BAB 7

Family Completed 724

Raudhah diam di atas katil pengantin. Selesai cerita akad nikah. Cepat saja
Raudhah meminta izin untuk ke bilik. Mahu menunaikan asar yang baru sahaja
masuk.

Semuanya sudah terlambat untuk dikesali. Tapi kenapa hati Raudhah rasa
tenang. Saat bibir Rafael Izzuedin singgah di dahi, Raudhah rasa bahagia.
Serupa ada cahaya yang menusuk ke hati.

"Yakin dengan istikharah." Pesan umi kembali berbisik. Cerita acu,
sebenarnya Rafael Izzuedin sudah menceritakan apa yang sebenarnya terjadi
10 tahun lepas. Khilaf yang takkan terampun oleh seorang Raudhah Humayra.
Lalu pada kedua orang tua itu dipohon agar memberikan reda atas niatnya
yang mahu menagih ampun dari Raudhah dengan menjadikannya sebagai teman
yang halal. Istikharah sudah dilakukan di hadapan kaabah. Hanya wajah
Raudhah Humayra yang singgah di pinggir mata. Tiada yang lain. Doanya moga
dipermudahkan.

Abah memohon tempoh setahun. Hati Raudhah terlalu rapuh untuk dipaksa. Dek kerana itu, umi menyuruh Raudhah melakukan istikharah. Kebetulan juga ada anak kenalan abah yang merisik.

"Raudhah ..."

Terasa bahunya disentuh lembut. Si ustaz berkurta pink memandangnya.
Lalu jemari yang halal itu dicapai dan ditautkan dengan jemari lelakinya.

"Ampunkan abang."

"Raudhah bukan tuhan yang berhak untuk memberikan ampun."

Mata tunak pada mata hazel milik si suami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience