BAB 2

Romance Completed 11075

Daniel melabuhkan duduk di atas rumput di bawah sebatang pokok yang rendang di dalam kawasan kolej. Port dia dan Dania selalu melepak. Pandangannya dihalakan jauh ke depan. Ternampak kelibat pasangan dua sejoli yang sedang menyulam bahagia. Dania dan Badrul. Melihat senyuman dan gelak tawa Dania di samping Badrul, membuatkan dia tersenyum pahit. Tangannya naik menyentuh dada.

“Dan, kenapa kau buat aku macam ni? Kau tahu tak yang aku sakit, Dan? Sakit sangat…” Daniel bermonolog sendiri sambil tangan mencengkam baju di dada belah kirinya.

Tangan dijatuhkan ke sisinya. Kepala didongak memandang langit yang terbentang luas. Ingatannya terimbau kembali ketika pertama kali dia berjumpa Dania, iaitu tiga tahun yang lalu…

Daniel panik. “Aduh, macam mana boleh tak ada pulak ni?” Dia bercakap seorang diri sambil tangan masih menggagau beg yang dibawanya. Puas menggagau, dia memuntahkan pula segala isi begnya ke atas meja tetapi apa yang dicari tetap tidak ditemui. Daniel gelisah sendiri. Berpeluh-peluh tubuhnya walaupun berada di dalam dewan berhawa dingin.

Dia memegang kepalanya. Buntu. “Ya Allah, macam mana boleh tak ada? Bukan aku dah letak ke fail tu dalam beg semalam?” Dia bercakap-cakap seorang diri.

“Cepatlah fikir, Niel. Kat mana kau letak fail tu? Habislah aku. Kalau tak ada fail tu, macam mana aku nak faham apa yang Prof. Hafizah ajar? Dahlah aku budak baru kat sini. Kawan pun tak ada lagi nak minta ajarkan. Macam mana ni?”

Dalam pada dia sedang panas punggung memikirkan jalan yang harus dilakukan, dia terpandangkan seorang gadis di sebelahnya yang sedang khusyuk mendengar apa yang diajar oleh Prof. Hafizah di hadapan.

“Oit, tumpang fail kau kejap!” Dengan selamba Daniel menarik fail gadis itu dekat dengannya.

Dania tersentak! Tumpuannya beralih pada jejaka di sebelahnya yang selamba babun saja menarik failnya. Dia kembali menarik failnya daripada jejaka tersebut.

“Kau ni apahal, bro main tarik-tarik fail orang ni?” marah Dania tetapi suara diperlahankan agar tidak didengari oleh orang lain.

Daniel berdecit. “Aku cuma nak tumpang fail kau kejap aje. Aku tertinggal fail aku kat rumah,” bisik Daniel.

“Kau teringgal fail, itu masalah kau bukan masalah aku,” jawab Dania selamba. “Kenal pun tak, tiba-tiba aje rampas fail orang,” bebel Dania sendiri, namun masih dapat didengari oleh telinga lintah Daniel.

Daniel mengetap bibir, geram. Dia mendekati gadis tersebut lalu berbisik di telinga gadis itu. “Aku nak tumpang fail kau kejap. Kita kongsilah. Nanti aku tak faham apa yang Prof. Hafizah ajar,” ujar Daniel dengan suara yang sedikit lembut.

“Like I care,” balas Dania tanpa memandang wajah penuh kegelisahan itu.

Daniel yang mendengar balasan gadis itu terbakar. Eee… sentaplah jantung aku dengan minah ni!

Dania yang tidak mendapat apa-apa balasan daripada jejaka itu akhirnya berpaling apabila berminit-minit telah berlalu. Dia berkata perlahan kepada jejaka itu yang kelihatannya sedang berusaha sedaya upaya untuk cuba memahami apa yang dipelajari. “Kalau nak minta tolong orang, cuba cakap elok-elok sikit. Ini tidak, nak minta tolong tapi macam nak ajak orang bergaduh aje,” Dania kembali memandang ke hadapan setelah berkata-kata.

Daniel pula dengan pantas memusingkan kepalanya ke sebelah. Dia menarik nafas panjang-panjang. Baiklah! “Wahai cik adik manis yang baik hati, boleh tak kalau aku nak tumpang tengok fail kau yang kemas dengan tulisan kau yang cantik-cantik tu supaya aku dapat memahami apa yang Prof. Hafizah ajar?”

Dania tersenyum sedikit. Hatinya tercuit dengan kata-kata yang diucapkan jejaka tersebut kepadanya. “Okey,” jawabnya sepatah sambil mendekatkan failnya ke arah jejaka tersebut.

Daniel terkejut. Eh? Sesenang ni? Terkerdip-kerdip matanya memandang gadis yang masih tidak memandangnya itu. Akhirnya dia tersenyum.

“Terima kasih,” ucap Daniel perlahan.

“No hallah,” balas Dania. Pandangannya masih lurus ke hadapan.

“Daniel.”

“Huh?” Dania blur apabila terdengar jejaka tersebut berkata sesuatu tetapi dia tidak dapat menangkapnya lalu dia memandang jejaka yang turut memandang ke arahnya sambil tersenyum.

“Nama aku Daniel.”

“Oh, aku Dania,” Dania terangguk-angguk kemudian tersenyum nipis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience