BAB 8

Romance Completed 11075

“Kenapa you nak pergi rumah dia?” tanya Badrul.

“Niel yang jemput I. Hari ni birthday dia. Biasanya, setiap tahun kami memang akan sambut birthday sama-sama,” beritahu Dania ceria.

Muka Badrul mencuka. “No! I tak benarkan you pergi rumah dia!” bentak Badrul tiba-tiba.

“Kenapa you ni? Yang you nak marah tiba-tiba aje ni kenapa? I bukan buat apa-apa pun kat rumah dia. I cuma nak sambut birthday dia. Dah biasa setiap tahun,” terang Dania.

“Jadi, you nak batalkan date kita disebabkan jantan tu?” soal Badrul keras.

“Ya,” jawab Dania selamba.

“Tapi you dah janji nak keluar dengan I, kan?” suara Badrul kembali mengendur.

“Itulah yang I datang jumpa you ni. I nak beritahu yang I tak jadi nak keluar dengan you. I nak pergi rumah Daniel,” terang Dania.

Mendengarkan kata-kata Dania, Badrul naik berang. Dia merengus kasar. Matanya tajam merenung wajah Dania. Lengan Dania dipaut kasar. “No! I takkan benarkan! You ingat I bodoh nak menilai pandangan jantan tu pada you?! Jantan tu ada hati pada you, kan?!” marah Badrul.

“Apa you ni? Gila ke?! Lepaskan I! Sakitlah!” marah Dania pula. Dia meronta-ronta ingin dilepaskan lengan yang kemas dicengkam Badrul. “You jangan nak menggila kat sini, boleh tak? Daniel tu sahabat I! Sahabat baik I!” sambung Dania lagi.

“You ingat I bodoh ke, Dania? You ingat I tak tahu yang jantan tu ada hati pada you!” bentak Badrul lagi.

Dania mengetap gigi. “So what? Ada I kisah? Dia nak ada hati ke jantung atau paru-paru sekali pun pada I, itu dia punya pasallah!” bentak Dania pula lalu pegangan kemas pada lengannya direntap kasar. Pegangan terlepas.

Badrul sedikit terdorong ke hadapan. Jangan main-main dengan Danialah. Badrul tak tahu ke yang dia brutal orangnya?

Badrul bengang bercampur sedikit terkejut dengan tindakan Dania. “You dah pandai melawan I sekarang ni, kan?” Dia tersenyum sinis. “Okay, fine! Sekarang ni I nak you pilih, sama ada I ataupun jantan tu?” Badrul berpeluk tubuh. Dia pasti Dania akan memilih dia kerana dia yakin bahawa Dania mencintainya.

“I pilih Daniel,” jawab Dania selamba tanpa teragak-agak.

Badrul tercengang! “Wh-what?! You jangan nak main-main, okey?”

“I tak main-main. I serius.”

Mata Badrul membulat. “You sanggup pilih jantan tu daripada I?”

“Ya,” Dania menjawab selamba.

“Tapi kenapa?!”

“Sebab I sayangkan dia. I tak sanggup kehilangan dia. Dia satu-satunya sahabat baik I. Sahabat yang sentiasa ada dengan I. I pernah kehilangan dia sekali dan ternyata I tak boleh hidup tanpa dia. I tak nak kehilangan dia sekali lagi. Maafkan I. Tapi kalau you sendiri suruh I pilih antara dia dengan you, I akan pilih Daniel. I juga pernah kehilangan you. I mengaku memang waktu tu I sedih, I kecewa. Tapi kehilangan you tak sesedih dan sekecewa kehilangan Daniel. Waktu you putus dengan I dulu, Daniellah yang sentiasa ada dengan I. Dialah yang menceriakan hati I. Dia yang menyembuhkan duka yang I rasa. Tapi waktu dia tinggalkan I dan berada di samping you, I tak rasa apa-apa. I sentiasa teringatkan dia. I takut dia akan membenci I dan I tak sanggup melaluinya. Maafkan I, Bad,” Dania berpaling ingin berlalu.

“Dania, jangan tinggalkan I,” rayu Badrul. Matanya sayu memandang Dania.

“I tak faham dengan you, Bad. Kenapa you tak nak ditinggalkan I? You ingat I tak tahu ke yang you sentiasa berfoya-foya dengan perempuan lain di belakang I? I aje yang berdiam diri. You nak tahu kenapa I tak larang you, Bad? Sebab I tak rasa apa-apa. I langsung tak cemburu melihat you dengan perempuan lain. Dulu, I tak faham kenapa dengan I. Tapi sekarang ni baru I sedar yang I tak cintakan you pun selama ni. Dan you pun sama, kan? You pun tak cintakan I, kan?” tembak Dania.

Badrul terkedu. Kemudian, dia tersenyum. “I tak sangka you boleh tahu semua ni.”

“I bukannya bodoh untuk terus ditipu oleh romeo macam you dan I bukannya budak sepuluh tahun untuk terus percayakan you, Bad. Tapi I tertanya-tanya, kenapa you sanggup buat semua ni?” Dania menyoal inginkan kepastian.

“Well, tak ada apa-apa. Hanya untuk berseronok,” jawab Badrul selamba.

Dania mencebik menyampah. Lelaki macam ni sepatutnya jatuh gaung aje. Hidup pun tak berguna juga kalau asyik menyakitkan hati orang aje.

“Tapi you tak boleh tinggalkan I!” Badrul bersuara.

Dania angkat kening. “Kenapa pula?”

“Hanya I yang boleh tinggalkan you tapi you tak boleh tinggalkan I. Tak ada mana-mana perempuan pun yang berani tinggalkan I selama ni melainkan I yang meninggalkan mereka,” ujar Badrul mendabik dada.

Dania merengus. “Like I care!” Berlagak nak mampus mamat ni! Macam manalah aku boleh terikat dengan dia selama ni?

*******

Daniel ketawa berdekah-dekah. “Wooo… Aku tak sangka kau berani lawan dia.”

Dania menjeling Daniel yang galak mentertawakannya. “Kau jangan nak perli-perli aku, Niel. Apa kau ingat selama ini aku diam, aku tak berani nak lawan dia? Apalah yang nak ditakutkan dengan orang yang macam tu. Bukannya dia boleh nak apa-apakan aku pun,” ujar Dania geram kerana diketawakan.

“Mana kau tahu dia tak boleh apa-apakan kau? Manalah tahu kan, dia ada niat nak rogol kau ke apa ke…” suara Daniel tanpa berfikir panjang. Ketawanya masih belum berhenti.

“Eh, Niel! Kau jangan sebut benda-benda macam tu. Karang kalau betul terjadi, kau juga yang rugi!” balas Dania. Meremang bulu romanya apabila Daniel berkata sebegitu.

Terus Daniel tersenyap. Erk!

“Tahu pun takut,” selar Dania. “Lain kali kalau nak bercakap tu fikir dulu.”

“Yalah, yalah. Aku minta maaf,” Daniel akhirnya tersenyum. Dia tahu silapnya kerana bercakap tanpa berfikir. Kalaulah betul-betul terjadi, mahu merana hidupnya nanti.

“Tapi aku tak sangka yang kau akan pilih aku,” bicara Daniel sambil merenung lembut wajah Dania.

“Mestilah aku akan pilih kau. Kau kan sahabat aku. Sahabat terbaik di antara yang terbaik,” balas Dania bersungguh-sungguh.

“Dan, aku cintakan kau,” ucap Daniel dengan lembut.

Erk?! Dania terkedu. “N-Niel, bila kau dah cakap macam tu kan, aku pula tak tahu nak bereaksi macam mana. Kau buat aku tak selesa,” ujar Dania.

“Aku hanya meluahkan apa yang aku rasa. Aku cintakan kau. Aku sangat cintakan kau. Dah lama perasaan ini aku pendamkan,” bicara Daniel lembut. Matanya lembut merenung Dania.

Dania resah. “Niel, aku… aku laparlah. Kau ada sediakan makanan, kan? Dari tadi lagi aku tak makan ni. Sepatutnya Badrul yang belanja aku makan tapi disebabkan date kitorang cancel, itu yang aku lapar sangat ni. Aku nak kek. Kau ada sediakan kek, kan? Kau jangan kata semua makanan dah habis kau sebat.” Cepat-cepat Dania tukar topik lalu bangun dari bangku batu yang didudukinya dan berjalan menuju ke arah pintu rumah agam Daniel.

Daniel tersenyum sebelum ketawa kecil. Dia menyaingi langkah pantas Dania yang terang-benderang ingin melarikan diri. “Makanan adalah. Satu meja tu makanan kau. Kalau bukan kau yang habiskan, siapa lagi? Aku tak larat nak habiskan. Perut aku tak sebesar perut kau!” sembur Daniel lalu mengekek ketawa.

“Tak guna kau, Niel! Aku tak gemuk, okey!” marah Dania sambil tangan memukul-mukul badan Daniel.

Daniel yang masih ketawa mengaduh perlahan. Boleh tahan sakit juga pukulan Dania. “Yalah, yalah. Kau tak gemuk pun. Walaupun bertan-tan kau makan pun, kau tetap maintain kurus. Puas hati?” Akhirnya Daniel mengalah apabila tidak sanggup menjadi bahan pukulan Dania.

Dania mengangguk ceria sambil tangan berhenti memukul.

“Jadi, kau dah jadi girlfriend akulah, kan?” soal Daniel.

“Huh? Siapa pula yang setuju nak jadi girlfriend kau ni?” soalan dibalas soalan.

“Tapi kan tadi kau cakap kau pilih aku. Maknanya kau setujulah nak jadi girlfriend aku,” ulas Daniel.

“Eh, tak ada maknanya aku nak jadi girlfriend kau! Aku pilih kau sebab kau sahabat aku. Sahabat selamanya,” balas Dania selamba.

Muka Daniel mula menjeruk. “Tapi aku tak nak kau hanya menjadi sahabat aku. Aku nak kau jadi girlfriend aku. Kalau kau hanya sebagai sahabat, nanti ada orang lain yang kebas kau daripada aku. Aku tak nak!”

“Tapi aku pula tak nak jadi girlfriend kau. Aku hanya nak jadi sahabat kau. Sahabat kau selamanya walaupun kita dah kahwin nanti,” balas Dania lagi.

Daniel terkaku. “Kahwin? Kau nak kahwin dengan aku?”

“Dah tu, kalau aku tak kahwin dengan kau, aku nak kahwin dengan siapa lagi?” soal Dania dalam senyuman.

Daniel tersenyum lebar. “Serius? Yahoo!!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience