BAB 1

Romance Completed 11075

“Weh, Niel! Dengarlah ni! Niel! Niel!” panggil Dania berulang-ulang kali.

“Ya, apa dia? Cakap ajelah,” sahut Daniel acuh tak acuh. Matanya masih tertumpu pada dada novel thriller di tangan.

Tidak semena-mena novel di tangannya dirampas kasar. Dia mengangkat wajah memandang gadis di hadapannya yang sedang bercekak pinggang.

Daniel mengeluh perlahan. “Wahai Cik Daniaku sayang, boleh pulangkan novel aku tu? Cerita tengah klimaks tu. Tiba-tiba aje kau kacau daun,” pinta Daniel.

Dania merengus! “Kau ni asyik dengan novel kau aje. Aku ni kau tinggalkan terkapai-kapai seorang diri. Sampai hati!” rajuk Dania lalu melabuhkan punggung bersebelahan Daniel.

Daniel memandang wajah Dania yang masam mencuka. Namun, cepat-cepat Dania memalingkan muka ke arah lain. Daniel tersenyum.

“Yalah, yalah. Kau ni sejak bila jadi manja macam ni? Aku dengarlah ni. Apa yang kau nak cakap? Cakaplah lekas,” Daniel mengalah.

Sepantas kilat Dania berpaling menghadap Daniel dengan senyuman lebar. Novel dihulurkan kembali kepada empunya tuan.

“Weh, aku ada berita gembira ni,” ucap Dania membuka kata dengan senyuman yang lebar.

Daniel turut tersenyum. Berjangkit dengan senyuman Dania. Selebihnya dia teruja ingin mendengar berita gembira tersebut. “Berita apa? Kau dapat durian runtuh ke?”

“Ish, bukanlah! Badrul ajak aku couple balik!” ujar Dania dengan wajah yang berseri-seri.

Serta-merta mengghaibkan senyuman di wajah Daniel. “Oh…” hanya itu balasan daripada Daniel. Novel di tangannya kembali dibelek.

Dania hampa. Fikirnya Daniel akan turut gembira dengan berita yang disampaikan. “ ’Oh’ aje jawapan kau? Aku ingat kau akan happy bila dengar aku dah berbaik dengan Badrul.”

Daniel menutup novelnya. Matanya masih tetap pada novel. “Apa yang menyebabkan kau kata yang aku akan senang dengan berita ni? Apa yang kau harapkan daripada aku bila aku tahu tentang berita ni? Kau nak aku tersenyum lebar sambil bertepuk tangan? Macam tu?” Daniel memandang Dania dengan renungan tajam.

Dania kecut. Dalam takut-takut, dia menjawab juga. “Macam tulah. Tapi tak adalah sampai bertepuk tangan,” dia menunduk memandang jari-jemarinya yang bertaut sesama sendiri. Dia tidak berani mengangkat muka memandang wajah Daniel yang semestinya sangat menakutkan. Agak-agaknya hantu pun menangis melihat wajah Daniel yang lebih menakutkan daripadanya.

Daniel merengus kasar. Marah? Ya, dia memang marah dengan Dania yang tidak serik-serik. Nafas ditarik dan dihembus perlahan-lahan. Cuba menahan diri daripada mengeluarkan lahar yang berapi. “Kenapa kau mesti kembali semula pada jantan tak guna tu? Kau dah lupa ke dengan apa yang dia dah buat pada kau dulu? Dan kau tahu kan, aku tak sukakan dia?” marah Daniel bercampur kecewa yang membuak-buak di hati.

“Aku ingat dan aku aku pernah lupa. Tapi Bad kata dia dah menyesal sebab pernah tinggalkan aku dulu. Jadi, dia datang minta maaf kat aku dan dia ajak aku couple balik. Dia nak tebus kembali atas apa yang telah dia lakukan pada aku,” jelas Dania satu per satu.

Daniel menghembus nafas berat. “Jadi, apa jawapan kau?” tanya Daniel dengan nafas lelah kerana boleh mengagak apa yang akan dijawab Dania.

Dania tersenyum. “Aku terima.”

Mendengarkan jawapan Dania, sepantas cahaya Daniel merenung tepat ke dalam anak mata hitam Dania dengan api amarah yang membara di dalam dada. Dania menunduk.

“Aku minta maaf, tapi aku tak boleh menolaknya,” ujar Dania perlahan sambil mengangkat kepala menentang renungan tajam Daniel.

“Tapi kenapa?!” Daniel bertanya kuat tepat memandang anak mata Dania yang turut memandangnya.

“Sebab… sebab…”

“Sebab apa, Dan?! Sebab apa?!” Daniel mengharapkan jawapan. Mata mereka saling bertentang.

“Sebab aku cintakan dia!” Dania terjerit akibat tersentak dengan sergahan Daniel yang tiba-tiba.

Jeritan Dania menyedarkan Daniel. Dia tersentak dan tersentap. Terus dia mengalihkan pandangan. Dia menggigit bibir. Novel di tangan digenggam kemas, cuba menahan perasaan.

Lama mereka menyepi. Yang terdengar hanyalah desah nafas mereka berdua.

Tiba-tiba, Daniel berdiri.

“Niel?” panggil Dania sambil menjenguk wajah Daniel yang masih tegang.

“Suka hati kaulah, Dan. Kau buatlah apa yang kau suka. Kalau itulah yang boleh buat kau bahagia, aku pun turut bahagia…” ucap Daniel dengan nada suara yang perit. ‘…walaupun hatiku terluka…’ sambung Daniel dalam hati. Lalu dia berlalu meninggalkan Dania seorang diri tanpa memandang sedikipun wajah Dania.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience