BAB 1

Family Completed 724

"Ustaz baru tu sedap betul alunan zikirnya. Bila mengaji boleh meleleh
air mata."Haji Ahmad melabuhkan duduk di sebelah Hajah Azura yang
sedang melipat kain. Dicapai sehelai kain sarung lalu tangan ligat
melipat. Hajah Azura tersenyum manis. Ini yang tambah sayang pada si
suami yang dinikahi hampir 25 tahun yang lepas.

"Itu belum lagi bila dia azan... Allahurabbi, cering bulu roma ni."
Tambah Amer sambil menjeling pada si anak dara yang khusyuk dengan
telefon di tangan.
"Tapi yang pasti, handsome tak dak dah. Mana la sesat ustaz lawa kurta
pink tu mai noh." Raudhah angkat muka. Wajah si adik dipandang pelik
"Amboi acu... bukan main lagi yer. Umi suruh pergi belajar mengaji
bukannya pergi buat soal selidik dekat ustaz tu. anak teruna orang yer.
Umi suruh pergi surau belajar mengaji je kan." Raudhah yang hanya pasang
telinga saja bila mendengar ulasan-ulasan tentang ustaz kurta pink sejak
dua minggu yang lepas mula membebel pada adik bongsu.
"Acu ni usha untuk jadi abang ipar acu. Bukan untuk acu." Amer kenyit
mata pada Hajah Azura .
"Ateh, apa kata ateh mengorat ustaz kurta pink tu. Buat jadi abang ipar
acu, jadi menantu abah dengan umi. Agama ada, rupa ada, pendidikan
ada... apa lagi yang tak ada?"
Terbeliak mata Raudhah . Bibir diketap geram. Dipandang wajah abah dan umi.
"Acu ni merepek." Tangan dan mata kembali telefon.
'Payah-payah sangat biar abah yang tolong pinangkan untuk ateh. Nak?'
Haji Ahmad bersuara dengan bahasa isyarat sekali lagi. Umi angkat ibu
jari tanda menyokong.
Sekali lagi... Raudhah rasa nak pitam.
'Abah dengan umi dah lama tak terima menantu baru.' Si umi berkata tanpa
suara.
Raudhah membalas dengan bahasa isyarat.
'Abah pinang untuk acu je.' Malas mahu bersuara. Geram pada si adik.
Pandai-pandai bentang hal abang ipar.
'Acu baru form five. Belum cukup umur yer.Abah, umi... acu nak ajak
ustaz kurta pink tu makan tengahari dekat rumah boleh?'
Abah dan umi angkat ibu jari.
'Ateh, jangan nak lari pulak.' Amaran senyap dari Amer membuatkan Raudhah
mengeluh dalam diam.
Ustaz Kurta Pink.
Pink?
Haaa... pitam!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience