BAB 2

Drama Completed 2528

Selamba saja kata-kata itu diluahkan. Nora rasa marah, sakit hati setiap kali menatap wajah Sham. Kerana Sham, anak-anak yang sudah lama dinantikan mati. Kerana kecuaian Sham segala impiannya hilang dan mussnah sekelip mata.

Wajah Aliff Zia terbayang di minda. Anak berusia tujuh tahun itu pasti rindukannya. Tapi, Nora tidak sanggup untuk pulang ke sisi Sham yang dianggap pembunuh anak-anak mereka.

Biarlah Aliff bersama Sham kerana dia tidak tahu sejauh mana dia kuat untuk berhadapan dengan anak itu. Dia tidak mahu menangis di depan Aliff.

Sham mengeluh perlahan. Sia-sia sahaja usahanya untuk memujuk Nora. Kerasnya hati Nora mengalahkan kerikil di jalanan. Berbuih mulutnya memohon maaf, Nora tetap buat tak tahu.

Kalau dia punya kuasa, pasti dia tidak akan membenarkan kemalangan itu terjadi.Hakikatnya, bukan salah dirinya kemalangan itu terjadi.

Tapi, salah seorang bangsa asing yang mabuk ketika memandu dan kereta yang dipandunya bertembung dengan kereta yang dipandu Sham.

Nora yang sarat mengandungkan anak kembar mereka tersepit di dalam kereta, manakala Sham mengalami cedera ringan.

Di depan bilik rawatan kecemasan, Sham pengsan menerima berita kematian anak kembarnya yang dikeluarkan oleh para doktor melalui pembedahan.

Suasana pilu menyelubungi apabila Aliff teresak-esak dalam pelukan Sham yang juga menangis tanpa suara.

Ahli keluarga yang datang juga tidak mampu untuk menenangkan Aliff atau Sham. Masing-masing terkedu dengan ujian yang tidak diduga itu.

Tiga hari Nora koma selepas kemalangan itu. Sebaik sedar daripada koma, Nora berterusan menyalahkan Sham atas kematian anak-anak mereka.

Malah, Nora turut menyalahkan Sham kerana dia tidak sempat menatap wajah anak-anak itu sebelum mereka dikebumikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience