Rate

BAB 3 - HERO OTAK SEMINIT MUNCUL

Romance Completed 544505

Lagi seminggu Haziyah dan Tengku Adham akan diijabkabulkan. Namun, lelaki itu langsung tidak pernah menghubungi Haziyah apatah lagi bertanya khabar. Dia tertanya-tanya akan keadaan Tengku Adham. Ada juga Haziyah menghantar pesanan ringkas. Namun, tidak berbalas. Haziyah termenung sendiri.

"Termenung lagi. Kau ni kenapa? Bergaduh dengan si Ad ke?" soal Nina yang muncul dari arah belakang. Niatnya mahu bertanya tentang sambungan skirt yang sedang mereka jahit. Tetapi, terbantut dek kerana melihat Haziyah asyik termenung sejak dua tiga hari yang lalu.

"Takde apa," balas Haziyah ringkas. Malas mahu bercerita mengenai Tengku Adham. Bimbang Nina salah faham. "Kau nak apa ni?" soal Haziyah mengubah topik perbualan. Dia tidak mahu memanjang isu tersebut.

"Ni nak sambung macam mana? Aku confiuslah," soal Nina sambil menunjukkan potongan kain tersebut. Haziyah menunjukkan satu persatu cara cantumannya. Jarum di ambil dan dicucuk ke kain agar kain tersebut bercantum sementara menunggu dijahit. Kemudian, diserahkan kembali pada Nina.

Nina membelek cantuman kain sambil cuba memahami cara cantumannya. Tidak lama selepas itu, Nina mengangguk sendiri. Haziyah pula kembali menyambung jahitannya. Sungguh Haziyah tiada mood untuk berbicara apa pun saat ini.

"Ya, balik kelas teman aku pergi koperasi. Aku nak beli barang sikitlah. Shampoo habis, ubat gigi," kata Nina. Haziyah hanya mengangguk tanpa menangkap butir bicara sahabatnya itu.
Fokusnya di berikan pada kain yang mahu dijahit. Mereka harus cepat kerana bengkel tersebut akan ditutup dalam masa sepuluh minit lagi. Jika tidak, terpaksalah mereka berdua menyambung jahitan tersebut pada keesokkan harinya. Masih banyak lagi yang perlu di selesaikan sebelum projek tersebut di hantar.

Berkali-kali Haziyah mengeluh saat mesin tersebut asyik terputus benangnya. "Iishhh.. orang nak cepat ni!!" rungut Haziyah sendiri. Disebabkan geram dengan mesin jahit itu, Haziyah merentap kuat kain dari mesin.

Prakkk!! Dia terkedu seketika. Dilihat kain yang sudah tercarik itu. Terbit rasa kesal dihatinya kerana terlalu ikutkan perasaan sehingga menyebabkan kain tersebut terkoyak.

"Allahhh.. koyak pula..," kepala mula terasa sakit. Leher dipicit lembut cuba mengurangkan rasa tegang yang tiba-tiba menyinggah. Haziyah mengeluh lagi. Terasa mahu menangis saat ini. Sudahlah kain tersebut mahal.

Haziyah termenung sejenak. Dia cuba menenangkan diri buat seketika. Akhirnya, kain tersebut di sumbat ke dalam beg sandangnya dengan hatinya berbuku.

"Na!! Jomlah balik. Aku sakit kepalalah!" kata Haziyah sedikit kuat. Nina yang sedang sibuk menjahit terhenti kerjanya. "Kejap-kejap. Aku sambung lagi sikit," balas Nina sambil menyambung jahitannya. Haziyah pula sudah mengemas segala barang miliknya dan disumbat ke dalam beg bimbit dan beg sandang yang dibawa.

Kepala terasa berat. Mungkin terlalu lama menghadap mesin jahit tadi. Leher sekali lagi di picit lembut sambil tubuh diregang-regangkan.

Selesai sahaja Nina berkemas, mereka sama-sama menapak keluar dari bengkel. Nina menoleh sekilas ke wajah Haziyah. "Kau kenapa ni?" soal Nina tatkala menangkap perubahan emosi sahabat baiknya itu. Haziyah melepaskan keluhan berat. "Kain aku koyak pula," adu Haziyah dengan decitan kecil.

"Macam mana boleh koyak? Besar ke? Kalau sikit boleh je cover dengan apa-apa kain kot," Nina memberi cadangan. Haziyah bungkam. Entah mengapa dia malas mahu berbicara lagi.

"Eh, teman aku pergi koperasi kejap. Aku nak beli toiletries," Nina menarik lengan Haziyah saat melihat langkah kaki gadis itu menuju ke arah lain. Haziyah terpinga-pinga. Namun, dia menurut tanpa membantah.

Haziyah menanti diluar koperasi sambil matanya menekur tanah. Dikius-kius pasir dengan kasutnya. Sekali-sekala dia melepaskan keluhan. Entah mengapa dia tidak sedap hati sejak dua tiga hari ini. Seperti ada sesuatu yang tidak beres.

"Haziyah," sapa seseorang. Serta merta gadis itu mengangkat kepalanya melihat susuk tubuh yang menyapanya itu. Terkebil-kebil mata Haziyah seketika cuba mengingati siapakah gerangan lelaki yang berada di hadapannya.

"Haziyah kan?" soal lelaki itu cuba mendapatkan kepastian. Perlahan Haziyah mengangguk kepala. "Iye. Encik siapa?" soal Haziyah kembali. Lelaki itu hela nafas lega. Mujur tidak salah orang.

"Bakal abang ipar awak," jelas lelaki itu. Haziyah kerut kening. 'Bakal abang ipar?' gerutunya di dalam hati.

"Abang An. Abang kepada Ad," Tengku Arhan menyambung lagi. Kening Haziyah terangkat saat mendengar nama bakal suaminya itu. "Oh, abang An," balas Haziyah tersipu malu. Sungguh dia tidak dapat mengecam wajah lelaki itu.

"Maaf, Ya tak perasan," balas Haziyah lagi. Tengku Arhan hanya tersenyum mesra.

"Takpe," jawab Tengku Arhan. "Kita pun jarang jumpa. Kali terakhir abang Ad jumpa Ya masa majlis merisik hari tu," jelas Tengku Arhan. Haziyah hanya mengangguk sambil bibirnya mengukir senyum. Dia selesa berbual dengan bakal abang iparnya yang mesra dan baik itu.

"Ya, jom!" ajak Nina sambil sibuk membelek beg plastik yang berisi barangannya. Dia langsung tidak sedar akan kehadiran Tengku Arhan di situ.

BUK!!

Belum sempat Nina memandang, tubuh Tengku Arhan yang sasa, dilanggar agak kuat. Kepala Nina terhantuk di bahu lelaki itu. Haziyah dan Tengku Arhan turut terkejut. Berpinar seketika mata Nina.

"Aduuhhhh... sakittnya.. Tunggul apa yang tiba-tiba ada dekat sini niii," bebel Nina sambil menggosok laju kepalanya yang terasa sakit. Haziyah ketawa kecil tatkala mendengar kata-kata Nina. Pasti sahabatnya itu masih belum sedar kehadiran Tengku Arhan disitu.

"Sorry, awak tak apa-apa?" soal Tengku Arhan panik. Tangan Nina dipegang selamba. Pantas sahaja Nina menepis tangan lelaki itu.

"Eh.. Eh.. apa pegang-pegang ni?" mata Nina membulat. Tengku Arhan terkedu. Terus dia menghentikan perbuatannya. "Sorry," ucap Tengku Arhan spontan. Nina menjeling tajam ke arah lelaki itu.

"Nina, ni abang Tengku Adham. Abang An," tutur Haziyah seakan berbisik ke telinga Nina. Gadis itu buat muka tidak peduli.

"Aaa.. Abang An tak kenal ke Nina?" soal Haziyah cuba mengingatkan lelaki itu tentang sahabatnya.

Berkerut dahi lelaki itu cuba mengingati wajah gadis di sebelah Haziyah. "Sorry, Abang An tak berapa ingat," balas Tengku Arhan jujur.

"Masa kecik-kecik dulukan kita selalu mandi sungai sama-sama. Nina ni pernah jatuh atas tahi lembu. Masa tu abang An gelakkan dia sampai dia menangis. Ingat tak?" bersungguh-sungguh Haziyah cuba mengingatkan kembali peristiwa itu. Meledak tawa Tengku Arhan saat mendengar cerita Haziyah.

Nina pula sudah berpetak muka menahan malu. Dia mencubit Haziyah sehingga gadis itu mengaduh. "Aduhh... Ninaaa.. Sakitlah," Haziyah menggosok lengan yang dicubit Nina. Wajah Nina masam mencuka. Sungguh dia benci dengan Tengku Arhan. Budak bandar yang mengejeknya sehinggakan dia tidak mahu bermain lagi dengan kumpulan itu jika Tengku Arhan ada bersama.

"Sorry.. Abang An bukan sengaja nak gelakkan awak. Ia spontan," Tengku Arhan sedaya upaya menahan dirinya dari ketawa sekali lagi. Wajah cemberut Nina membuatkan dia rasa bersalah. Tidak sepatutnya dia mentertawakan gadis itu lagi. Pasti Nina berdendam dengannya.

"Sorry again, Nina," ucap Tengku Arhan. Haziyah juga diserbu rasa bersalah kerana mengungkit tentang peristiwa itu.

"Sorry, Nina..," ucap Haziyah pula. Lengan Nina diraih cuba memujuk sahabatnya itu. Nina menjeling tajam. "Dahlah, jomlah balik. Aku penat ni," ajak Nina. Dia tidak betah berlama-lama di situ.

"Okaylah. Sorry ganggu you all berdua. Anyway, sorry again Nina. Abang An tak bermaksud nak gelakkan awak. Tapi, abang An ingat awak. Budak comel yang suka ikat rambut tocang dua tu," Tengku Arhan cuba juga memujuk. Wajah Nina mula merona merah. Tidak sangka lelaki itu ingat lagi akan penampilan zaman kanak-kanaknya.

Haziyah kulum senyum. "Okay abang An," balas Haziyah.

"Jumpa minggu depan di majlis resepi Ya nanti," ucap Tengku Arhan sebelum dia berlalu pergi.

Haziyah menoleh ke arah Nina. Sungguh dia rasa bersalah. "Ninaaa.. Sorrylah. Aku ungkit peristiwa tu. Aku tak sengaja," pujuk Haziyah sambil memuncungkan bibirnya di depan Nina.

"Yelahhh.. Aku tak marah pun," balas Nina dengan malas. Haziyah tersenyum sambil memeluk tubuh Nina kejap. "Jomlah balik hostel, aku nak beradu ni," sambung Nina lagi. Haziyah ketawa. Lantas lengan Nina diraih dan mereka berjalan pulang ke asrama.

TENGKU Adham meraih telapak tangan wanita di hadapannya. Direnung dalam anak mata wanita itu. "I harap you faham situasi I. Kita akan jalani kehidupan kita macam biasa walaupun I dah kahwin nanti. Ia tak mengubah apa-apa. Faham?" tegas Tengku Adham.

Shasha Batrisya tersenyum sinis ketika mendengar ucapan lelaki itu. "You memanglah cakap macam tu. I ni makan hati tengok boyfriend sendiri kahwin dengan perempuan lain. You ingat I takde perasaan ke?" balas Shasha Batrisya sambil berpeluk tubuh.

"Shaa... I tak kan sentuh perempuan tu. I nak you je. Kita akan kahwin juga nanti. I akan aturkan semuanya," bersungguh-sungguh Tengku Adham menabur janji. "You nak I jadi second wife you? Sorry Ad. I tak nak," tegas Shasha. Dia bukanlah perempuan yang tiada kelas sehingga sanggup menjadi isteri kedua lelaki itu.

"Habis tu, You nak suruh I buat apa?" soal Tengku Adham mula buntu. Dia serabut memikirkan majlis resepsinya yang akan berlangsung minggu hadapan. Sungguh hatinya tidak rela. Namun, untuk membantah kata-kata Datin Ani, dia tidak sampai hati.

Shasha bungkam seribu bahasa. Dia mahu lelaki itu fikir sendiri cara bagaimana mereka akan berkahwin tanpa menjadikan dirinya yang kedua.

"Okay, you bagi I tempoh setahun. I akan ceraikan dia. Then, after tu kita kahwin," cadang Tengku Adham. Gadis itu mula mengukir senyum nipis. "Okay," jawab Shasha bersahaja. Dia tahu Tengku Adham sanggup lakukan apa sahaja untuk dirinya.

Setakat setahun, boleh sahaja dia menunggu. Jadi, selama setahun itu juga, Shasha akan memujuk Tengku Adham agar membenarkan dia bekerja di syarikat Tengku Arhan sebagai model sambilan. Dia akan pastikan Tengku Adham setuju dengan kehendaknya. Shasha tersenyum dalam hati.

Tengku Adham hela nafas lega. Sekurang-kurangnya Shasha tidak merajuk lama dengannya. Jika tidak pasti susah dia mahu memujuk teman wanitanya itu.

Kenapa dia tidak berkahwin dengan Shasha? Tengku Adham tahu Datin Ani tidak suka akan Shasha kerana wanita itu pernah bersikap biadap dengan Datin Ani pada kali pertama perjumpaan mereka.

Waktu itu, Shasha tidak tahu yang Datin Ani itu mama kepada Tengku Adham. Jadi, pantas sahaja dia bersikap biadap dan serta merta Datin Ani tidak berkenan dengan pilihan Tengku Adham. Segalanya diluahkan oleh Datin Ani sendiri. Lagi pula, Datin Ani sudah lama menyimpan hasrat mahu menyatukan Tengku Adham dengan Haziyah. Anak gadis Daud. Jiran di kampung ibunya, Mak Unge. Sudah lama dia berkenan dengan Haziyah. Hendak pula Haziyah pernah menyelamatkan Tengku Adham sewaktu anaknya hampir lemas di sungai suatu tika dulu.

Mahu tidak mahu Tengku Adham yang sememangnya sejenis mendengar kata, terpaksa bersetuju sahaja dengan pengaturan Datin Ani. Walaupun pernah dia cuba berbincang mengenai perkara itu, tetapi, akhirnya dia juga yang terpaksa mengalah.

happy readinggggg.......

Share this novel

Nor Haslinda Jamaludin
2021-12-08 14:21:43 

salaam...kenapa x bole unlock chapter ye

adina damia
2021-06-13 17:41:17 

alaaa...knp unlock baru nk sambung baca

bunny
2021-05-09 22:46:42 

hmm nk bac...


NovelPlus Premium

The best ads free experience