BAB 6

Family Completed 724

"Ateh, dah sedia? Pengantin dah sampai."

Raudhah kalih. Dirinya memandang cermin solek. Indah berbusana pengantin
berwarna merah jambu hati Raudhah berlibang libu.

Merah jambu. Kata bakal suami, merah jambu antara warna kesukaan nabi.
Warna telapak tangan, lidah dan kaki. Hajat mahu membantah terbantut.

"Kenapa harus pink?"

"Apa salahnya merah jambu itu ya?"

Raudhah terdiam. Merah jambu tiada celanya. Sangat indah di mata. Tapi...
bila nampak sahaja warna pink itu spontan mata Raudhah terbayang Rara yang
'anggun' bermerah jambu! Payah!

"Merah jambu saja ya. Kalau boleh satu rumah saya nak warnakan dengan
merah jambu."

Raudhah rasa mahu rebah. Betulkah ini Rafael Izzuedin atau Rara Si Pinkylicious?

Antara niat mahu menggembirakan abah dan umi, Raudhah tersempit di antara rasa yang ingin mati sahaja.

Menjadi isteri kepada Rafael Izzuedin adalah umpama memberikan pilihan
kepada Raudhah ;

Jadi anak solehah atau isteri derhaka.

"Ateh..." wajah si adik dipandang sayu.

"Ateh, reda ibu bapa adalah reda Allah. Rasulullah selalu berpesan
supaya kita sentiasa berbuat baik kepada keluarga. Ateh, ikhlaskan hati.
InshaAllah, ada cerita yang baik-baik untuk Ateh disediakan oleh Allah."

"Bismillahitawakkaltuaa'lallah."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience