BAB 2

Romance Completed 763

Rahman bukan tidak pernah menegur, tetapi Farnina amat degil. Qailila pun hampir mengalah untuk menasihati rakan baiknya itu sejak diploma lagi. Qaalesh mengenali Farnina sejak diploma. Dia jatuh cinta sejak memandang Farnina pada kali pertama. Qaalesh cuba untuk mendekati Farnina, tetapi Farnina hanya melayani sebagai rakan biasa.

“Tahu tak abang Qhal , Rahman tak pernah tahu abang ada perasaan kat Farnina,” kata Qailila . Ketika itu, barulah Qaalesh tahu. Mereka sekarang tidak jauh dari rumah Farnina di Semenyih. Perjalanan pasangan kembar itu sunyi, biasa kalau mereka ke suatu destinasi, mereka agak riuh berbicara. Qailila akan berpisah dengan rakan baiknya, abang kembarnya pula kecewa.

“Kalau begitu, Alhamdulillah,” ujar Qaalesh . Mereka semakin hampir ke rumah pasangan yang baru diijabkabulkan. Pasangan mempelai itu mengenakan persalinan berwarna jingga emas. Pasangan kembar itu mengenakan baju berwarna hijau muda.

Setelah menjamu selera, Qaalesh dan Qailila asalnya berhasrat untuk bergambar dengan pasangan mempelai. Tetapi Qaalesh sengaja mengelakkan diri daripada bergambar dengan pasangan mempelai itu. Dia ralit berbual bersama rakan-rakan yang turut hadir ketika majlis tersebut. Qailila agak kehairanan dengan kelakuan abang kembarnya. Dia hanya memendam rasa. Mungkin ada sebab abang Qhal enggan bergambar, getus hatinya.

“Kenapa abang tak nak bergambar dengan mereka tadi?” tanya Qailila semasa perjalanan pulang. Qaalesh tersentak. Soalan apakah ini? Macam soalan maut ala ala Melodi sahaja!

“Ila lihat tak cara pemakaian Farnina semasa bersanding?” Qaalesh membalas soalan tadi dengan satu soalan. Qailila terdiam, ada benar kata abang kembarnya. Memang mendalam soalan tersebut.

“Ila faham abang, Ila dah tegur sebelum ni, hari tu dia ada tanya pasal reka bentuk pakaian pengantin, Ila awal awal tak setuju, Farnina memang degil abang,” luah Qailila .

“Abang, lepaskanlah, biarkan mereka bahagia. Ila tahu Farnina bukan terbaik untuk abang. Ada lagi yang lebih baik untuk diri abang, percayalah,” pujuk Qailila. Abangnya kecewa dan dia tahu.

“Abang tahu Ila, Umi dan Abi pun macam kurang berkenan dengan Farnina. Bukan mereka tak kenal Farnina , Farnina selalu datang rumah kita, tidur di bilik Ila lagi kan?” kata Qaalesh . Kembarnya itu hanya mengiyakan. Memang Umi dan Abi kurang berkenan Farnina untuk menjadi isteri Qaalesh. Tetapi Abi agak terbuka kerana Abi pernah berbicara, lelaki merupakan pembimbing dan pemimpin wanita. Wanita seperti itu boleh dibimbing menuju redha Illahi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience