BAB 4

Romance Series 3094

"Kau kenapa ni bro, dari tadi aku tengok kau macam serabut je cer share sikit." Rayyan yang mendengar itu mengeluh kecil, sungguh hatinya tidak tenang memikirkan tentang permintaan mummynya.

"Tak de apalah." jawabnya sepatah. Mikail yang mendengar itu mencebik. "Kau jangan nak bohong boleh tak, kau ingat aku kenal kau baru semalam ke, ni mesti pasal Fatin lagi kan?" teka Mikail, lagi sekali Rayyan mengeluh.

"Aku dah agak dah, Mesti pasal tu punya." Rayyan mengangkat mukanya dia melihat sekeliling, jiwanya sedang berbelah bagi sekarang ini.

"Aku pun tak tahu nak buat apa Mike, sumpah walau apa apa pun yang terjadi aku tetap tak nak kahwin dengan Fatin dia bukan pilihan aku, tapi dalam masa yang sama aku tak nak kecilkan hati mummy." dia meraup wajahnya, serabut. Mikail jatuh simpati melihat sahabatnya, dia faham apa yang dirasakan Rayyan tika ini, tetapi dia juga buntu apa yang harus dilakukan.

"Ha! Aku ada idea." Rayyan menatap kembali wajah Mikail menunggu idea darinya. "Apa dia?"

"Kau kena cari calon isteri secepat mungkin." jawab Mikail, ternganga Rayyan mendengarnya.

"Kau gila ke apa, kau ingat senang ke nak cari calon isteri?" bantah Rayyan.

"Yes, memang gila tapi yang tu je lah pilihan yang kau ada sekarang, kalau kau tak nak takpe, aku cuma tak nak kau menangis je bila kena kahwin dengan 'Makcik gedik' tu." Mikail kembali menyedut air teh o ais yang dipesannya tadi.

"Masaalahnya, kau ingat senang ke nak cari calon isteri, kau kan tahu yang mummy tu cerewet, lainlah kalau daddy." Mikail mencebik.

"Memang lah susah, sebab kau tu memilih sangat, padahal perempuan punyalah beratur dekat depan office kau untuk jumpa putera pujaan ramai dioranglah katakan."

"Memanglah ramai tapi diorang semua tak ikhlas dengan aku, kau pun faham kan." bukannya dia memilih tapi itulah kenyataannya, mereka semua hanya memilih rupa dan harta sahaja, dia kalau boleh mahu yang ikhlas dengannya bukan kerana kaya atau paras rupa.

"Habis tu nak buat macam mana, pilihan kau sekarang hanyalah Fatin jelah." kata Mikail. "Kau memang takde idea lain ke, selain daripada kena cari calon isteri?" Soal Rayyan lagi, tidak ingin dia kahwin dengan minah gedik itu harap rupa sahaja cantik tapi perangai. Astaghfirullah!

"Takde dah." balas Mikail sepatah.

"Kau ni serius lah." geram pula dia dengan jawapan Mikail itu. Mikail mendengus geram. Orang dah bagi idea dia kata tak nak, lepastu sebok suruh orang fikir, pigi dah!

"Masalahnya memang tu je idea yang masuk dalam kepala hotak aku sekarang ni, kau nak idea yang macam mana lagi. Haih." Nak buat macam mana lagi Rayyan kau kena hadap jugalah pilihan mummy kau tu, aku pun dah mati idea dah sekarang ni...

"Abang Rayyan...."

Gulp!

Mampus lah kau Rayyan.

"Kenapa tiba-tiba diam jer ni, tak suka ke Fatin datang hmmm.." Mikail yang menyaksikan momen itu hanya menjeling sahaja geli pula dia melihat wanita sexy dan gedik seperti Fatin itu.

"Eh, abang Mike pun ada sekali." Mikail mencebik mulut. Eleh..baru nak perasan aku ada kat sini buta agaknya minah gedik ni!

"Ala janganlah buat muka macam tu, terasa tau." Rayyan pula rasa mahu juling mata melihat kegedikan Fatin sekarang ini. Macam manalah mummy boleh terfikir nak kahwinkan aku dengan minah ni.

"Err, Fatin, Fatin tak kerja ke Harini?" Rayyan cuba membuka bicara walaupun hanya tuhan sahaja tahu bagaimana rasa mahu tercabut jantungnya tika ini.

"Tak, Fatin baru ja habis singgah rumah abang Rayyan tadi, ingatkan abang Rayyan ada, lupa pulak Fatin Harini abang Rayyan kerja. Hehe." mengapalah terasa seram pula mendengar ketawa Fatin itu, seperti hantu pun ada. Jangan masuk mimpi pula sudah, mohon dijauhkan.

Mikail yang mendengar ketawa buat buat Fatin itu, terasa geli hati mahu tergelak pun ada namun ditahan juga, dilihat pula reaksi Rayyan yang kelihatan seperti mahu melarikan diri pun ada.

Kesian kau Rayyan..tapi nak buat macam mana..

Bersambung...

Maaf kalau ada kekurangan.. Kalau ada kesalahan ejaan tlg bagitahu ye. Insyaallah nnti kite akan betulkan.. Happy reading :) tq ye Sebb sudi baca walaupun tak berapa menarik

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience