BAB 5

Romance Completed 763

“Rilek bro, apakah semua ini? Cuba cerita kepada aku, kau dah solat? Kau baru balik kerja kan? Pergi solat dulu,” pinta Qaalesh dengan nada lemah lembut. Abi mengajarnya agar tidak memberi api jika ada orang menghulurkan api kepadanya.

“Tak payah la kau nak tazkirah kepada aku! Aku bukan tak tahu niat kau, baik dengan aku sebab kau nak dapatkan Farnina daripada aku kan? Kan?” bentak Rahman. Terkejut Qaalesh. Mana dia tahu semua ini? Takkan Ila bercerita. Farnina? Jauh sekali, getus hatinya.

“Astaghfirullahalazim, jauh sekali Rahman. Aku ikhlas berkawan dengan kau!” tegas Qaalesh . Tidak semena mena satu tumbukan padu singgah di perutnya. Jatuh terduduk Qaalesh kerana kesakitan. Rahman yang menghadiahkan tumbukan itu. Sangat padu!

“Aku beri kau amaran! Selepas ini jangan cuba kau hubungi aku lagi! Kita putus kawan!” ujar Rahman. Dia terus meninggalkan Qaalesh yang mengerang kesakitan. Qaalesh cuba bangun dan dibantu oleh beberapa orang siswa yang
melihat kejadian itu. Rahman terus menghidupkan motosikal itu lalu meninggalkan Cempaka.

GEDEGANGGG!!!

Satu dentuman kuat telah mengejutkan manusia yang berada di situ. Rahman dilanggar oleh sebuah kereta yang meluncur laju menuruni bukit. Rahman tidak menyedari kehadiran kereta itu. Dia tercampak ke bahu jalan.

Dia mengerang kesakitan. Dalam keadaan sakit itu, Qaalesh menggagahkan diri menuju ke arah Rahman. Dia tidak peduli apa yang dirasainya. Dalam hatinya, Qaalesh memaafkan kesalahan Rahman. Semua orang meluru ke arah badan Rahman, Qaalesh terpaksa meredah lautan manusia yang berkumpul.

Rahman sudah pengsan. Qaalesh segera menghubungi ambulans agar Rahman dihantarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah di Klang. Rahman seperti nyawa-nyawa ikan. Agak kuat hentakan yang mengenai badannya. Qaalesh mengenggam tangan sahabatnya untuk memberi sokongan agar terus bertahan.

Setibanya di HTAR, Rahman dimasukkan ke Wad Kecemasan, setelah beberapa jam. Qaalesh dipanggil ke dalam. Hanya Qailila dan Farnina menunggu di luar. Ramai rakan-rakan mereka turut menunggu. Ibu bapa Rahman dari Perak dalam perjalanan.

“Qhal, aku dah tak lama Qhal , aku pinta kalau aku tiada, kau kahwinilah Farnina. Ini permintaan aku. Aku gagal untuk membimbingnya ke arah kebenaran,” pinta Rahman. Air mata mengalir.

“Kau boleh hidup lagi Rahman, kau boleh, insyaAllah kau selamat,” kata Qaalesh. “Maafkan aku selama perkenalan kita ini jika aku ada buat salah silap. Aku mohon agar makan minum aku dihalalkan. Sampaikan permohonan maaf aku kepada semua, kepada ibu bapa aku, kawan-kawan dan lecturer ya?” Rahman mengalirkan air mata sedu sedan. Qaalesh hanya mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience