Kain yang dibeli dibelek berkali-kali. "Boleh tahan mahal harga kain ni," rungut Haziyah sendiri. Kepala yang tidak gatal digaru. Dibawa kain tersebut dan dia menghenyak punggung ke katilnya. Mata kemudian beralih pula ke arah Nina yang masih membongkang diatas katil di hadapannya.
"Nina.. Nina!" Haziyah cuba membangunkan Nina yang tidur sejak dari tadi.
"Naa.....," suara ditinggikan sedikit. Kelihatan tubuh Nina mula bergerak.
"Eemmmm...," jawab Nina dengan malas. Dia mengeliat sambil mata dibuka perlahan. Terkebil-kebil wanita itu merenung siling bilik. Masih mamai.
"Betul ke Miss Ruth nak kain sampai 4 meter ni? Selalu bukan 2 meter je ke untuk skirt?" Haziyah mempersoalkan kehendak pensyarah fesyennya. Bukan apa, kain tersebut terlalu mahal baginya. Sudahlah dia tidak layak mendapat pinjaman belajar. Duit belanja yang diberikan oleh Daud hanya cukup-cukup makan sahaja. Mahu meminta lagi pada si ayah, terasa tidak sampai hati.
"Yelah. Miss Ruth cakap dia nak ajar buat kain kembang-kembang tu. Entah apa nama, aku lupa," jawab Nina dengan suara serak-serak basahnya. Dia mula bangun dari pembaringannya dan duduk menyandar ke dinding. Tubuhnya kini menghadap Haziyah. Terkebil-kebil lagi si Nina saat ini. Belum habis mamainya.
"Tiered maxi skirt," jawab Haziyah mengingat kembali sebutan bagi skirt jenis itu. "Haa.. ted..ted tu lah," pintas Nina sambil wajahnya diraup perlahan. Dia menguap besar sambil mengeliat sekali lagi. Haziyah ketawa. Kepala di gelengkan. Geli hati melihat tingkah laku sahabat baiknya itu.
"Abah baru je bagi aku duit belanja. Nampaknya kena ikat perut lagilah macam ni," keluh Haziyah. Nina tersenyum segaris. "Apa guna aku dekat sini? Aku belanjalah kau. Macam tak biasa," balas Nina selamba. Dia bangun dari katil. Tubuh diregang-regangkan.
Nina datangnya dari keluarga yang agak senang. Mana tidaknya, ayah Nina ketua kampung di kampung mereka. Berkerjaya sebagai seorang guru. Jadi, kehidupan Nina tidaklah sesusah Haziyah.
"Seganlah aku. Asyik kau belanja. Lepas tu, pinjam duit kau semua," kata Haziyah. Sungguh dia segan dengan Nina. Dia tidak mahu mengambil kesempatan atas kebaikan sahabatnya itu.
Nina cebik bibir. Matanya mengecil merenung Haziyah. "Mengadalah kau! Haa.. lepas kau kahwin dengan Tengku Adham, mesti kau kaya. Bolehlah balas jasa aku," Nina ketawa besar. Dia berjalan ke almari sambil mengeluarkan sepasang baju.
Haziyah kulum senyum. Tersipu-sipu saat nama Tengku Adham meniti di bibir Nina.
Iye, Tengku Adham yang mempunyai syarikat hartanah milik lelaki itu sendiri. Serta mempunyai beberapa anak syarikat di sekitar ibu kota. Pasti lelaki itu mampu menanggung Haziyah nanti.
"Kau ingat aku mata duitan ke?" bidas Haziyah. Kain ditangan direnung lagi. Memang tidak dinafikan. Kain jenis ini agak mahal harganya. Haziyah mengeluh perlahan. Dia berharap selepas ini, abahnya tidak perlu bersusah payah memberi duit lagi padanya. Tengku Adham pasti akan membantu Haziyah. Setakat beberapa ratus setiap bulan, pasti lelaki itu mampu.
"Tu tak lain la tu. Angau!" Nina buat muka menyampah. Tuala di sangkut ke bahu. "Aku nak mandi," Nina menapak ke pintu keluar. Haziyah cuma menghantar dengan pandangan mata. Sebaik sahaja Nina keluar dari ruangan itu, Haziyah menatap cincin merisik di jari manisnya. Dia tersenyum lagi.
Ingatan Haziyah kembali menjangkau suasana lampau. Bibirnya mengukir senyum saat wajah Tengku Adham perlahan-lahan masuk ke mindanya. Tubuh di sandar ke dinding. Haziyah mula mengelamun.
Pokok ceri depan rumah Daud selalu menjadi port melepak Haziyah dan rakan sebayanya. Keadaan menjadi semakin meriah apabila cucu Mak Unge, Tengku Adham dan Tengku Arhan pulang ke kampung. Walaupun mereka berdua budak bandar, tetapi, mereka tidak kekok bermain lumpur dan melasak di kampung.
PAP!! Kepala Haziyah terkena selipar yang dibaling oleh Tengku Adham ke arahnya. "Aduhhhh!! Sakitlah!!" pekik Haziyah geram. Namun, saat melihat wajah Tengku Adham ketawa mengekek, Haziyah tak jadi marah. Terus dia mengambil selipar tersebut dan di lempar semula ke arah Tengku Adham. Namun, sempat sahaja lelaki itu mengelak.
"Tak kena!!" ejek Tengku Adham. Haziyah ketap bibir geram. "Woii, kita pergi mandi sungailah. Boringlah main baling-baling kasut," tiba-tiba salah seorang kanak-kanak di situ bersuara. Tengku Adham dan Haziyah memandang serentak ke arah budak lelaki itu.
Tanpa menunggu, masing-masing berlari sepantas kilat berlumba untuk sampai awal di sungai yang terletak tidak jauh dari situ. Jeritan dan pekikan suara kanak-kanak yang turut sama berlari ke arah sungai kedengaran riuh rendah. Masing-masing tidak mahu kalah.
Haziyah yang sememangnya olahraga sekolah peringkat sekolah rendah juga tidak mahu kalah. Sepantas yang boleh dia berlari. Hendak pula dia tahu jalan pintas. Jadi, dialah pemenang yang sampai awal di sungai itu.
Dadanya berombak laju. Tercungap-cungap dia mencuri nafas. "Aku menang!!" jerit Haziyah dengan bangga. Dia ketawa ke arah sekumpulan budak-budak yang terhegeh-hegeh berlari ke arahnya. Matanya meliar mencari kelibat Tengku Adham. Namun, budak lelaki itu tiada di situ. Haziyah kerut kening.
'Mana budak bandar ni?' detik Haziyah dalam hati. Dadanya yang berombak laju dek kerana larian tadi cuba di kawal.
Bedebushhh!!! Seorang demi seorang terjun ke dalam sungai itu. Haziyah terkebil-kebil kerana dia terlambat terjun ke dalam sungai. Tanpa menunggu lagi, Haziyah membuat terjun tiruk dan membuang tubuhnya ke dalam sungai.
Masing-masing menunjukkan skill berenang. Maklumlah budak kampung,, memang pandai berenang. Termasuklah Haziyah. Kadang kala setiap kali banjir, merekalah akan begitu aktif bermain air ketika itu.
"Eh, mana budak bandar tu?" soal Haziyah kepada salah seorang dari kanak-kanak di situ. Masing-masing jungkit bahu tanda tidak tahu.
Haziyah melepaskan keluhan perlahan. Dia sedikit kecewa kerana Tengku Adham tidak sertai mereka mandi sungai bersama.
Tiba-tiba, dia tersentak saat terasa wajahnya direnjis air. Terbang segala kenangan yang menyinggah difikirannya. Terkebil-kebil mata merenung Nina yang berada di depan mukanya sambil mengibas-ngibas rambut yang basah.
"Apa ni!!!" pantas tangan Haziyah menarik rambut Nina. Menjerit gadis itu sambil menggosok kepala yang terasa perit. "Sakitlah Ya!!" marah Nina. Wajahnya cemberut. "Siapa suruh buat macam tu!" bidas Haziyah geram.
"Kau tu asyik berangan je. Sengih-sengih. Menyampah!" balas Nina sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala mandi. "Pergi mandilah! Malam nanti ada perjumpaan group dekat kafe," tambah Nina lagi. Haziyah mengeluh. Ada saja perjumpaan kumpulan.
"Malasnyaaaaa nak pergi. Asyik perjumpaan group konon! Lepas tu berbual entah apa-apa," rungut Haziyah selamba. Nina cebik bibir. "Malam ni ada Ex senior nak datang. Budak-budak ni jemput. Kalau kita tak pergi, masakkkk....," balas Nina lagi. Kening Haziyah terangkat. "Ex-senior? Siapa?" soal Haziyah ingin tahu.
"Abang Lan," jawab Nina ringkas. "Lan mana? Lan typewriter? Lan pet pet? Lan todak? Ke lantak Lan botak lan makan taik katak?" seloroh Haziyah. Meledak tawa Nina saat mendengar gurauan Haziyah dengan wajah tidak berperasaan gadis itu. Sungguh menjengkelkan.
"Abang Azlan yang handsome-handsome tu. Mata bulat. Hidung mancung," jawab Nina dengan tawa yang masih bersisa. Haziyah tarik muka. Mahu tidak mahu terpaksalah dia menyertai perjumpaan tersebut. Jika tidak, pasti mereka akan dituduh biadap dengan senior.
'Handsome lagi Abang Ad aku,' gerutu Haziyah di dalam hati.
MALAM itu, seperti yang dijanjikan, Haziyah dan Nina sudah pun menunggu di kafe asrama. Haziyah yang bertudung hitam dan berbaju t-shirt lengan panjang berwarna merah menunggu dengan penuh sabar di kafe itu. Mereka berdua antara paling awal yang datang ke situ. Punctual kononnya.
"Awal sampai, selalunya korang berdua paling lambat," sapa seseorang dari arah belakang. Nina dan Haziyah terus menoleh ke arah suara itu.
Yazid! Rakan sekelas yang berperwatakan lembut sudah pun tercongok di belakang mereka. Clucth di tangan pasti akan diusung oleh lelaki itu. Ala-ala founder produk gayanya.
"Kurang asam!" balas Nina geram. Haziyah hanya ketawa kecil. Sudah biasa dengan mulut laser Yazid.
Yazid terus melabuhkan punggungnya di sebelah Haziyah sambil ketawa kecil geli hati melihat wajah geram Nina. "Alaaa.. Rilekslahh.. Macam tak kenal aku. Kan, Ya!" balas Yazid cuba mendapat sokongan dari Haziyah. Haziyah tidak menjawab sebaliknya dia masih lagi ketawa.
Kemudian, beberapa minit selepas itu datang pula, Arin, Jehan dan Zura selaku ahli kumpulan mereka. Masing-masing sudah bersiap sedia untuk berjumpa dengan ex senior yang dijemput.
Abang Azlan. Lelaki tulen yang minat dalam bidang fesyen. Lelaki yang boleh dikategorikan sebagai lelaki handsome. Eh!
"Terima kasih sebab jemput abang. Abang sangat menghargainya. So, apa yang korang nak tahu boleh tanya," Azlan memulakan bicara sebaik sahaja dia sampai ke situ. Dia melabuhkan punggung ke kerusi bahagian hujung meja agar wajah ke semua ahli kumpulan itu dapat dia pandang.
"Abang Lan, masa last sem dulu, buat design apa untuk final year project?" soal Arin bersahaja. Azlan tersenyum. "Abang Lan combine, tema muslimah selitkan sikit elegant style design off shoulder," jawab Azlan tenang. "Off shoulder??" tiba-tiba Haziyah bersuara. Terkejut barangkali.
Apa ke fesyen muslimah ada off shoulder bagai. Bukan ke muslimah harus menutup aurat. Kalau dah tayang bahu, bukan fesyen muslimah namanya!
Mata Azlan terus beralih ke arah Haziyah. Dia tersenyum lagi melihat reaksi wajah gadis itu. "Yess, abang memang applykan off shoulder dalam rekaan abang. Tetapi, shoulder tu kita cover la dengan kain lain supaya bahu tu tertutup. Dah nama pun fesyen muslimahkan. Tak akan nak dedah bahu, ye dak?" jawab Azlan santai. Terus wajah Haziyah berubah riak sekali lagi. Cepat sangat dia melatah. Sepatutnya dia mendengar dahulu penjelasan lelaki itu. Sudah malu sendiri jadinya.
"Ohh.. Okay. Sorry," ucap Haziyah sambil tersengih seperti kerang busuk. "It's okay. Okay next question," balas Azlan. Mujur lelaki itu positif sahaja menjawab segala soalan. Jika tidak, pasti sahaja Haziyah disembur.
Perbincangan mereka berterusan selama dua jam. Setelah semuanya selesai, mereka masing-masing kembali ke asrama.
hero otak seminit belum muncul. kita santai² je dulu untuk awal² chapter ni. cerita ni konflik tak berat yang berat ai.. eh..eh.. so, takde apa yang menarik melainkan diri ai.. eh lagi.. kita berkenalan dulu dengan watak² sampingan.. watak² yang akan memeriahkan novel ni. kita mungkin takde jemput mana² pelakon dari novel² sebelum. kalau ada nanti ai mention... so, macam biasaaaaa... yeppi readingggggggg.... ( bergema...) Daaaa.........
Share this novel