BAB 1

Drama Completed 2528

Sudah tujuh bulan tragedy hitam itu berlalu namun Nora tetap enggan bersuara dan melayannya dan sering saja menjauhkan diri darinya.

Hatinya keras dan tegar tidak mahu membuat eye contact denga suaminta itu. Jika adapun, suara Nora itu hanya didengari setiap kali isterinya itu menuyuarakan rasa terkilan dan marah.

Ya benar, segala yang terjadi adalah khilafnya yang gagal menunaikan tugas sebagai seorang suami dan ayah dalam melindungi keluarganya. Malah, hukuman daripada Nora terasa amat pedih untuk dijalani.

Apatah lagi setiap kali anak sulung mereka, Aliff Zia bertanyakan ibunya, Sham mati akal untuk menjawab.

Puas diberikan pelbagai alasan untuk menyenangkan hati anak itu, namun anaknya itu seakan tiddak berpuas hati dengan jawapan yang diberikannya.

"Nora, abang akan tunggu sayang selama-lamanya kalau itu yang akan buat sayang kembali dan maafkan abang.. Abang rindu Nora yang dulu.

Abang minta maaf sebab gagal lindungi sayang dan anak kita, tapi Aliff pun anak kita juga dan dia perlukan kasih sayang ibunya. Apa sayang tak kasihankan Aliff ?"

Linangan airmata yang mengalir deras dipipinya dikesat. Kemalangan ngeri yang menyebabkan kematian anak kembarnya berlaku, Nora dilanda kesedihan dan kemuruangan yang kronik.

Wajah Sham yang sugul dan turut berduka langsung tidak meraih belas darinya malah dia menghamparkan segala dosa dan salah pada Sham.

Bagi Nora, semua yang berlaku adalah kerana kelalaian Sham. Sham punca anak-anaknya mati dan apa yang Sham tahu hanyalah maaf? Maaf takkan mengembalikan anak kembarnya itu!

"Abang baliklah tengok Aliff. Nora nak tidur."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience