siswa memegang Rahman.
Share this novel