BAB 5

Drama Completed 2528

Sham bawa Aliff ke dalam bilik dan dibaringkan. Mata anak itu sudah layu. Bila-bila masa saja akan terlena.

"Pa, nanti papa bawa Aliff jumpa ibu, boleh? Aliff rindukan ibu."

Sham angguk. Dahi Aliff dikucup dan tubuhnya dibaringkan di sebelah Aliff. Sempat Sham berbisik di telinga Aliff.

"Nanti Aliff dah sembuh, papa bawa Aliff jumpa ibu, ya? Aliff tidurlah."

Deringan telefon bimbit jenama Note 3 mengganggu lena Sham. Pantas gajet itu dicapai dan panggilan disambungkan. Sham melihat sekilas kepada Aliff yang masih lena.

" Ya?"

" Abang... "

Sham kenal suara itu. Suara Nora ! Lembut suara Nora membuai Sham yang kerinduan.

"Aliff ok?"

Pertanyaan Nora buat Sham berdebar-debar. Soalan itu dirasakan amat pelik sekali.

"Aliff demam sikit, tapi dah bagi makan ubat. Dia rindukan ibu dia."

Nora teresak di hujung talian. Sham mula berasa cemas dengan reaksi Nora yang langsung tidak dijangka.

"Abang jaga Aliff baik-baik, ya? Nora sayangkan Aliff."

Sham raup muka yang terasa tegang. Sayang tapi kenapa tinggalkan? Rindu tapi kenapa tak nak pulang? Dalam hati, Sham berperang dengan pelbagai emosi.

"Nora nak balik ke? Esok abang boleh pergi jemput."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience