BAB 3

Drama Completed 2528

"Abang balik dulu. Sayang jangan sedih-sedih sangat. Bila sayang dah bersedia, pulanglah kepada kami."

Nora tidak menolehpun kepada Sham yang mula melangkah keluar daripada kamar tidurnya itu. Di luar bilik, kedengaran suara Encik Muaz menyapa Sham.

Nora tidak mempedulikan keadaan di luar bilik. Dia terus melayan perasaan, membayangkan wajah anak kembarnya yang tidak sempat ditatap.

Encik Muaz mengajak Sham duduk di beranda rumah. Puan Kiah turut menyertai perbualan dua beranak itu.

"Sabarlah, Sham. Nora tu memang keras kepala orangnya. Nanti dia dah sedar diri, dia pulanglah kepada kamu dan Aliff."

Puan Kiah mula mengesat air mata. Pilu hati tuanya tiap kali berbicara pasal Nora yang masih tidak mahu menerima hakikat kematian anak-anaknya. Dan sikap Nora yang terus-menerus menyalahkan Sham membuatkan hati tuanya semakin rasa bersalah.

"Saya... saya tahu saya bersalah sebab gagal lindungi anak isteri saya. Tapi, dah setengah tahun, yah. Aliff tu rindukan ibunya, tapi Nora tetap tak nak jumpa dia. Saya serba salah. Kesian Aliff."

Encik Muaz mengeluh. Dia juga kasihankan cucu tunggalnya itu yang jelas semakin susut tubuh badan apabila tidak diendahkan ibu sendiri.

"Entahlah, Di. Ayahpun pening kepala melayan Nora tu. Biarlah dia. Kalau dipaksa-paksa, lain pulak jadinya. "

Puan Kiah turut memberikan nasihat serupa kepada Sham. Sebelum anak muda itu melangkah pulang, sempat dibekalkan nasi lemak kegemaran Aliff.

Doanya, kasih yang renggang antara anak menantunya itu segera bertaut kembali.

Aliff menyambut kepulangan Sham dengan wajah yang teruja. Kepalanya tertinjau-tinjau mencari kelibat ibu yang sangat dirindui. Aliff kecewa apabila hanya papanya sahaja yang keluar dari kereta. Wajah comelnya mula berubah muram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience