BAB 6

Drama Completed 2528

Jawapan Nora buat Sham terasa ingin melompat ke langit biru. Nora mahu pulang! Nora akan pulang! Selepas berjanji akan menjemput Nora keesokan hari, Sham memutuskan talian. Dahi Aliff dikucup sayang.

"Ibu nak pulang esok, sayang. Ibu rindukan Aliff."

Pagi yang indah. Pagi yang ceria. Pagi yang membahagiakan buat Sham dan Aliff. Pagi-pagi lagi Aliff sudah bersiap untuk pergi menjemput ibunya. Senyum manis tidak lekang daripada bibir comel itu.

Sham juga begitu. Penampilannya dirapikan untuk pergi menjemput Nora. Kesudian Nora untuk pulang selepas hampir setengah tahun membuatkan Aliff dan Sham sama-sama teruja.

Sebelum bertolak ke kampung halaman Nora di Banting, Selangor, Sham sempat membelikan sejambak bunga matahari kegemaran Nora. Aliff yang tolong bawakan bunga itu juga tersenyum ceria.

Sebaik kereta Sham melepasi tol Gombak, telefonnya berdering. Panggilan Nora ! Aliff menyambut panggilan itu.

"Assalamualaikum, ibu! Aliff dengan papa on the way nak pergi jemput ibu ni. Ibu tunggu Aliff dengan papa tau. I miss you, ibu."

Sham tersenyum sendiri mendengar perbualan Aliff dan Nora. Hari ini, kasih anak dan ibu yang sudah lama renggang akan bertaut kembali. Perasaan bahagia memenuhi dada Sham hingga tidak terucap!

"Aliff love you, ibu. Papa pun love you. Bye-bye, ibu."

Aliff tersenyum selepas menamatkan perbualan dengan Nora.

"Ibu cakap, ibu masak sedap untuk kita. Ibu tunggu kita kat rumah nenek."

Sham angguk. Sempat tangannya mengusap kepala Aliff. Kepulangan Nora ke rumah akan menyempurnakan keluarga mereka sekali lagi.

Dia mahu bermula semula, dia dapat melihar sinar bahagia dalam hidup mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience