BAB 2

Family Completed 724

Wajah Raudhah tenang tiada beriak. Saat diperkenalkan dengan lelaki
berkurta pink itu Raudhah sekadar angguk tanda hormat.
Amer kerut dahi. Si kakak yang diam sedari tamu memasuki rumah
membimbangkan dia. Dan dia juga sudah menjangkakan itu reaksi Raudhah .
"Raudhah Humayra, kakak saya."
Raudhah senyum tawar. Angguk.
"Marwah Aidan." Si ustaz menggores senyum. Haji Ahmad dan Hajah Azura
angguk dan tersenyum manis tanda kedatangan tetamu telah menggembirakan
hati mereka.
'Jom kita makan.' Ajak Haji Ahmad .
'Terima kasih pakcik.' Balas Marwah juga dengan bahasa isyarat. Haji
Ahmad dan Hajah Azura terkejut. Tak sangka tetamu yang diundang boleh
berbahasa seperti mereka.
'Saya pernah belajar bahasa isyarat semasa di universiti.'
Si abah dan umi angguk sesama sendiri.
'Kalau jadi menantu, untung kita ya umi.'
'Kalau dapat menantu yang tak faham bahasa kita macamana yer nak
berborak. Lagipun orang bisu macam kita ni susah orang nak terima.'
Raudhah tarik nafas. Mata mengerling Marwah. Ustaz ya... Raudhah memejamkan
mata. Ada kenangan yang sukar untuk hilang. Ya Allah, pudarkan rasa ini.
"Abah, umi lauk dah lama hidang. Tak elok membiarkan rezeki terdedah."
Tutur Raudhah perlahan sebelum berlalu ke ruangan dapur. Marwah memandang
sayu. Raudhah kenal dia! Amer tepuk bahu Marwah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience