Rate

PROLOG

Romance Completed 544483

Haziyah yang membawa maksud dipuji dan disayangi. Daud dan arwah isterinya yang memilih nama itu untuk puteri bongsu mereka. Lahirnya sempurna dan membahagiakan keluarga kecil Daud. Dari kecil hingga besar, Haziyah membahagiakan dan selalu dibahagiakan oleh keluarga sendiri. Tiada sikit pun merasa kurang dalam hidupnya walaupun keluarga mereka serba kekurangan. Segalanya dirasakan sempurna dan bahagia.

Tapi, kehidupan yang Haziyah lalui selepas berkahwin, sudah tidak sama lagi. Tak seindah seperti dia bersama keluarganya sendiri. Entah berapa kali dia mengeluh. Penat dan lelah mahu menghadap hidup ini.

Stokin di kaki direnung lama. Semalam Haziyah selamat melahirkan putera sulungnya yang Daud beri nama, Haziq. Daud dan kakak Haziyah iaitu, Halimah yang menguruskannya dalam pantang. Di rumah Daud inilah tempat Haziyah dibesarkan. Kini, dia kembali ke sini dengan seorang bayi comel.

Perlahan mata dibawa ke arah si kecil yang sedang lena tidur walaupun rumah papan ini agak berbahang terasa. Dada si kecil berombak tenang. Sekali sekala bibirnya terukir senyum seolah sedang bermimpi sesuatu yang indah. Haziyah turut tersenyum.

Muka Haziq direnung. Raut wajahnya salin tak tumpah seperti lelaki yang menabur benih dalam rahimnya. Iye, Tengku Adham. Lelaki yang pernah dia cinta dan lelaki itu juga yang membuat dia terluka.

Haziyah bersetuju berkahwin dengan Tengku Adham kerana dia cintakan lelaki itu. Cinta yang sudah lama terpendam sejak zaman kanak-kanaknya. Tetapi, waktu itu dia tidak tahu yang Tengku Adham sudah ada pilihan hati sendiri. Namun, Tengku Adham hanya akur dengan keputusan Datin Ani dan Dato' Tengku Rushdi.

Haziyah ibarat pengganggu hubungan orang lain. Iye, orang ketiga. Tetapi, bukan salah dirinya. Kalau Tengku Adham membantah perkahwinan ini sejak dari awal, pasti semuanya tidak akan jadi sebegini.

Mereka berkahwin sewaktu Haziyah masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi dalam bidang fesyen. Sepanjang itulah Haziyah terpaksa lalui segala macam perasaan yang dia sendiri tidak tahu mahu luahkan kepada siapa.

Sehinggalah minggu lepas, dia lari dari Tengku Adham dan kembali ke rumah Daud dalam keadaan dia sarat mengandungkan anak Tengku Adham.

Sepanjang seminggu itu juga, Tengku Adham merayu Daud mahu berjumpa Haziyah. Tetapi, wanita itu enggan bertemu dengannya. Cukuplah Tengku Adham meninggalkan luka yang amat dalam. Cukuplah Haziyah makan hati dengan layanan lelaki itu terhadap dirinya selama ini. Haziyah nekad mahu berpisah. Dia tidak kisah digelar ibu tunggal dari menagih kasih dan cinta pada lelaki yang banyak memberi luka padanya.

Mungkin jodoh sampai di sini sahaja. Dia redha jika itu ketentuannya. Bawa diri lebih baik dari bertahan. Dia sedar siapa dirinya di sisi Tengku Adham. Wanita miskin yang menagih cinta dan kasih dari seorang suami. Suami yang telah punya kekasih hati sebelum dirinya. Cukuplah sudah segala luka yang ada. Menjauh lebih bahagia dari dekat dengan derita.

Aku bukan yang kau dambakan. Tetapi, aku mohon HARGAI AKU.

happy weekenddd... jangan lupa follow juga story Kak Rafizah - Tengku ke PATI? Waniey Zack - Lantaran Kasih nak tengok hero bulu mata lentik?? heroin cantik gojes macam ai?? (sila muntah) kahkahkah.. meh jengah Ig dan facebook ai Ig - Ah Clans facebook - Ah Clans

Share this novel

nurul asyiqin
2024-01-03 15:54:32 

kalau saya pun kena ada Koin ke baru lah blh baca ????????

CT CT
2021-11-05 11:25:30 

x boleh nk baca kena beli coin

Ukhty Cintai Rasul
2021-06-11 21:13:20 

Aku gk paham ini ceritanya


NovelPlus Premium

The best ads free experience