BAB 5

Family Completed 724

Marwah Aidan.

Ya, Marwah Aidan.

Sampai mati Raudhah Humayra takkan lupa apa yang lelaki itu buat. Takkan!

"Allahuakhbar!" Berkali-kali tangan memukul dada sendiri. Kepingan
gambar juga sudah dikeronyokkan. Sama renyuk dengan hati sendiri. Air
mata terusan mengalir bagai tiada mahu henti.

"Apa salah Raudhah sampai dia sanggup buat Raudhah macam ni?" Di bahu Ustazah
Nurin, Raudhah menumpang rasa. Rasa longgar segala sendi. Terbang segala
harga diri. Hancur kehormatan yang dipelihara.

"Benda ni super-imposedRaudhah . Jangan risau. Nanti kita siasat ya sayang."

Tangis sudah melarat hingga basah tudung Ustazah Nurin di bahu. "Bukan
salah Raudhah . Bukan... bukan... bu..."

"Raudhah !" Dia terkulai akhirnya. Ceritanya tentang satu nama.

"Apa yang you buat, you akan dapat balasan yang lagi teruk." Lelaki yang
menggelarkan dirinya sebagai Rara tersenyum sinis. Matanya tajam. Dengan
baby tee warna pink, seluar straight cutting warna krim dan beg besar
warna pink, Rara meninggalkan Raudhah yang jatuh terlentang di atas jalan
setelah ditolak Rara dan 'teman lelaki' nya tadi.

Berulang kali Raudhah istighfar. Kejadian Rara ditangkap bersama Mika
'teman lelakinya' di dalam kawasan asrama oleh Raudhah dan AJK Badan
Kerohanian rupanya tidak memberikan keinRaudhah n pada Rara . Yang ada hanya
dendam yang membara. Dendam seorang Rara kepada seorang Raudhah . Hinggalah
akhirnya gambar itu tersebar ke seluruh warga sekolah.

"Raudhah tak salah." Tapi di mata yang memandang, Raudhah adalah jijik.
Sudahlah anak kepada ibu dan bapa yang bisu, dituduh menjual diri untuk
menampung hidup yang ada.

Fitnah berlegar umpama virus. Biarpun jelas gambar yang berwajahkan Raudhah
melakukan perkara haram di atas katil bersama dengan seorang lelaki tua
adalah wujud dengan teknologi namun Raudhah dipandang jijik juga. Penyudah
cerita, Raudhah minta diberhentikan daripada pengajian.

"Allahurabbi."

Dan kini Rara kembali. Kembali sebagai seorang Marwah Aidan. Fizikal
yang sama, gayanya saja maskulin. Hatinya? Wallahualam. Kurta pink?
Masih tegar dengan warna itu juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience